|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
Pasar Keramat – Tak habis-habis sebagai modal pilihanraya UMNOBagi penduduk Kg. Datuk Keramat KL dan sekitarnya saudara sekelian akan faham apa yang akan IB akan sebutkan berhubung projek UMNO/BN/Kerajaan untuk membina sebuah pasar yang moden lagi baru di kampung tersebut. Setiap kali pilihanraya, Drs. Suleiman Mohamed dan kuncu-kuncunya akan berkempen bahawa kerajaan/UMNO sedang membina pasar tersebut. Tempatnya di belakang stesen minyak ESSO Kg Datuk Keramat. Semenjak piliharaya tahun 1986 lagi, mereka sudah mengatakan bahawa nanti kerajaan akan membina sebuah pasar baru yang moden di tapak baru demi untuk pembangunan kawasan parlimen Titiwangsa. Maka diserulah pengundi sekitar itu untuk mengundi Drs. Suleiman. Selepas menang pilihanraya pasar yang disebut belum lagi kelihatan. Tapak yang dikata-katakan itu tetap menjadi sebuah padang bola untuk para remaja kawasan itu bermain. Tiba pilihanraya 1990, mereka datang lagi berkempen. Bahawa kerajaan telah pun meluluskan peruntukan untuk membina pasar tersebut. Maka, bagi mengabui mata pengundi, dibinakan pagar besi sekeliling kawasan tapak. Maka percaya lagilah pengundi-pengundi di situ. Dan menang lagilah Drs. Suleiman untuk tahun itu. Selepas pilihanraya itu, pasar yang disebut tetap belum dimula pembinaannya. Remaja-remaja disitu tidak lagi dapat bermain bola di situ kerana dipagarkan besi sekelilingnya. Akibat terlalu lama pasar hendak dibina tinggal pagar sahaja, maka sebahagiannya roboh. Dan pilihanraya 1995 pula menjelma. Maka janji-janji sama kedengaran lagi. Pagar yang yang sudah hampir lima tahun dan roboh sebahagian besarnya dibina baru. Bagi imej baru dan menunjukkan ianya akan terbina sebuah pasar di tapak itu, maka pagarnya dihiasi dengan lukisan-lukisan sayuran, ayam-itik dan sebagainya. Kini, kerana pilihanraya akan diadakan lagi, maka membina pagar baru tidak boleh lagi digunakan sebagai modal berkempen. Pengundi di situ sudah banyak kali terbeli. Pergilah berjalan ke tapak yang dicadangkan untuk pasar tersebut.
Itu REKOD ‘KECERMELANGAN’ WAKIL RAKYAT ANDA. Lihatlah betapa cepat dan cantiknya rumah wakil rakyat anda di Jalan Ampang Hilir yang baru diubah suai dengan kos belanja mencecah SETENGAH JUTA Ringgit. Adakah dia perihatin dengan nasib kita yang masih berpasar di pasar yang kotor sekarang? Saudara telah memberikan Drs. Suleiman cukup peluang. Dalam 20 tahun mewakili anda, sebuah pasar di kawasan 99% penduduk Melayu pun beliau tidak dapat buat. UNDIlah Calon PAS.
Sekian |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|