|
KALAHKAN MAHATHIR DAN KUNCU-KUNCUNYAApabila Lim Kit Siang berpindah bertanding dari kawasan Parlimen Tanjung ke kawasan Parlimen Bukit Bendera dan kawasan Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga, Mahathir menanggapnya tindakan Lim Kit Siang lari ke kawasan baru sebagai takut akan kalah. Ini adalah kali ke-4 Lim Kit Siang berpindah kawasan dan Mahathir minta rakyat Pulau Pinang kuburkan saja Lim Kit Siang di Bukit Bendera kerana mengikut orang Hokkien bunyi sebutan angka 4 membawa erti “mati”(see liao) Sekurang-kurangnya Lim Kit Siang berani memperjudikan nasibnya untuk bertanding di kawasan-kawasan Parlimen yang berlainan, kenapa tidak Mahathir atau Ling Liong Sik atau Samy Vellu berpindah kawasan untuk menguji populariti masing? Kenapa tidak Mahathir bertanding di Permatang Pauh atau Gua Musang atau Ling Liong Sik turun ke Tanjung atau Ipoh,dan Samy Vellu berpindah ke Bagan atau Nibong Tebal? Di mana saja Lim Kit Siang bertanding kejayaan menjejakinya tetapi belum tentu Mahathir, Ling Liong Sik atau Samy Vellu boleh menang di Permatang Pauh,Gua Musang, Tanjung, Ipoh, Bagan atau Nibong Tebal. Sebab takut kalah !! Ketua Menteri Pulau Pinang,Tan Sri Koh Tsu Khoon juga telah meminta pengundi-pengundi di Bukit Bendera dan Kebun Bunga “memencenkan” Lim Kit Siang buat selama-lamanya daripada arena politik tanah air ini. Kenapa teguran Ketua Menteri Pulau Pinang hanya ditujukan kepada Lim Kit Siang saja? Mahathir, Ghafar Baba, Wan Mokhtar dan beberapa orang calon BN lain juga telah lama berkecimpung dalam arena politik Malaysia kian lama kenapa tidak tegurkan mereka? Sungguhpun BN menjajikan muka-muka baru di dalam pemilu ini namun hampir 70% calon yang bertanding atas tiket BN itu adalah muka-muka lama. Adakah BN kurang yakin memenangi majoriti 2/3 jika calon-calon muka-muka baru dikemukakan? Malah pertukaran calon di saat akhir mengantikan calon muka baru dengan calon veteran adalah pertanda bahawa BN tidak yakin bahawa calon muka baru itu boleh meraihkan kemenangan bagi BN. Ramai menteri-menteri dan menteri besar-menteri besar kita termasuk yang sah diketahui mengamalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa seperti Abdullah Badawi Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Megat Joned, Kadir Sheikh Fadzir, Ibrahim Saad , Samy Vellu, Ling Liong Sik, Annuar Musa, Sanusi Joned, Isa Samad, Shahidan Kassim, Abdul Ghani Othman, Ramli Ngah Talib dan beberapa yang lain telah dipilih semula untuk bertanding dikawasan masing-masing atau berpindah ke kawasan lain atau berpindah dari kawasan Dewan Undangan Negeri ke kawasan Parlimen. Jika Mahathir dan BN menang besar sama ada dengan majoriti 2/3 atau tidak Mahathir tetap akan melantik orang-orang yang sama juga untuk mebarisi kabinet yang dikatakan “bersih cekap dan amanah” beliau itu. Apakah saudara saudari tidak muak menonton dan mendengar mereka ini tiap-tiap hari dalam kaca TV atau akhbar-akhbar? Jika saudara saudari sudah bosan dengan telatah mereka itu marilah kita ramai-ramai tukar dan kalahkan Mahathir, Abdullah Badawi, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Megat Joned, Kadir Sheikh Fadir, Ibrahim Saad, Samy Velu, Ling Liong Sik, Annuar Musa, Tengku Razaleigh, Sanusi Joned, Shahidan Kassim, Abdul Ghani Othman, Ramli Ngah Talib dan beberapa tokoh veteran lain seperti Ghafar Baba, Wan Mokhtar dan Rais Yatim di tempat masing-masing. Kita pilih kerajaan yang baru.Kerajaan Barisan Alternatif ! Undi Barisan Alternatif. ALI ALLAH DITTA |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|