DALIL-DALIL HARAM UNDI UMNO/BN SIRI 1
1. UMNO/BN
Menghina Hukum Allah
Terlalu banyak kenyataan pemimpin UMNO yang telah dengan terang-terangan menolak hukum Islam atau syariat Islam dan negara Islam. Bukan sahaja
mereka enggan, bahkan telah turut menghina hukum Allah swt. itu sebagai primitif, kolot, dan akan merugikan umat Islam. Secara tidak langsung
mereka seolah-olah mendakwa bahawa merekalah yang lebih bijak dalam memutuskan hukum-hakam yang sudah pun ditetapkan oleh Allah swt di dalam al-Quran.
Sikap ini bukan sahaja berdosa, malah boleh mencacatkan aqidah mereka dan membawa mereka keluar dari agama Islam.Di bawah ini diperturunkan sebahagian
dari kata-kata pemimpin UMNO yang mungkin sudah diketahui ramai.
Kenyataan mereka:
- 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Mahathir: 3/3/94)
- 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung
tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Mahathir: 14/7/92)
- 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya
sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. (Mahathir: 2/5/92)
- 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Mahathir: 1994)
- 'Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam'. (Mahathir:14/8/94)
- 'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'. (Mahathir:3 Mac, Nilam Puri).
- 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Najib: 20/4/93)
- 'Apa erti negara Islam jika mundur'. (Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99)
Percanggahan dengan Al-Quran
- "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)
- "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)
- "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)
- "Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya (iaitu kitab-kitab sebelumnya),
maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran
yang telah datang kepadamu". (al-Maidah:48)
- "Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.
Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka
berpaling dari hukum Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa
mereka" (al-Maidah:49)
- "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?"
(al-Maidah:50)
- "Menetapkan hukuman itu hanyalah haq Allah swt." (al-An'am:57)
- "Celupan Allah (yang lebih baik), siapakah yang lebih baik dari celupan Allah?" (al-Baqarah:138)
- "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka
perselisihkan, kemudian mereka tidak merasakan dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan
sepenuhnya" (al-Nisa':65)
- "Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mu'min dan perempuan yang mu'min apabila Allah dan RasulNya menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi
mereka pilihan yang lain. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata" (al-Ahzab:36)
Apakah masih ada umat Islam yang mahu menyokong golongan sesat yang telah menghina hukum Allah ini?.
2.
UMNO/BN Tidak Melaksanakan Hukum ALlah
Ekoran dari penolakan dan penghinaan pemimpin UMNO terhadap pelaksanaan hukum Allah, maka telah menjadikan mereka ini di kalangan manusia yang
hanya beriman kepada sebahagian daripada al-Quran dan menolak sebahagian yang lain. Sedangkan apa sahaja yang diturunkan oleh Allah swt dan dari
Sunnah Rasul s.a.w semuanya adalah WAJIB bagi setiap umat Islam melaksanakannya tanpa memilih mengikut selera masing-masing.
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian daripada Kitab dan engkar kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang
berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia dan pada hari Qiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah
tidak lengah dari apa yang kamu perlakukan"
(Mafhum al-Quran, al-Baqrah:85)
Umat Islam di Malaysia ini semuanya berdosa jika mereka redha dengan tidak terlaksananya hukum ALlah ini ekoran dari sikap mereka yang mengundi wakil
rakyat dari parti yang menolak hukum Islam. Tiada alasan yang boleh diberikan untuk tidak melaksanakan ayat-ayat Allah ini sepertimana tiada
alasan yang boleh diberika untuk meninggalkan sembahyang!. Samada dalih kerana peredaran zaman, atau masyarakat majmuk atau sebagainya, semuanya karut
belaka dan hukum Islam masih tetap menjadi kemestian untuk dilaksanakan kerana al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w sesuai sehingga hari Qiamat.
Di bawah ini diperturunkan sebahagian dari hukum-hukum Islam (hudud) yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN.
a. Zina
(a) Bagi yang bukan muhsan (belum pernah melakukan persetubuhan yang sah)
"Penzina-penzina perempuan dan penzia lelaki hendaklah kamu sebat 100 kali"
(Mafhum al-Quran, al-Nur:2)
(b) Bagi yang muhsan (pernah merasai persetubuhan yang sah)
"Ya Anis, pergilah kepada perempuan ini, maka jika dia mengaku (berzina) rejamlah dia"
(Hadis Sahih Muslim:Vol III, hal.1324-25)
b. Qazf (menuduh zina)
"Dan mereka yang membuat tuduhan zina kepada perempuan-perempuan suci daripada zina kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka deralah
mereka sebanyak 80 kali rotan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya dan mereka inilah orang-orang fasiq"
(Mafhum al-Quran, al-Nur:4)
c. Mencuri
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai balasan dengan apa yang dilakukan sebagai siksaan dari
Allah"
(Mafhum al-Quran, al-Maidah:38)
d. Harabah (merompak)
"Sesungguhnya balasan mereka yang memerangi Allah dan RasulNya dan melakukan keroskan di muka bumi hendaklah mereka dibunuh, atau disalib atau
dipotong tangan dan kaki mereka berselang seli atau dinafikan mereka di muka bumi"
(Mafhum al-Quran, al-Maidah:33-34)
e. Meminum Arak (khamr)
Diriwayatkan dari Anas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi seorang lelaki yang meminum arak, kemudian beliau telah menyebat dengan dua pelepah
tamar lebih kurang empat puluh sebatan.
(Fath al-Qadir, Ibn al-Human, jilid 4, hal.185,
Sahih Muslim, jilid 2, hal.57)
f. Murtad
"Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia"
(Sunan Abu Dawud, jilid 2, hal.440)
g. Qisos (bunuh balas)
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisos (bunuh balas) berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan
orang merdeka; hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat kemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan)
mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar diyat kepada pemberi maaf dengan cara yang baik pula"
(Mafhum al-Quran: al-Baqarah: 178)
[Kerajaan UMNO/BN telah meletakkan hak memberi pengampunan kepada orang yang didapati bersalah membunuh kepada Lembaga Pengampunan yang
diketuai oleh Agong, sedangkan dalam Islam hak itu adalah mutlak terletak kepada keluarga mangsa yang dibunuh seperti ayat di atas. Justeru itu,
Kerajaan UMNO/BN melalui Lembaga Pengampunan, telah membebaskan Mokhtar Hashim walaupun disabitkan bersalah membunuh Allahyarham Dato Taha
tanpa beliau perlu mendapatkan kemaafan dari keluarga Dato' Taha dan membayar diyat seperti yang dikehendaki oleh Islam.]
Kesimpulannya, melaksanakan hukum Islam dan menegakkan negara Islam bukan merupakan idea atau kehendak para pemimpin PAS atau para ulama' PAS atau
mana-mana ulama di atas muka bumi ini, tetapi ianya merupakan suatu perintah ALlah yang wajib dilaksanakan tanpa ada pilihan lain, oleh setiap
manusia yang mengaku Islam seperti mana wajibnya seseorang Islam itu mendirikan sembahyang, berpuasa, berzakat, mengerjakan haji dan mengikuti
perintah-perintah Allah yang lain.
Apakah masih ada umat Islam yang mahu menyokong golongan yang beriman kepada hanya sebahagian daripada al-Quran dan engkar sebahagian yang lain?.
AWANG BONGSU
awang_bongsu@hotmail.com
...bersambung