|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
UMNO AKAN PERALATKAN KHUTBAH JUMAAT INI
Assalaamua'laikum Wr. Wb. Sebelum menjelang hari pilihanraya pada 29/11/99, kita semua akan menempuh hari Jumaat pada 26/11/99 ini. Saya mengandaikan bahawa khutbah Jumaat kali ini akan digunakan dan diambil kesempatan oleh BN melalui teks khutbah yang disediakan olah Jabatan Agama untuk menagih simpati rakyat. Ayat Al-Quran yang mafhumnya " Hai orang2 yang beriman, TAATLAH kepada Allah dan TAATLAH kepada Rosul dan orang2 yang memerintah di kalangan kamu. ....." (An Nissak, 59), akan dikupas dan diulas secukup-cukupnya. Kalau diteliti ayat tersebut, didapati perintah taat kepada Allah dan Rosol adalah muktamad tiada sebarang tolak ansur, TETAPI perintah taat kepada pemerintah TIDAK dinyatakan. Kenapa, adakah Allah silap?. Sesungguhnya Allah tidak silap bahkan maha mengetahui bahawa bukan semua pemerintah boleh ditaati secara total. Adakah kerajaan BN yang memerintah Malaysia boleh ditaati berdasarkan ayat tersebut?. Tidak sama sekali atas alasan-alasan di antaranya seperti berikut:
Kepada orang-orang yang mengaku dirinya Islam, kita perlu sedar adakah Kerajaan BN yang dipimpin oleh mereka itu perlu diberi mandat untuk memerintah negara kita. Mereka tidak releven lagi, tidak yakin dengan Al-Quran dan mempertikaikannya pula. Jika kita memberi mandat kepada mereka dan rela membuat kesaksian melalui UNDI, dikhuatiri kita akan kecundang bersama-sama mereka di pusingan pertama bilamana Malikat Munkar menyoal " Maa Imamuka" di alam kubur nanti. Nak jawab Al-Quran ?. Fikirlah.......fikirlah.....fikirlah........ TAKBIR!!!!!!!!. DULU UMNO SEKARANG PAS. |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|