Saudara Pengarang MR,
Ingin saya maklumkan kepada semua orang Malaysia, sedutan surat dari Jabatan Agama Islam Johor bertarikh 27 November, 1999, bersamaan 17 Syaaban 1420, ditujukan
kepada semua pengundi-pengundi Islam. Antara lain katanya......
"Beberapa malam sebelum penamaan calon saya telah melakukan sembahyang istikharah bagi mendapat petunjuk Allah dan saya telah bermimpi membaca al-Qur'an
bersama Dato' Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Berdasarkan petunjuk tersebut,, saya membuat keputusan bahawa perjuangan PAS adalah
perjuangan berlandaskan al-Qur'an dan saya tidak wajar bertanding menentang PAS di bawah pimpinan Dato' Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat.
Katanya lagi.."Kepimpinan Barisan Nasional terutamanya Perdana Menteri sendiri terlalu banyak membuat kenyataan yang menghina Islam dan mempermainkan
sunnah Nabi yang mana boleh membawa kepada kerosakan aqidah dan laknat dari Allah......." Berkhidmat untuk agama dan negara. t/t DATO' NOH GADUT.
Timbalan Mufti Kerajaan Johor. PERHATIAN: Sila buat hebahan segera pada hari ini juga. Fotostat sebanyak mungkin untuk santapan minit terakhir pengundi
sebelum tamat tempuh pengundian.
Kesimpulannya, MENGUNDI BN HARAM HUKUMNYA DAN TANGAN YANG MEMANGKAH AKAN MENJADI SAKSI DI AKHIRAT NANTI. TAKBIR!!!!!!!