|
Ustaz Ibrahim Azmi sedang sakit tenat dimakan sumpah?Saya menerima maklumat dari rakan-rakan BA Terengganu bahawa, kini (Us?) Ibrahim Azmi sedang sakit tenat di Kuala Terengganu. Menurut pengkhabaran tersebut, penyakit yang dialami beliau agak ganjil. Ganjilnya penyakit yang dialami tidak dapat dicerita dengan lengkap namun pelbagai sumber yang diselidiki menyatakan bahawa beliau sudah tidak kelihatan di khalayak umum semenjak pulang dari Perhimpunan Agong UMNO 1999. Ada sumber yang menyatakan bahawa beliau kini menjadi malu hendak berjumpa dengan orang ramai dan selalu tidak berbaju. Ada juga maklumat yang mengatakan bahawa beliau diserang sejenis penyakit mulut yang anih dan sudah pun menjangkiti tekaknya. Saya memohon apabila artikel ini disiarkan, penulis dari Kuala Terengganu dapat agar selidiki dan SAHkan berita ini untuk dijadikan iktibar kepada semua tak kira penjuang Islam mahupun mereka yang bencikan Islam. Jikalau terbukti cerita ini tidak benar sila maklumkan dan saya memohon maaf. Ibrahim Azmi yang popular semasa perhimpunan UMNO baru-baru ini dengan sumpahnya yang mencabar pemimpin PAS untuk bersumpah Qur’an berhubung (apa yang dikatakan oleh mereka sebagai) perjanjian dengan Semangat 46 berhubung perlantikan Timbalan MB Kelantan. Kata kawan saya dari Terengganu lagi, sakit ganjil Ibrahim Azmi ini mungkin akibat dari kelantangan mulutnya yang kini diMAKAN SUMPAHnya sendiri. Ianya mungkin untuk dijadikan iktibar oleh sekelian pemimpin yang terlalu berani bermain dengan sumpah. Mengikut ceritanya lagi, Ibrahim Azmi yang dulunya keluar UMNO untuk bersama S46, sedar bahawa beliau tiada lagi tempat di dalam UMNO selepas S46 dibubar. Dan beliau melihat suatu kesempatan semasa KeADILan mula hendak ditubuh. Beliau telah memohon untuk menjadi Ketua KeADILan Terengganu. Memandangkan kepada rekod dan pencapaian serta penerimaan rakyat terhadap beliau semasa UMNO dan S46, pihak KeADILan berserta rakan-rakan lain dalam ALTERNATIF tidak bersedia untuk menerimanya sebagai Ketua Perhubungan Negeri. Ini yang telah membuat Ibrahim Azmi mengamuk dan terus melaksanakan peranannya untuk mengutuk PAS dan seterusnya mencabar dengan sumpah Qur’an. Benar atau tidak cerita ini, diharap kita semua yang beragama ISLAM agar sentiasa beringat dan tidak mudah bermain mulut dengan sumpah dan mempersendakan AGAMA dan KitabulLah Al Qur’an ul Karim. Bersama-samalah kita mengambil iktibar dari peristiwa ini. Sekian, WalLahu ‘Alam
Ibrahim Baba |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|