Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

DUA FAKTOR KEMENANGAN BA DI PARLIMEN BAGAN SERAI

 Faktor 1
 
Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai telah meruntuhkan sendiri khemah yang didirikan di hadapan Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO yang dijadikan bilik gerakan pada hari penamaan calon sebagai protes apabila Ketua Pemuda tidak terpilih sebagai calon DUN Gunung Semanggol. Khemah ini telah didirikan sehari selepas Parlimen dibubarkan setelah ura-ura Ketua Pemuda UMNO akan  dilantik menjadi calon DUN Gunung Semanggol. Ketua Pemuda dan ahli-ahlinya telah mengistiharkan "perang" dengan calon-calon BN dan enggan bekerja untuk membantu calon BN. Satu lagi tamparan kepada BN setelah perarakan calon di P.Buntar tidak mendapat sambutan.
 
Faktor 2 
 
Pengundi-pengundi BN di DUN Alor Pongsu memprotes apabila bekas wakil rakyat DUN Alor Pongsu En Baharuddin yang baik PRnya dengan segenap lapisan rakyat tidak terpilih semula sebagai calon dan tempat beliau diambil alih oleh Bekas Ahli Parlimen Bagan Serai yang dikenali sebagai Dato' Q.  Ketara sekali apabila semua calon BN (Parlimen Bagan Serai, DUN Alor Pongsu dan DUN Semanggol) dibolot oleh mereka yang datang dari kawasan Gunung Semanggol.Apakah tidak ada calon yang layak dari kawasan Alor Pongsu dan Bagan Serai? Pengundi juga memprotes apabila Calon Parlimen (Cikgu Non) ialah bekas calon S46 yang lantang menghentam UMNO pada pilihanraya yang lalu yang dianggap telah menderhaka kepada UMNO . Ramai pengundi yang dulunya UMNO totok bertekad untuk menyokong calon BA pada pilihanraya kali ini.
 
Penyokong BA Bagan Serai

 

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 23 November, 1999