|
CERITA PEGAWAI POLIS KAMPAR
Assalamualaikum Pihak polis terus berhujah bahawa suaminya anggota polis. Polis mesti bebas tidak menyebelahi mana-mana pihak. Berlakulah pergelutan isteri, anak sulung perempuannya yang baru berusia lingkungan 15 tahun serta anak-anak lelakinya. Akhirnya bendera tersebut diturunkan setelah keluarga anggota polis ini benar-benar mempertahankannya. TAKBIRRRRRRRRRRRRR !!!!!!!!! Untuk makluman semua anggota polis baru dua bulan ditukarkan ke Kampar. Sebelum ini beliau bertugas di Gopeng. Di Gopeng, beliaulah yang menjadi imam, kekadang bilal tak bertauliah kerana menggantikan imam yang bertauliah dan yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Perak yang terlalu sibuk dengan tugas-tugas mereka. Setelah beliau ditukarkan ada kalanya Masjid Gopeng tidak mengadakan jemaah soalt waktu. 4 Disember ini Masjid baru Gopeng akan mula digunakan. Maka bertambah masalahlah kariah Gopeng untuk mengimarah dua masjid serentak. Satu masjid pun tak mampu inikan dua masjid. UMNO mampu membina masjid tetapi tak mampu membina jiwa insan untuk cinta dan hadir mengimarahkan masjid. Dua minggu lalu saya dengar cerita anggota polis ini telah ditukarkan lagi ke Kuah, Kedah berkuatkuasa 1 Disember 1999. Pagi tadi cerita terbaru saya saya dengar dari seorang sarjan, anggota ini akan ditukarkan ke SARAWAK dalam masa yang terdekat. UMNO terdesak hinggakan bendera PAS pun dia tak boleh tengok.
Pembaca Minda Rakyat |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|