|
HARUN DIN JAWAB MAHATHIR"...Perkara yg kedua, dia (mahafiraun) menyebut dalam tape tadi bahawa saya pernah kena sakit, sakit jantung, dan lari ke Australia, dia tidak percaya dengan doktor di Malaysia dia lari pergi kepada doktor luar, nak sembunyi daripada orang, yg diulang selama 3 kali menggambarkan betapa rendahnya karektor saya, bila saya boleh berikhtiar untuk tolong memohon menyembuhkan penyakit manusia, menggambarkan bila saya sakit, dia tidak minum air jampinya... terang-terang pembohong, dia (mahafiraun) membohongi masyarakat, dia (mahafiraun) tahu dimana kata saya sakit saya tidak minum air jampi atau air doa saya, sememangnya setiap kali saya sakit saya berikhtiar dahulu dengan doa kepada Allah dengan kaedah-kaedah yang akan saya terangkan sekejap lagi dan saya telah minum air itu berkali-kali...soal kesembuhan kerja lain, tetapi dia (mahafiraun) mendakwa mengatakan saya tidak meminum air jampi saya... itu PEMBOHONGAN yang cukup ketara. Seterusnya dia (mahafiraun) katakan saya lari ke Australia, lagi dia BERBOHONG, perkataan laripun tidak betul, tapi bukan soal lari fisikal, lari maknanya sembunyi, diulang sembunyi daripada orang 3 kali, lagi tidak betul 3 kali menyebut saya bersembunyi, 3 kali dia BERBOHONG, Sebenarnya tuan-tuan, saya sakit pada 2hb mei 1987, hari pertama saya terasa dada saya ini bermasalah dan terus diserang sakit jantung, saya masuk ke Hospital Pantai, saya rawat dengan doktor-doktor pakar di Pantai. bila sampai ke peringkat hendak dibuat pembedahan di Pantai, dan pantai private hospital memaklumkan kepada saya jumlah bayaran disekitar RM60,000.00 pada ketika itu, dan saya tidak cukup wang dan sebagai seorang kakitangan UKM, saya juga tidak mendapat kemudahan merawat jantung di hospital private, saya diarahkan untuk pergi ke Hospital KL, KL General Hospital saya dibawa dgn ambulan daripada Hospital Pantai pada 5hb Mei (1987) Pergi ke Pantai, drpd Pantai pergi ke GH, saya masuk wad Kecemasan, menunggu doktor..beberapa jam saya berada di wad kecemasan, dalam keadaan jantung saya yang tidak begitu menentu, dan akhirnya saya mendapat doktor yg boleh melihat saya dan membaca report yg dibekalkan bersama-sama drpd Hospital Pantai, akhirnya saya mendapat maklum bahawa saya perlu pembedahan, tetapi ketika itu belum ada lagi Institut Jantung Negara dan kepakaran kita dihospital terhad bilangan doktor..tahun 1987. pesakit-pesakit amat ramai, saya dimaklumkan pada ketika itu giliran saya untuk buat pembedahan kena tunggu disekitar lima ke enam bulan. hasil daripadanya keadaan saya tidak mengizinkan, saya minta mendapat rawatan segera di tempat lain dan dapat saya keluar daripada Hospital Kuala Lumpur , dipindahkan saya ke Hospital Subang Jaya, dirawatkan di Subang Jaya beberapa hari sehinggalah saya dinasihatkan oleh doktor-doktor pakar disana yang keadaan kemudahan-kemudahan kita dan sebagainya, memang saya dinasihatkan kalau mampu dan boleh, untuk pergi ke Australia.
Akhirnya dah beberapa minggu disini, barulah saya berikhtiar dgn
bantuan kawan-kawan yang simpati dengan saya dan telah diberi bantuan oleh UKM kemudiannya dan merestui saya pergi ke Australia pada bulan mei itu, jelas
daripada semua itu mengatakan bahawa amat tidak benar mengatakan bila saya sakit saya terus lari ke Australia, satu PEMBOHONGAN yang sengaja dibuat oleh seorang
yang bertaraf pemimpin tertinggi untuk menghina dan menyebut sesuatu yang tidak baik tentang saya..." wasallam. --AH TOLAK BN !! |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|