|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
UNDI PROTES MENJELANG PILIHANRAYAMegat Junid Megat Ayob berkata beliau yakin boleh mengekalkan kerusi Parlimennya yang berpindah ke kerusi Parlimen Parit dengan kemenangan menumpaskan calon PAS, Ustaz Mohamad Basir Rahmat. Megat mendakwa sejak 'turun padang' selepas penamaan calon Jumaat lalu beliau mendapat isyarat positif bahawa pengundi di sana berfikiran terbuka dengan menerima siapa sahaja calon yang diletakkan pucuk pimpinan parti. Bagaimanapun, Megat Junid mendakwa beliau perlu bekerja keras untuk menarik sokongan pengundi di Parit kerana beliau baru 'dicampakkan' ke kawasan itu. Berbeza dengan kempen di Pasir Salak dahulu,kali ini memaksa beliau bekerja lebih kuat. Dalam perkembangan lain enam puluh peserta Projek Kolam Ikan Air Tawar Kampung Kepala Pulau dan Kota Pagar dijangka melakukan `undi protes’ pada pilihanraya umum ini kerana kecewa dengan sikap wakil rakyat Umno dari DUN Blanja Mohamad Zaim Abu Hassan. Ini kerana permohonan mereka untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut lebih setahun yang lalu tidak mendapat perhatian sewajarnya. Jurucakapnya yang enggan disiarkan namanya, memberitahu, permohonan telah dibuat lebih setahun yang lalu, tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Menurut beliau, 60 peserta projek kolam ikan air tawar di sini telah mengusahakan kolam berkenaan sejak tahun 1980 yang lalu. Jurucakap itu menambah beliau tidak menolak `undi protes’ akan dilakukan oleh para peserta kolam ikan air tawar dengan memberi undi kepada calon-calon dari Barisan Alternatif. |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|