LAST WARNING UNTUK MAHATHIR – JANGAN CUBA BERMAIN API !
Saudara Mahathir,
Sebelum ini telah dua kali saya menulis surat terbuka buat saudara. Samada saudara membaca atau mengambil peduli tentangnya, saya apa
peduli. Saya tahu bahawa saudara kini benar-benar berada dalam keadaan tertekan dan terdesak untuk menghadapi gelombang kebangkitan rakyat yang mahu menolak
pimpinan saudara.
Pilihanraya ke 10 ini benar-benar menekan saudara sepanjang 18 tahun saudara menjadi diktator Malaysia. Kalau tidak masakan saudara sanggup pergi mengemis di
New York baru-baru ini, meminta belas kasihan negara-negara Barat. Kalau saudara tidak terdesak dan cemas, masakan saudara sanggup menulis surat kepada Ehud
Barak, memohon bantuan kewangan untuk membantu saudara menghancurkan perjuangan Islam di negara ini.
Perbuatan saudara itu sungguh hina dan keji sekali, malah saudara ini lebih bangsat dari pengemis di tepi jalan. Di depan rakyat, saudara melaung-laungkan
ucapan “Islam sebenar” yang saudara amalkan. Kununnya ! Dan saudara menuduh PAS tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar. Saya ingin bertanya saudara, adakah
perbuatan durjana dan bangsat saudara mengemis dengan pengganas Yahudi itu dan mahu meminta bantuan menghancurkan perjuangan Islam di Malaysia, suatu perbuatan
yang mengikut ajaran Islam sebenar yang saudara dakwa itu?
Saudara Mahatir,
Sepanjang minggu berkempen ini, saudara mencanang ke hulu ke hilir mengatakan BN akan menang lebih 2/3 undi. Saya tahu, saudara cuma
mahu menyedapkan hati saudara dan penyokong-penyokong saudara sahaja. Hakikat sebenar bukanlah begitu. Malah menurut sumber perisikan SB yang dilapor kepada
saudara, parti BN akan kalah dan gagal membentuk kerajaan lagi pada 30 November ini. Dan SU Agung UMNO sendiri pun mengakui hakikat ini dan turut melahirkan
kebimbangannya yang parti pimpinan saudara akan kalah pada 29 November ini. Saudara usahlah menipu diri sendiri dan penyokong-penyokong saudara.
Saudara Mahathir,
Oleh kerana saudara tidak dapat menerima berita kekalahan pada 29 November ini, saudara telah merancang untuk melakukan onar jahat.
Saudara merancang untuk melakukan penipuan undi dan mencetuskan rasa tidak puas hati serta kemarahan Barisan Alternatif. Bila kemarahan tercetus, saudara
mengarahkan pula anjing-anjing saudara supaya melakukan provokasi. Hasilnya, saudara akan mengisytiharkan darurat dan Barisan Alternatif dinafikan haknya untuk
membentuk kerajaan baru.
Bukankah saudara sendiri telah mengarahkan Bahagian Keselamatan Negara supaya berwaspada untuk hal ini ? Saya tahu, saudara akan menuduh pembangkang sebagai
punca tercetusnya rusuhan akibat rasa tidak puas hati ini. Saudara jangan nak nafikan hal ini. Dan saudara tidak boleh menyembunyikan bahawa pihak saudara telah
membentuk beberapa kumpulan untuk merusuh sambil menyamar sebagai penyokong Barisan Alternatif.
Saudara Mahathir,
Sebagai seorang yang mengenali saudara, saya ingin menasihatkan saudara andainya memang parti saudara mengalami kekalahan pada 29
November depan, saudara terimalah kekalahan itu dengan hati yang terbuka dan lapang dada. Saudara sudah terlalu lama di singgahsana kuasa. Saudara sudah 18
tahun membolot dan merampok harta dan wang rakyat. Rasanya, kalaulah dihitung dan disukat dosa-dosa terkutuk saudara itu, tentu Selat Melaka boleh menjadi
sebuah pulau yang menimbunkan dosa-dosa keji saudara.
Kalau parti saudara kalah dan rasanya, Insya Allah pasti akan kalah, saudara terimalah kekalahan itu sebagai seorang anak jantan. Jangan jadi pengecut dan bacul
dengan memperalatkan polis dan SB untuk mencetuskan kekacauan. Usahlah saudara merancang angkara jahat dan menumpahkan darah rakyat yang tidak berdosa, demi
mencapai matlamat saudara untuk terus berkuasa sampai ke lubang kubur.
Saudara Mahathir,
Dalam kesempatan ini dan rasanya inilah surat terbuka terakhir yang saya tulis sebelum pilihanraya beberapa hari lagi, saya ingin
meminta dan menuntut pengorbanan jiwa besar saudara supaya terimalah kekalahan Barisan Nasional pada 29 November ini dengan hati terbuka. Dan sebelum terlupa,
saya ingin memberikan saudara “last warning”, agar saudara jangan cuba bermain api dalam pilihanraya kali ini. Saya bagi saudara last warning, kalau
andainya saudara tetap ingin meneruskan juga niat jahat saudara mencetuskan rusuhan dan darurat dalam pilihanraya kali ini, saya tiada pilihan lain. Saya
bersama rakan seperguruan saya, “Panglima Mat Kilau” yang baru-baru ini telah memberikan amaran keras kepada saudara, akan memastikan saudara tidak lagi
boleh hidup di atas muka bumi ini.
Saya memberi saudara tempoh 100 hari sahaja untuk hidup . Saya tidak akan teragak-agak untuk memusnahkan saudara melalui “jurus bathin maut”. Dosa-dosa
saudara menghina Nabi s.a.w., para ulamak, hukum al Quran dan sebagainya, yang menghiris hati umat Islam, sudah cukup untuk meletakkan fatwa bahawa darah
saudara sebenarnya adalah halal !
Saudara Mahathir,
Saudara perlu sedar bahawa kaedah sebegini tidak ada sebarang peruntukan undang-undang di mahkamah kanggaroo saudara. Kalau saudara
sanggup mengorbankan nyawa rakyat untuk survival politik dan kuasa diktator saudara, saya tiada pilihan. Maafkan saya jika terpaksa mengambil tindakan sebegitu
terhadap saudara. Bagi saya, nyawa rakyat terbanyak lebih utama dari nyawa saudara seorang. Kalau nyawa rakyat yang terkorban, akan ramai yang sedih dan
menderita. Tetapi jika nyawa saudara seorang yang terkorban, 22 juta rakyat Malaysia akan bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan. Mahathir, saudara adalah
liabiliti bagi 22 juta penduduk negara ini !!
Kalau saudara mahu memandang remeh dan acuh tak acuh dengan amaran saya ini, terserah. Saya tidak memaksa saudara untuk percaya. Kita ada pendirian
masing-masing. Kalau saudara mempunyai azam yang kuat untuk melakukan sesuatu perkara yang saudara fikirkan betul, saya juga demikian. Kalau saudara nak tahu
samada saya bercakap kosong atau menggertak sahaja, SILALAH BERMAIN API !! Saya bukan budak-budak yang suka bercakap kosong untuk menaikkan gah sahaja. Yang
pasti, saudara akan kehilangan segala-galanya. Kalau saudara sanggup mengambil risiko, laksanakanlah niat jahat saudara itu. Kita tengok siapa lebih
‘berkuasa’ dalam permainan ini. Kalau saudara rasa saudara sudah tidak sayangkan lagi Siti Hasmah, Mirzan, Marina, Mokhzani, Mukhriz dan anak cucu saudara
dan saudara pula sanggup ‘terkorban’ demi survival politik saudara, ayuhh….silalah bermain api !
Saudara Mahathir,
Saya harap saudara tidak terlalu yakin dengan kejayaan saudara mencetuskan rusuhan 13 Mei 69 dahulu. Saudara janganlah mengharapkan
“kejayaan” saudara melaga-lagakan kaum Cina dan Melayu 30 tahun dahulu sehingga berlakunya pertumpahan darah rakyat yang tidak berdosa, dengan mahu
mengulanginya sekali lagi di tahun 1999 ini. Rakyat Malaysia 30 tahun dahulu tidak sama dengan rakyat Malaysia sekarang ini. Rata-rata rakyat Malaysia kini
sudah cerdik dan dek kecerdikan mereka itulah maka mereka sudah kenal dan nampak akan kejahatan saudara. Dan kerana kecerdikan itulah mereka kini tidak lagi
mahu memandang parti pimpinan saudara. Sebelum mengakhiri surat ini, sekali lagi saya meminta saudara berfikir sejuta kali sebelum melaksanakan Pelan A dan
pelan B saudara dalam pilihanraya kali ini.
Saudara Mahathir,
Walaupun saya tahu saudara berpegang kepada prinsip “matlamat menghalalkan segala cara”, tetapi untuk kali ini, saya meminta
saudara berfikir sejuta kali sebelum melakukan niat jahat saudara itu. Jika ditakdirkan saudara dan parti BN kalah, berjiwa besarlah. Hanya orang yang berjiwa
besar sahaja sanggup akur dengan tuntutan masa. Kalau masa saudara sudah berakhir, usahlah lagi dipertahankan keegoan itu dengan mengorbankan rakyat terbanyak.
Dan lagi, saudara insaflah. Tindakan saudara mengarahkan SPR melakukan penipuan undi untuk menafikan kemenangan pembangkang itu bukanlah perbuatan terpuji,
malah teramat keji. Usahlah saudara cuba sembunyikan kejahatan saudara. Bukankah semalam (24 Nov) dan hari ini (25 Nov) merupakan hari pengundi-pengundi pos
memangkah untuk parti saudara ? Bukankah para tentera dan polis telahpun diarahkan untuk memangkah parti BN ? Tak perlulah saudara sembunyikan hal ini.
Saudara Mahathir,
Akhirnya, sekali lagi saya ingin memberikan saudara ‘last warning’…JANGAN SEKALI-KALI CUBA BERMAIN API !
BAIK SAUDARA BATALKAN SAHAJA NIAT JAHAT DAN PELAN DURJANA SAUDARA ITU sebelum saya putus kesabaran saya. Ini bukan masanya untuk bergurau !!
Cucu Datuk Bahaman