|
Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
|
RAKYAT SUDAH JEMU PEMBAIKAN EKONOMIPerkataan 'ekonomi pulih', 'ekonomi semakin pulih', 'ekonomi negara bertambah baik' adalah antara perkataan paling jemu dihadapkan sejak setahun lalu. Namun sehingga tempoh itu, ekonomi negara ternyata belum pulih pun. Pimpinan BN membuat kenyataan sedemikian dengan mengemukakan fakta-fakta yang berbelit-belit dan sukar difahami oleh orang kampong yang menerima pelajaran yang tidak setinggi mana. Namun mereka semakin mengerti dengan momokan 'ekonomi semakin pulih' kerana sudah menyebutnya selama lebih setahun lalu, sedangkan tahap ekonomi negara semakin menjunam dengan kenyataan pimpinan BN. Bagi rakyat negara ini, hanya satu cara untuk memastikan ekonomi Malaysia benar-benar pulih iaitu dengan membuang kesemua pimpinan BN yang penuh korupsi dan menggantikan dengan pimpinan baru Alternatif. Kecurangan pimpinan BN/UMNO yang menguasai pentadbiran dan ekonomi negara sejak 42 tahun lalu membuktikan mereka tidak relevan lagi kerana pembangunan yang dilakukan sebagai lambang kemajuan tetapi dengan duit hutang yang menimbun sehingga beratus bilion untuk rakyat menyelesaikannya.
Dimanakah kebijaksanaan rakyat? |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|