Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

UMNO CUBA KAITKAN INI SEBAGAI SATU TUDUHAN?

Hishamuddin kata, beliau tahu percubaan beberapa suruhanjaya tinggi dan kedutaan asing di negara ini memberikan bantuan kewangan dan sokongan moral kepada parti pembangkang menjelang pilihanraya umum 29 November.

Dan Ketua Pengampu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu meminta kerajaan menyiasat perkara tersebut.

Menurut Hishamuddin tiga suruhanjaya tinggi asing yang dikenal pasti aktif dalam kegiatan tersebut ialah Kanada, Australia dan Britain sementara kedutaan yang terlibat ialah Amerika Syarikat.

Pegawai-pegawai kanan mereka telah dilihat 'turun padang' untuk bertemu orang-orang politik dan mendengar ceramah, tetapi juga hadir pada beberapa sidang media parti politik pembangkang. Mereka turut menghadiri majlis-majlis Perdana Menteri bersama rakyat di beberapa buah negeri.

Perkembangan ini adalah cubaan UMNO untuk mengukuhkan lagi dakwaan mereka sebelum ini yang mengaitkan parti pembangkang pihak di negara ini, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bertindak sebagai ejen kerajaan asing.

UMNO sudah ketandusan idea menghadapi parti Alternatif yang kini mendapat sokongan perjuangannya di seluruh dunia. Dunia berdoa semoga rakyat Malaysia di bawah regim Mahathir menemui keadilan yang sejati.

 
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 24 November, 1999