Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Adalah Pengunjung ke Sejak 4 Mac 1999

Orang kata Bahasa Jiwa Bangsa. 

Demi memperjuangkan ketuanan Melayu maka hendaklah kita memartabatkan Bahasa Melayu. Papan poster yang besar-besar (Billboard) yang dipasang oleh BN/UMNO di sekitar KL/Selangor memakan belanja yang besar. 

Malangnya mereka hanya fikirkan wang dan berbelanja dengan mewahnya untuk kempen pilihanraya yang terkotor. Mereka langsung tidak menitik beratkan bahasa. Saya bukanlah seorang pakar bahasa. Tetapi dengan sekali imbas, semua pelajar sekolah menengah PASti tahu bahawa terdapat silap eja pada billboard-billboard tersebut. 
Lihat foto sebagai bukti. Perhatikan DIBAWAH sepatutnya dieja DI BAWAH. Bagaimana hendak memperjuangkan ketuanan Melayu kalau Bahasa yang menjadi Jiwa Bangsa tidak dapat dimertabatkan dengan keperihatinan dalam ejaan yang betul. 
Sekian IB

 

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
Kemaskini Terakhir Pada:25 November, 1999