|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
PENGALAMAN DI HARI PENAMAAN CALON PARLIMEN TAMBUNAssalamu'alaikum Rakan-rakan yang saya hormati sekalian, bersyukur ke hazrat Allah SWT saya telah selamat kembali dari Ipoh, Perak. Ternyata angin perubahan juga telah bertiup kencang dinegeri tumpah darah saya sendiri. InsyAllah beberapa keputusan upset bakal tercipta menyebelahi Barisan Alternatif disana. sebagaimana yang kita tahu Perak merupakan sebuah negeri yang memang telah karat hijau dengan UMNO, tetapi dengan semangat yang begitu tinggi oleh petugas-petugas Barisan Alternatif, BA bisa menggegarkan kubu kuat BN. Saya telah berkesempatan untuk mengiringi calon-calon BA (PAS dan keADILan) kawasan Parlimen Tambun dan DUN Manjoi dan Hulu Kinta di pejabat SUK Negeri Perak. Penyokong BA telah berkumpul di Masjid India bersebelahan dengan sekolah St. Michael, Ipoh. Mereka telah memulakan majlis dengan solat sunat hajat secara berjemaah. Perkarangan masjid ini telah dipenuhi dengan penyokong-penyokong BA dengan sepanduk masing-masing dan diseliputi dengan bendera hijau dan biru. Perarakan ke SUK telah bermula tepat jam 9.30am dan calon-calon BA telah diiringi oleh hampir seribu penyokong. Belum pernah terjadi sebegitu ramai penyokong yang mengiringi calon PAS dalam sejarah Parlimen Tambun ini. Harus di ingat pada tahun lepas BN telah memenangi kerusi parlimen Tambun ini dengan lebih dari 17,000 undi majoriti, tetapi pada kali ini kelihatan mereka juga agak gusar dengan perkembangan terkini. Saya pada awalnya agak memandang rendah dengan keupayaan penyokong-penyokong BA di Ipoh, maklumlah saya telah mengikuti seluruh demonstrasi aman di KL semenjak bermulanya gelombang reformasi, dalam fikiran saya mana mungkin rakan kita di Ipoh boleh menandingi penyokong-penyokong reformasi di KL. Ternyata saya silap. Meraka di Ipoh begitu bersemangat tinggi dan beristiqamah dengan perjuangan malah boleh dikatakan mereka lebih hebat dari kita di KL. Saya kagum dengan mereka. Lebih kurang pukul 10.00 am penyokong-penyokong BA telah tiba di perkarangan SUK Perak. Penyokong-penyokong BN telah terlebih dahulu memenuhi perkarangan pejabat SUK itu dan jumlah mereka juga adalah lebih ramai dari BA. Tetapi kami lebih bersemangat dan terus bertakbir dengan lebih kuat. dan kami telah mengisi ruang kosong yang dikhaskan untuk kami. Bendera BN dan BA meliputi peerkarangan pejabat SUK. Penyokong BN dengan bersemangat melaungkan 'hidup barisan', 'hidup Mahathir' dan mereka juga menyanyikan lagu BN dan 'Inilah Barisan Kita'. Penyokong-penyokong BA membalas dengan Laungan Takbir, Reformasi dan Zikirullah. Ternyata apabila kalimah-kalimah Allah, Subhanallah, Lailahaillah dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW dilaungkan dengan penuh semangat, penyokong BN yang lebih ramai itu semakin gusar dan akhirnya tenggelam. Ternyatalah penyokong-penyokong BN tidak jujur dengan perjuangan, tidak sampai sejam kami di perkarangan SUK itu 3/4 dari penyokong BN telah meninggalkan rakan-rakan mereka setelah pengurus SPR mengumumkan mereka telah menerima senarai-senarai calon dari kedua belah pihak dan masa untuk pencalonan telah ditutup dan bantahan keatas calon-calon akan dibuka sehingga 12.30pm. Memang tepat telahan kami bahawa penyokong-penyokong BN sebenarnya telah dibayar untuk menghadiri hari penamaan calon itu. Ini terbukti dari segi semangat mereka yang agak rendah. Tidak seperti kami di BA yang tetap menunggu sehigga jam 2.00 pm sehingga apabila pengurus SPR mengesahkan calon-calon yang bertanding. Yang tinggal di pihak BN hanyalah segelintir penyokong penyokong mereka dan sepanduk-sepanduk serta bendera-bendera yang hanya dipacak diatas tanah. Laungan Takbir, Zikirullah dan diselang-selikan dengan laungan Reformasi menguasai perkarangan SUK secara total. Penyokong BN yang tinggal jelas kecewa dengan sikap rakan-rakan mereka yang lain yang telah meninggalkan mereka terkontang-kanting di situ. Kami di BA terus menjalan kan perang Psikologi ke atas mereka, pada mulanya kami berdepan dengan mereka telah mengubahkan posisi kami dengan membelakangkan mereka dengan erti kata lain jami hanya menunjukkan bontot kami kepada penyokong BN. Ternyata mereka tewas dalam perang psikologi ini dan mereka hanya mampu duduk berdiam diri. Kagum sunnguh saya dengan perpaduan dintara PAS dan keADILan dalam menjayakan program ini. Bayangkanlah dari jam 9.30am sehingga hampir 2.00pm dibibir penyokong -penyokong BA hanya terukir senyuman dan kalimah-kalimah pujian bagi Allah SWT dan Rasulullah SAW. walaupun diprovok oleh pemuda gerak-gempur dan wanita UMNO yang terkinja-kinja memberi sokongan pada BN, kami tetap senyum dan berzikir. Ternyata wanita UMNO sungguh berbeza dengan muslimah di jemaah kita yang senantiasa menjaga adab kesopanan orang Melayu. Makcik-makcik UMNO ini kadang-kadang lebih fanatik dari pemuda-pemudanya yang seolah-olah menunggu masa untuk balik kerumah. Perkhabaran tentang calon-calon BA telah memenangi beberapa kerusi tanpa bertanding ternyata telah menambah semangat penyokong BA dan ramai antara kami yang menitiskan air mata kegembiraan. (yang sedihnya perkhabaran itu semua adalah palsu). Tapi tak kisahlah. Apabila saya bersembang dengan rakan-rakan saya, mereka akui bahawa BN memang kuat di parlimen Tambun tapi mereka agak yakin untuk mencapai kemenangan dengan usaha yang gigih dan berkat pertolongan Allah SWT. Yang melucukannya calon-calon BN yang telah bertanding berkali- kali masih bisa silap isi borang, contohnya Mazidah Zakaria DUN Hulu Kinta, namanya pun tersilap eja. Biasalah walaupun bantahan telah dibuat, pengurus SPR telah menolaknya. Seperti yang dijangkakan. Selepas pengumuman di buat maka kami di BA pun beransur-ansur pulang. Pengalaman yang sungguh hebat untuk saya. Sungguh tidak disangka, orang Perak memang hebat. Teruskan perjuangan anda wahai sahabat-sahabatku di Perak, Aku di Kuala Lumpur ini senantiasa mendoakan kejayaan kamu semua. Bekerjalah dengan gigih dan berdolah kepada Allah SWT. InsyAllah kita akan berjaya. Dan aku akan kembali lagi Sabtu depan (27/11/99) untuk sama-sama berjuang dengan kamu sehingga ke titisan darah terakhir. Allah Hu Akbar! Allah Hu Ak!bar Allah Hu Akbar!
Sekian Wassalam |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|