|
PERTARUNGAN ANTARA DUA DEWARamai telah mengenali Datuk Seri Samy Vellu. Nama Samy Vellu mahsyor kerana beliau merupakan pemimpin kaum India di Malaysia. Namun kepopularan Samy Vellu semakin waktu berlalu mengikut arah yang semakin mengancam bagi diri dan kredebilitinya. Ini kerana beliau sering dikaitkan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa. Namun nama Dr. Micheal Jeyakumar tidaklah sepopular Samy Vellu di peringkat nasional atau antarabangsa. Namun Jeyakumar sudah dikenali di masyarakat India estet, pekerja kilang, petani dan buruh kasar India. Datuk Samy Vellu menggunakan segala kemampuannya yang ada untuk mengekalkan kuasanya di Parlimen Sg. Siput. Apa ada pada wang. Beliau keluarkan wang berjuta ringgit mengarahkan kuncu-kuncunya melaksanakan kerja memancing undi, dari memasang poster hingga kepada perayu undi dengan cara memaksa dan mengungut mereka, jikalau tidak mahu membantunya. Rakyat diugut akan terbiar jika tidak mengundi Samy Vellu. Sebaliknya Dr. M Jeyakumar tidak mampu berbelanja seperti Samy Vellu. Beliau tidak memiliki wang berjuta ringgit. Namun beliau bekerja keras dan turun padang setiap hari, siang dan malam, panas dan hujan. Risalah pilihanraya, kerja merayu undi dijalankannya sendiri. Beliau bertemu dengan penduduk estet dan pekebun kerana tidak mampu mengarahkan orang lain melaksanakan kerjanya kerana kemampuannya terhad. Namun penduduk estet merasai kasih sayangnya, perhatiannya dan di setiap pertemuan itu Jeyakumar berjanji akan memberikan perhatian dan pembelaan nasib kaum India yang masih tersisih di arus pembangunan negara. Samy Vellu tidak pernah mengistiharkan hartanya tetapi diketahui memiliki harta yang banyak dan empayar yang luas di Australia dan New Zealand. Kekayaannya boleh diukur melalui kemampuannya mengeluarkan pembiayaan perkahwinan anak menantunya berjumlah RM1juta dan dibuat di hotel mewah 5 bintang! Kekayaan Samy Vellu tidak dapat dihitung lagi walau asalnya beliau adalah seorang 'patition writer' dan broker jualbeli tanah. Rakan-rakan sekolah Samy Vellu kini hanya mengenali nama kerana Samy sudah semakin sukar ditemui apalagi hendak bermesra seperti dulu. Dr. M Jeyakumar awal-awal lagi sudah mengistiharkan hartanya kepada rakyat Sg. Siput. Beliau berjanji perjuangan politiknya bukan untuk kepentingan peribadinya, sebaliknya adalah untuk kepentingan kaum India di Malaysia. Justeru itu satu langkah yang bijak beliau awal-awal memberitahu masyarakat India tentang kemampuannya. Dari situ nanti, kaum India boleh menilai apakah yang dimilikinya nanti adalah untuk kaum India atau perjuangan dirinya peribadi. Samy Vellu seringkali dilihat bersifat angkuh. Tutur katanya terikat kepada Maha Firaun yang seangkuh dengannya. Beliau lebih angkuh apabila dikaitkan sebagai pemimpin kaum India di Malaysia, walaupun beliau lupa kemudian akan ada penggantinya. Ini adalah kerana beliau tidak memiliki keperibadian yang mulia serta pelajaran yang tinggi. Beliau bercakap besar sebagaimana besar keretanya dan rumahnya. Dr. M Jeyakumar seorang yang memiliki keperibadian tinggi. Amat ramah dan seorang yang suka membantu sesiapa sahaja , bukan dari kalangan kaum India sendiri. Jeyakumar amat disenangi oleh kaum India. Beliau lambang kejayaan anak India di Malaysia kerana Jeyakumar berpelajaran tinggi dan berkedudukan seorang doktor bertaraf 'pakar'. Percakapan dan pertuturannya sederhana dan kemas menunjukkan kematangan keperibadiannya. Bagi masyarakat India di Malaysia atau di kawasan Sg. Siput, Datuk Seri Samy Vellu pernah menjadi kebanggaan mereka. Ia laksana dewa yang suatu ketika dianggap sebagai pembawa cahaya kepada kegelapan masa depan kaum India di Malaysia. Namun cahaya yang begitu terang bukan sahaja telah menyilaukan pandangan mereka, sebaliknya cahaya itu telah membakar diri mereka. Anihnya Samy Vellu masih selamat di situ dan tetap tinggal dalam seribu kemewahan dan kekayaan yang tidak terbatas. Bagi masyarakat India setelah Samy Vellu hanya pandai berjanji dengan omongan kosongnya, mereka berharap akan datang seorang pengganti selembut Seri Dewi. Walaupun ianya dewa lelak,i masyarakat India berharap keperibadian yang tinggi serta mematuhi janji adalah ciri-ciri yang ada pada calon pengganti selain memiliki kelembutan Seri Dewi. Justeru itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Samy Vellu adalah seumpama dewa jahat yang membakar kehidupan masa depan kaum India di Malaysia terutama Sg. Siput. Sebaliknya Jeyakumar seumpama dewa baik yang membawa cahaya redup dan tenang dalam kehidupan masyarakat India Sg. Siput dan negara amnya. Samy Vellu seumpama dewa jahat kaum India dan Jeyakumar seperti dewa yang baik. Pertarungan dua dewa itu akan menentukan nasib kaum India di Sg. Siput dan negara ini. Dewa suci seperti Jeyakumar adalah lambang keutuhan dan kemajuan kaum India di Malaysia masa depan, manakala dewa jahat seperti Samy Vellu akan terus merompak dan mengaut harta negara ke dalam koceknya. Dewa manakah yang akan menang? Jawapan itu bukan terletak di tangan kaum India semata kerana Parlimen Sg. Siput juga mempunyai undi kaum Melayu dan Cina. Untuk memahami Samy Vellu dan Jeyakumar, masyarakat Sg. Siput perlu memahami dan menyedari mereka adalah lambang bagi dua dewa dalam masyarakat India itu!! |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|