Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam
Anda Adalah Pengunjung ke Sejak 4 Mac 1999

 

DAP lebih baik daripada UMNO

Saban hari tv di Malaysia yang merupakan alat untuk propanganda BN akan menyiarkan berita dan gambaran tentang perbezaan pendapat dan perpecahan parti-parti dalam gabungan Barisan Alternatif. Malangnya rakyat Malaysia yang telah matang dan waras dapat menghidu taktik kotor BN ini dan jelasnya semakin BN cuba mengelirukan rakyat semakin memuncak kebencian dan kemarahan rakyat terhadap BN. Jika di TV pun BN telah dapat menunjukkan bagaimana mereka menyalahgunakan saluran maklumat rakyat itu apatah lagi jika mereka terus berkuasa maka makin berleluasalah salahguna kuasa mereka.

Salah satu iklan yang paling menarik dihebahkan oleh TV media BN ini ialah mengenai hukum hudud. Iklan tersebut berbunyi "PAS inginkan hukum hudud, DAP cakap langkah mayat aku dulu, Keadilan pening kepala". Sesungguhnya iklan ini telah menghina agama Islam.....mereka mempermainkan hukum hudud....mereka mempermainkan hukum Allah....MasyaAllah....Astagfirullah....mereka tidak takut kepada siksa dan azab Allah kerana memperlekehkan hukum Allah (Hudud). Sudahlah BN khususnya UMNO tidak mahu melaksanakan syariat Allah dalam pentadbiran negara (iaitu meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai asas perlembagaan dan perundangan negara) malah menghina syariat Allah.

Pemimpin DAP walaupun pernah mengatakan "Langkah mayat aku dulu jika melaksanakan hudud" sewaktu plilihanraya yang telah lama lalu sebelum mereka bersekutu dengan PAS, telah pun insaf dan meminta maaf kepada semua rakyat malaysia atas kesilapan mereka. Tidak seperti pemimpin UMNO mereka lebih buruk dan teruk lagi menghina Islam dan hukum Allah tetapi tidak pernah menyesal dan insaf atas perbuatan mereka dan tidak pernah meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam. Ini membukakan lagi pekung di dada bahawa UMNO sememangnya tidak mahu hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Kita rakyat Malaysia yang beragama Islam akan faham kenapa pemimpin DAP pada masa dulu menentang hukum hudud kerana mereka tidak faham tentang Islam dan mereka tidak mendapat penjelasan yang sebenar tentang hukum hudud dan tentang sistem pemerintahan Islam. Tetapi kita tidak faham mengapa pemimpin UMNO yang kesemuanya Islam tidak faham tentang Islam sebaliknya menentang Islam. Apa yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia dalam menerangkan tentang Islam kepada pemimpin-pemimpin UMNO...apakah mereka takut menegakan kebenaran Islam kepada pemimpin UMNO....takut periuk nasi mereka tertutup.

Namun yang pasti pemimpin UMNO tidak mahu Islam atau hukum hudud terlaksana kerana sekiranya hukum hudud dilaksanakan maka akan ramai pemimpin UMNO akan hilang jawatan atau bangkrap. Ramai diantara mereka yang terlibat dalam salahguna kuasa, rasuah, berjudi, minum arak dan lain-lain kegiatan yang dilarang oleh Islam akan dikenakan tindakan.

Alhamdulillah berkat usaha kuat pemimpin PAS memberikan penjelasan tentang Islam kepada mereka yang bukan beragama Islam, kini rata-rata ramai rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam mula faham tentang Islam. Ini satu lagi perkara yang dibimbangi dan ditakuti oleh pemimpin UMNO apabila rakyat bukan Islam faham tentang Islam, mereka akan menentang UMNO. Mereka tahu pemerintahan berlandaskan Islam lebih adil dan saksama daripada pemerintahan berlandaskan kaum melayu.

Buktinya DAP yang suatu masa dahulu kuat menentang Islam kini mula dapat menerima pendekatan Islam dan bekerjasama dengan PAS. Meskipun dasar perjuangan berbeza, mereka telah berjaya mengeluarkan suatu manisfesto bersama yang turut disertai parti PRM dan Keadilan sebagai manisfesto Barisan Alternatif. Ini merupakan detik permulaan yang cukup membanggakan dan akan menjadi perintis kepada kejayaan-kejayaan yang lain.

Oleh itu isu pemimpin DAP tidak dapat menerima atau menentang hukum hudud tidak lagi wujud. Ianya hanyalah mainan BN dalam mengelirukan rakyat menjelang pilihanraya.

Marilah kita bersama Barisan Alternatif dalam menangani kezaliman dan ketidakadilan BN.

 

Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
Kemaskini Terakhir Pada:27 November, 1999