|
GERAKGEMPUR UMNO BERMOTIF 'KEJAHATAN'Tidak jelas kepada rakyat negara ini penubuhan unit komando atau gerak gempur dalam sesebuah badan politik seperti UMNO. Jika dalam perjuangan Islam unit ini memang diperlukan dan mereka adalah mujahid sejati kerana membela agama Allah. Namun unit komando atau gerak gempur UMNO nak disamakan dengan para mujahid fisabilillah itu ... jauh panggang dari api. Dengan perbuatan tidak senonoh yang mereka tunjukkan itu bukan mendekatkan rakyat dengan mereka, sebaliknya semakinn dibenci rakyat. Perbuatan seorang dua atau sekelompok Unit ini yang terlibat dengan perbuatan kurang ajar atau 'samseng' akan menjejaskan kredebiliti UMNO sendiri. Akhirnya UMNO semakin rendah akhlaknya dan kredebilitinya menjunam di mata rakyat. Baru-baru ini di Taman Perpaduan Ulu Kinta, Ipoh, sekumpulan anggota UMNO memasang pembesar suara terlalu kuat hingga mengganggu ceramah Alternatif di seberang jalan. Ceramah Alternatif memiliki permit yang sah, manakala mereka hanya berselindung atas nama bilik gerakan pilihanraya. Laporan juga diterima bahawa malam tadi ketika berceramah di Wangsa Maju Hajjah Marina Yusoff diganggu oleh puak-puak UMNO ini lagi. Ini membuktikan jelas kepada rakyat bahawa komando UMNO bukan pejuang sejati atau membela bangsa, agama dan tanahair atau UMNO karat birunya. Sebaliknya komando UMNO hanyalah 'trouble makers', pengganggu keamanan, pencetus rusuhan, yang akan memporak-perandakan masyarakat Malaysia, terutama jika berita kekalahan diterima dalam pilihanraya 29 November nanti. Justeru itu kewujudan komando UMNO adalah sama seperti gangster, atau samseng kampongan atau jalanan yang akan mencari mangsa mengikut kerakusan nafsu amarahnya, tiada nilai sama sekali di sisi masyarakat, jauh sekali di sisi Tuhan!! |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|