|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
UMNO Slim River memang bangsatIni kisah yang berlaku di kawasan Slim River, Perak. Di kawasan ini calon UMNO yang bertanding ialah Junus Wahid. Dia ni dulu cikgu. Sebab kuat berpolitik dan bodek membodek, dapatlah dia jadi wakil rakyat DUN Slim River. Kalau nak tahu, Junus Wahid inilah manusia yang amalkan politik paling bangsat di kawasan ini. Bila dah dekat pilihanraya barulah dia nak tar kan semula jalan ke Felda Gunung Besout, Sungkai. Konon-konon nak rasuah peneroka Felda la tu. Masa dia dok pegang jawatan ADUN tak mahu pula dia nak tar kan jalan. Tiba-tiba bila dah hampir sangat pilihanraya barulah sibuk arahkan jalan yang teruk tu di tarkan semula. Sampai sekarang jalan tu masih lagi tak siap. Dan memang jalan yang ditarkan semula tu tak akan sempat siap sebelum pilihanraya ni. Sudahlah jalan tu dibuat dengan kelam kabut, tar yang diguna pun jenis yang tak ada kualiti. Batu-batu yang digunakan pun jenis kasar-kasar. Bila lalu dengan motor atau kereta, rasa macam naik keretapi kelas tiga zaman dulu-dulu. Sudahlah tak berkualiti, jalan yang ditar tu tak sama pula. Bila hujan air pun bertakung. Memang Junus Wahid ni cuma menyusahkan orang sahaja. Kontraktor yang buat jalan ni pun jenis yang tak ada tanggungjawab. Entah kontraktor mana yang Junus Wahid ni kutip pun tak tahu la. Pasir-pasir penuh di semua jalan. Habis semua pasir tu akan terbang ke motor atau kereta kita. Yang naik motor sakit mata dan muka. Yang naik kereta silap-silap boleh pecah cermin kereta. Penjaga bendera pun tak ada. Kenderaan yang lalu ditepi-tepi jentera turap jalan tar tu semuanya terpaksa tanggung risiko yang tinggi. Nak harapkan kontraktor jalan tu, langsung dia tak peduli. Kita boleh jalan ke, nak langgar motor / kereta orang ka, semuanya tanggung sendiri. Sepatutnya jalan buruk ke Felda Gunung Besout, Sungkai ni tak patut lagi ditar dan ditampung sebahagian-sebahagian sahaja. Patutnya kena turap semua jalan tu dengan tar yang baru. Kena ganti dengan jalan tar yang baru. Kalau dok main tampung sahaja, lebih baik tak payah buat. Buat menyusah lagi boleh. Sudahlah buruk, jalan pula jadi lebih teruk. Maklumlah jalan yang bertampal-tampal. Naik kereta pun macam naik kuda. Cuba kita bayangkan, kalaulah kita ni cuma ada sehelai kain pelekat buruk. Dah koyak dan reput pula tu. Tiba-tiba datang seorang yang konon-konon dermawan tampal kain kita yang koyak-koyak tu. Ada ka patut ?. Kain kalau dah buruk, lepas tu cuma ditampal-tampal sahaja, akan menjadi lebih buruk. Patutnya orang dermawan tu ganti sahaja dengan kain yang baru. Macam tulah juga yang kami mahu dengan jalan ke Felda tempat kami. Bukan lagi ditampal-tampal, tapi jalan yang baru. Koman-koman pun semua jalan ditarkan semula. Bukan sebahagian-sebahagian sahaja. Itu baru bab jalan, belum lagi masuk bab TABIKA. Baru-baru ni pada 15 November 1999 sekali lagi Junus Wahid dah amalkan politik bangsat. Tak pasal-pasal dikumpulnya semua budak-budak TABIKA KEMAS di sebuah dewan balairaya Felda. Konon-kononnya nak bagi sijil tamat sekolah TABIKA KEMAS. Rupa-rupanya dia jadikan majlis tu tempat untuk dia berkempen politik gila. Kempen dia tu pula penuh dengan maki hamun dan mencarut. Habis semua pihak nak dihamunnya. Memang bangsat Junus Wahid ni. Depan budak-budak TABIKA (baru 6 tahun) pun dia berkempen dan berpolitik bodoh UMNO. Sudahlah begitu, Balairaya tu dihiasi pula dengan poster-poster dacing bangsat dan kain rentang "Undilah Barisan Nasional". Memang celaka kau Junus Wahid. Pecacai UMNO Felda ni pun sama juga. Bila berucap, habis semua orang nak dimaki hamun. Pengurus Felda pun nak dimaki. Tak sedar diri langsung. Awak tu cuma peneroka sahaja. Macam nilah perangai orang UMNO. Bila dia berada disamping orang yang dia rasa ada kuasa, dia pun mula besar kepala. Sampai tak sedar diri langsung. Semuanya dia rasa boleh dibuat. Sampaikan dia rasa dirinya kebal dari undang-undang. Sebab tulah papan tanda PAS disimpang masuk Felda Besout 1, 2 dan 3 disimbah dengan cat. Inilah kerja orang UMNO. Sudah bodoh, sombong pula tu. Memang kebodohsombongan ahli dungu UMNO ni dah terbukti. Bila ditanya mengapa mereka menentang PAS yang memperjuangkan Islam. Jawapan yang mampu diberi ialah, "kalau PAS perintah, hancur negara". Bila ditanya kenapa hancur ?. Tak tahu nak jawab. Bila ditanya pula mengapa sokong UMNO dan apa yang mereka perjuangkan, jawapan mereka, "Untuk jaga orang Melayu". Inilah jawapan yang mampu mereka beri. Dalam kepala otak ahli UMNO dungu ni cuma ada, "UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO". Yang Mahathir dok hina dan caci orang Melayu pemalas, bangsa subsidi, emosional dan macam-macam lagi dia tak tahu. Hai ... Bodoh sungguh UMNO ni. Sekarang ni di Felda Gunung Besout, habis semua balairaya dirompak oleh UMNO. Di Felda ni ada 5 peringkat. Jadi balairaya pun ada 5 buah la juga. Habis kelima-lima balairaya dirompak dan dijadikan bilik gerakan UMNO. Memang celaka UMNO ni. Hak orang ramai dia buat harta sendiri. Siang malam dia buat operasi di balairaya tu. Orang lain nak guna pun tak boleh. Tapi bil-bil elektrik dan air siapa yang bayar ?. Nak harap orang UMNO ?. Mati hidup balik pun jangan harap. Dirompaknya lagi ada la !. Inilah sikap orang UMNO. Kalau ahli-ahli dungu di peringkat Felda yang ulu pedalaman ni pun tak beramanah - merompak hak orang ramai, macamanalah kita nak harapkan ahli-ahli dungu UMNO yang duduk diatas tu untuk jadi lebih beramanah. Kalau dari bawah lagi dah dididik dengan budaya menyamun dan pecah amanah. Bila dah pegang jawatan tinggi, memang orang-orang UMNO akan jadi penyangak besar. Sebab tulah negara kita sekarang hancur dan langsung tak bermaruah. Semuanya kerana ahli-ahli dungu UMNO yang telah sedia terdidik untuk pecah amanah dan menyamun sejak dari peringkat akar umbi lagi. Tiba-tiba sekarang UMNO dok kempen "Mempertahankan maruah negara". Apa maruah negara yang kamu nak pertahankan ?. Semuanya dah hancur lebur. Orang luar dah pandang Malaysia ni macam negara orang-orang utan. Tak ada tamadun. Tak ada undang-undang. Semua yang UMNO buat betul sahaja. Menyamun, merompak, membelasah, membunuh dan apa sahaja semuanya boleh. Tapi rakyat biasa nak berhimpun cara aman pun dibelasah sampai nak mampus. Apa maruah yang kamu nak pertahankan ?. Maruah BABI J.E. bagaimana ?. Mana nak letak muka bila orang luar kata kita ni konon-kononnya negara Islam tapi jadi antara pengeksport BABI yang terbesar di Asia. Negara China pun kalah dengan kita. Bila virus J.E. serang, semua tokeh babi cabut lari. Tinggallah askar-askar Melayu jadi kuli batak dok tembak babi tu. Ini maruah yang UMNO nak pertahankan ?. Jagalah kau Junus Wahid. Kali ini baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah. Bukan kau tidak tahu yang majoriti besar peneroka Felda di Trolak, Besout dan Behrang memang dah benci sangat tengok muka kau. Sampai nak termuntah. Yang tinggal kini cuma dua tiga kerat UMNO dungu yang karat biru UMNOnya sahaja. Tu pun terpaksa upah budak-budak samseng kampung Felda untuk gantung dan tampal poster. Habis semua budak-budak samseng diperalatkan oleh UMNO. Dari penagih dadah sampailah budak sekolah. Hinggakan budak sekolah yang masih lagi pakai baju sekolah (ponteng sekolah pula tu) pun UMNO suruh pasang bendera UMNO atas pokok. Memang UMNO muka tak tahu malu. Budak-budak yang orang kampung benci dia peralatkan untuk kepentingan politik sempit mereka. Memang Junus Wahid kali ni dah menggeletar habis. Masa penamaan calon hari tu pun dah nampak macamana sokongan penduduk kawasan sini menyokong PAS dan Barisan Alternatif. Kalau dulu nak dapatkan 30 orang untuk berarak pun susah. Sekarang ni tak payah nak jemput-jemput, semua orang datang dengan sukarela. Bukan macam UMNO, terpaksa sedia bas untuk angkut ahli-ahli dungu mereka. Memang kali ini Junus Wahid dah takut habis. Inilah balasanya kepada orang yang tak kenang budi. Dulu bukan main lagi sokong Anwar Ibrahim, sekarang langsung buat tak tahu. Kamu jadi ADUN Slim River ni pun sebab Anwar Ibrahim yang tolong naikkan. Kalau tidak, jadi Cikgu pencenlah kamu Junus Wahid !. OLEH : HALFELDA @ HALFRISDA |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|