Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Pengunjung ke Sejak 4 Mac, 1999

Perhatian: Sila beralih ke Internet Explorer untuk paparan terbaik
KEMBALI LAGI UNTUK BERITA YANG LAIN PULA!!!

JANGAN TERPEDAYA PROPAGANDA MAHATHIR

Pimpinan kerajaan BN menuding jari kepada alternatif dan NGO dengan tuduhan bahawa mereka menerima bantuan asing. Ini bukan politik tahun 60'an di mana rakyat mudah menerima sahaja segala tuduhan itu.

Walau pun demikian, kenyataan pimpinan BN merupakan suatu 'fitnah maha besar' yang sebelum ini dilemparkan ke atas DSAI. Memang pimpinan BN dan UMNO khasnya, gemar kepada fitnah kerana mereka gemar 'memakan daging saudara mereka sendiri'.

Di sebalik fitnah yang dilemparkan oleh pimpinan BN, mereka mempunyai agenda sendiri iaitu meminta bantuan kewangan dari musuh Allah dan musuh Islam sepanjang  zaman iaitulah negara Yahudi atau Isreal. Ini bukan sekadar omongan kosong, tetapi mempunyai cukup bukti yang telah didedahkan oleh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran. Segala pendedahan penyelewengan Mahathir boleh anda perolehi di Laman Reformasi oleh Mahazalimtwo.

Justeru itu seperti biasa media memainkan serta menggembar gemburkan isu ini sebagai alat untuk tunggangan Mahathir, meskipun bercanggah dengan kebenaran. Isi hati media kerajaan dan TV3 suku atau NTV7, sama seperti isuhati Yahudi yang menolak kebenaran dan Islam.

Amat mendukacitakan persekongkolan media tempatan di atas kezaliman yang berlaku. Semoga Allah memberikan pembalasan sewajarnya di atas penglibatan mereka memusuhi Allah samada disedari atau tidak.

Bertaubatlah!!!

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com  


Kemaskini Terakhir: 25 November, 1999