|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
SERUAN TERBUKA KEPADA AHLI-AHLI UMNO DAN RAKYAT MALAYSIA
Saudara/ri Ahli UMNO dan rakyat Malaysia sekalian, Jika seorang S/U Agung sendiri pun sudah tidak yakin lagi yang UMNO akan menang dalam pilihanraya kali ini, saya berharap saudara/ri dapat berfikir dengan mendalam untuk apa lagi saudara/ri berada dalam UMNo dan menyokong UMNO. Jika UMNO diibaratkan sebuah kapal dan Khalil sebagai nakhodanya, maka jika nakhoda sudah memberitahu bahawa kapal kita akan tenggelam, untuk apa lagi kita berada dan bergantung harap kepada sebuah kapal yang akan tenggelam ?
Saudara/ri ahli UMNo sekalian,
Saudara/ri ahli UMNO sekalian, UMNO tidak lebih dari sebuah parti yang penuh dengan manusia-manusia hipokrit dan mementingkan diri sendiri. Tidakkah sdr/ri sedar dan terfikir bahawa pemimpin UMNO itu hanya memerlukan sdr/ri ketika mahu mengundi sahaja. Selepas mereka menang, sdr/ri dipandang macam kucing kurap sahaja. Selepas mereka menang, batang hidung pun mereka tak nampak. Cuba renungkan…masa rumah sdr/ri tenggelam banjir atau sdr/ri berada dalam kesusahan, adakah ada mana-mana pemimpin UMNO yg sanggup bersusah payah datang membantu sdr/ri ? Cuba sdr/ri fikirkan…kenapa sdr/ri harus menjadi bodoh untuk menyokong para pemimpin yang jika sdr/ri berada dalam kesusahan, bukannya nak datang menolong, bahkan disuruhnya sdr/ri selesaikan sendiri masalah dan kesulitan sdr/ri. Orang macam inikah yg sdr/ri mahu pilih sebagai pemimpin ?
Sdr/ri ahli UMNO sekalian, Sdr/ri ahli UMNo, Fikirkanlah. Renungkanlah.Insafilah. Kalau SU Agung UMNO sendiri pun sudah tidak confident yang UMNO akan menang, secara moralnya, buat apa lagi sdr/ri berjuang dalam UMNO. Apa faedahnya? Apa pahalanya? Kenyataan SU Agung UMNO itu suatu kenyaataan yg jujur dan bertanggungjawab. Dia dah kata UMNO akan kalah. Kalau begitu buat apa lagi sdr/ri berada dalam UMNo? Secara perbandinganya, kalau kita dah tahu yang kapal itu akan tenggelam, adakah kita masih menunggu sehingga kita turut sama tenggelam ? Kenyataan Khalil Yaakob itu sepatutnya membuka mata dan menyedarkan sdr/ri akan lemahnya parti sdr/ri itu. Kalau begitu, untuk apa lagi sdr/ri berpaut dengan sebuah parti yang diakui sendiri oleh SU Agungnya akan kalah ? Mana ada orang waras yang mahu berada di pihak yang akan kalah ? Oleh itu sdr/riku ahli UMNO, tinggalkan pari yang lemah, dhaif dan penuh dengan hipokrit itu segera. Tiada faedahnya menanti dan menanti ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Marilah sama-sama kita tinggalkan UMNo, sebuah “kapal yang akan tenggelam” itu. Marilah sama-sama kita bangunkan negara kita ini dengan Barisan Alternatif, sebuah gabungan parti yg mantap, berwibawa, telus dan mempunyai pemimpin yang berkaliber dan amanah. Tinggalkanlah UMNo itu sdr/ri kerana SU Agungnya pun dah kata ia akan kalah. Untuk apa lagi sdr/ri bersama mereka. Sdr/ri tiada pilihan sebenarnya, melainkan parti Barisan Alternatif. Fikirkanlah kesejahteraan anak-anak sdr/ri di masa akan datang. Adakah sdr/ri mahu mengangkat lagi para pemimpin itu supaya mereka bertambah rakus terhadap rakyat.
Sdre/ri ahli UMNo
sekalian, Saya juga tahu sdr/ri cuma bencikan Mahathir. Ya…jika sdr/ri bencikan Mahathir, sdr/ri boleh “mengajar” Mahathir itu dengan cara memberikan undi sdr/ri itu kepada Barisan Alternatif. Sdr/ri patut sedar dan insaf bahawa selagi Mahathir yg jadi PM dan Presiden UMNo, selama itulah kebajikan dan kesenangan rakyat diketepikan. Saya amat berharap agar sdr/ri berfikir dengan mendalam. Dan fikirkan, adakah patut aku mengundi UMNO/BN lagi kali ini ? Sdr/ri...jadilah seorang rakyat yang bijaksana. Cucu Datuk Bahaman |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|