Sanggahan terhadap video lucah DSAI
Assalamu'alaikum
Rakan-rakan seperjuangan saya sekalian,
Kini heboh tentang video lucah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Mat Sabu serta gambar Dato' Seri sedang menari bersama seorang wanita di tempat yang tidak
diketahui. Bertepatan dengan ikrar Mahafiraun tidal lama dahulu bahawa pilihanraya ke 10 ini bakal menjadi pilhanraya terkotor di Malaysia maka keluarlah
bahan-bahan jijik ini yang tidak kita sangka sanggup dilakukan oleh ummat Islam dan orang Melayu. Di sini ingin saya memberi pendapat saya tentang isu video
lucah ini dan kenapa saya menanggapnya satu bahan palsu dan berunsur fitnah yang amat jijik.
|
Kenapa video ini tidak dijadikan bahan bukti di Mahkamah ketika kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim serta kes khalwat saudara Mat Sabu ? Ianya adalah
kerana bahan-bahan tersebut tidak layak untuk menjadi bahan bukti kerana pihak pembela sudah pasti akan memanggil pakar-pakar untuk menyiasat kesahihan
bukti tersebut. Ingatkah anda ketika pihak pendakwa cuba membawa tilam yang kononnya mempunyai kesan-kesan tompokan air mani ke mahkamah ? Tidakkah dengan
khidmat-khidmat pakar pihak pembela telah berjaya membuktikan bahawa tilam itu tidak mempunyai kredibiliti untuk kes tersebut. Kenyataannya jika bukti yang
palsu dan direka-reka ternyata ada kecacatannya walaupun cuba dilakukan dengan sebaik mungkin. |
|
Kenapakah bahan bukti kerendahan akhlak Dato'Seri Anwar Ibrahim tidak didedahkan pada awal-awal lagi dan hanya menunggu semasa tarikh mengundi sudah
semakin hampir baru hendak didedahkan ? Inilah muslihat jijik dari pihak Barisan Nasional hanya untuk manjatuhkan imej Dato' Seri Anwar Ibrahim demi
kepentingan mereka dalam menempuhi Pilihanraya ke sepuluh ini. |
|
Ingat saudara amaran dari Allah SWT, Jika anda mendapat perkhabaran dari golongan yang fasik sila teliti dahulu kesahihan berita tersebut. Kenapa saya
mengatakan golongan yang menyebarkan video lucah ini sebagai orang fasik, Ini adalah kerana golongan yang beriman tidak akan menyebarkan gambar lucah yang
diklasifikasikan sebagai zina mata, golongan yang beriman tidak akan mengaibkan saudaranya sendiri, golongan yang beriman jika mempunyai bukti yang sahih
sudah pasti akan menggunakan saluran yang betul iaitu mahkamah untuk mengesahkan bukti tersebut dan yang pastinya golongan beriman ini sudah hampir pupus
dalam UMNO yang jijik lagi kotor. |
Kesimpulan yang kita boleh buat ialah video dan gambar lucah yang sedang hangat disebarkan adalah bahan bukti palsu yang menggunakan tekniuk terkini semata-mata
untuk menjatuhkan karier politik Dato' seri anwar Ibrahim dan juga Saudara Mat Sabu.
Sekian Wassalam
AKOB THE GREAT
|