Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Adalah Pengunjung ke Sejak 4 Mac 1999

Foto Sekitar Ceramah di Keramat/AU 

Saya sempat merakamkan beberapa foto ceramah-ceramah piliharaya di sekitar AU dan Keramat semalam. Saya mohon maaf jika foto-foto ini kurang jelas. Saya tidak langsung mengunakan 'flash' supaya tidak menganggu majlis. Dan bagi ceramah BN/UMNO saya terpaksa mengambilnya dari jarak 100-150 meter jauhnya supaya tidak menimbul syak dari mereka.
 
Ceramah BN di Taman Sepakat. Terdapat tidak lebih dari 20 orang (termasuk yang berjaket) yang mendengar. Gambar yang dirakam ini dapat membuktikan majlis BN tiada sambutan langsung.
Ceramah BN di AU 2A Terdapat tidak lebih dari 20 orang (termasuk yang berjaket) di kawasan tempat duduk yang disediakan. Dan tidak lebih dari 10 orang lagi(termasuk yang berjaket) yang berada sekitar 30 meter dari tempat syarahan. 

 

Ceramah BA di AU 2A/12 Ceramah oleh Sdri Shamsidar (isteri Azmin - calun DUn Hulu Klang) dan isteri Dr. Hatta calun Parlimen Gombak (Dr. Kalsom kalau tak silap namanya), lebih kurang 200 meter dari ceramah BN di AU2A. Terdapat di antara 600 - 800 pendengar yang hadir.

Seorang penceramah BN/UMNO (ustaz kot), berkopiah, (di ceramah BN di AU2A) mengatakan bahawa penceramah PAS dan BA kurang adab serta menyebut nama Rasulullah dengan 'gear 4 atau 5' (kata dia). Sedangkan, kata dia lagi, semasa dia belajar dulu, dia diajar untuk menyebut nama Nabi s.a.w. dengan penuh hormat seperti menyebut 'Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.'. Manakala penceramah alternatif tidak menyebut dengan cara hormat. Adakah dia ni masih belum mendengar kaset popular Mahathir hina sunnah (janggut) Rasulullah s.a.w.? Adakah mereka ini tergolong dalam mereka yang Allah Azzawa Jalla telah menutupkan mata, telinga dan hati mereka. 

Sekian IB

 

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
Kemaskini Terakhir Pada:25 November, 1999