|
Guru-Guru dipaksa ke Majlis Kempen Mahathir.
Esok Mahathir akan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh, Jitra, sebagai kempen terakhir UMNO. Terakhir ALAF ini dan TERAKHIR dalam sejarah. UMNO akan
berkubur selepas pilihanraya ke-10 ini. InsyaALLAH selepas hari Isnin ini UMNO akan diKAFANkan.
Pengarah Pendidikan Kedah, Hasan Hashim, mengarahkan semua Guru Besar, Pengetua, Penolong-Penolong Kanan semua sekolah di negeri Kedah supaya hadir ke Majlis
Kempen Mahathir di SMK Tanjung Pauh. Kehadiran diwajibkan.
Hasan mungkin rasa cara yang dibuat terhadap guru-guru apabila dipaksa datang ke majlis Najib di IPDA itu berjaya. Kehadiran setiap guru dari semua sekolah
dicatitkan.
Perlu diingatkan kepada semua Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan, supaya anda tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan mengikut pekeliling am. Ugutan dalam
surat PAKSAan menghadiri majlis Bersama Mahathir itu hanyalah ugutan semata-mata.
Walau pun ramai guru tidak hadir semasa perjumpaan dengan Najib di IPDA., Jabatan Pendidikan Kedah tidak berani mengambil apa-apa tindakan langsung, kerana
tidak ada kes.
Oleh itu janganlah pergi ke majlis Mahathir di SMK Tanjung Pauh esok. Itu adalah majlis POLITIK dan guru-guru semua terikat tidak boleh berpolitik, tambahan
pula mengikut pekeliling am, guru-guru Kumpulan Profesiona, DG3, DG2 tidak boleh menyertai POLITIK. Oleh itu jangan gadaikan maruah anda. Biar Mahathir tahu
bahawa rakyat Kedah sudah menolaknya.
Benarlah Mahathir sudah kecewa. Mahathir sudah ditipu oleh ketua-ketua umno di negeri-negeri yang dia pergi lawati. Di Sabah dia tidak mendapat sambutan,
begitu juga di Sarawak. Di Johor sambutan nampak banyak, tetapi yang pergi adalah pekerja-pekerja kilang yang diarahkan oleh boss-boss mereka. Tetapi
pekerja-pekerja kilang ini sudah bulat menolak Barisan Nasional. Pilihan mereka adalah Parti2 ALternatif, PRM, PAS, keADILan dan DAP.
Mahathir pula ke Trengganu dan Kelantan. Kalau tengok di kaca-kaca TV memang ramai. Tetapi keramaian itu adalah atas paksaan. Di Trengganu, pekerja-pekerja
Perwaja seluruhnya di kerah ke perhimpunan Mahathir. Begitu juga di Kelantan.
Balik dari kelantan, Mahathir kena selsema. Maklumlah orang dah tua kerepot, tetapi dek kerana tamak kuasa dan mahu mengkayakan kroni-kroninya, tidak mahu ia
lepaskan jawatan PM (Puki Mak).
Dikelima-lima negeri yang dia pergi, memang tidak ada sambutan dari rakyat langsung. Mahathir kecewa, kecewa dan kecewa. Kempen ke Kedah pula di batalkan pada
peringkat awal. Laporan-laporan awal mengatakan rakyat Kedah sudah tidak berminat mendengar ceramah-ceramah politik UMNO/BN. Kehadiran hanyalah dari 10-15
orang sahaja.
Gambar-gambar Sanusi Joget yang dipampang di seluruh Kedah. Lagi banyak gambar itu dilihat oleh rakyat Kedah, maka bertambah-tambah meluat orang Kedah kepada
UMNO/BN.
Syabas kepada UMNO Kedah kerana menampalkan banyak gambar Sanusi Joget itu. Saya cadangkan supaya dibanyakkan lagi gambar-gambar Sanusi Joget ditampal
merata-rata tempat. Orang UMNO sendiri pun sudah meluat dan rasa melugai melihat gambar Sanusi Joget.
JOM PI KEDAH
JOM TOLAK BN
JOM PANGKAH PAS
JOM PANGKAH DAP
JOM PANGKAH KEADILAN
|
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|