Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

APA SALAHNYA DENGAN RAJA PETRA KAMARUDIN?

Minda Rakyat sempat mendengar apa yang diucapkan oleh Raja Petra Kamaruddin kepada wartawan TV3 suku melalui siaran buletin TV3 suku malam tadi. Antaranya Raja Petra Kamaruddin mengatakan 'Tunggu dan jawablah dihadapan Tuhan', yang merupakan satu kenyataan berani sebagaimana kepribadian pahlawan Islam Syaidina Omar.

Kata-kata Raja Petra Kamaruddin ialah berhubung TV3 yang bersekongkol dengan kezaliman dan menyiarkan berita berat yang memburukkan Islam dan hukum hudud. Pada penilaian MR tiada salahnya dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin itu, selain memuji keberaniannya.

Soalnya, apakah wartawan TV3 suku yang berugama Islam itu tidak mempercayai Mahkamah Rabbul Jalil serta pembalasan Tuhan? Mengapakah mereka mengatakan kenyataan Raja Petra Kamaruddin sebagai keterlaluan? Apakah jenisnya Islam yang dianuti oleh wartawan berugama Islam di media TV3 suku?

Kepada wartawan TV3 suku yang berkenaan, jika anda mengaku berugama Islam, MR nasihatkan anda bertaubat dan banyak beristigfar. Mudah-mudahan anda perbanyakkan mempelajari ugama Islam dan mendekatkan diri dengan guru yang muktabar. Jalan kita semakin hampir dengan Mahkamah Tuhan Rabbul Jalil dan jika masih leka nerakalah yang layak buat kita ...nauzubillah minzalik!

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 25 November, 1999