|
DSWA MENANG DI PERMATANG PAUH!!!Keputusan malam ini memihak kepada DSWA apabila menerima sebanyak 23,820 undi menewaskan Dr. Ibrahim Saad yang menerima 14,734 sahaja. Jadi Parlimen Permatang Pauh jatuh kepada Barisan Alternatif. Pemimpin BA yang telah disahkan menang antara lain, Datuk Fadzil Noor dan Mohamed Sabu. Sementara yang kalah ialah Lim Kit Siang dan Karpal Siingh. Setakat ini 12.00 malam HASSAN ALI MENANG DI PARIT BUNTAR!!!TAKBIR!!! TAKBIR!!! TAKBIR!!! Akhirnya Parlimen Parit Buntar jatuh ke tangan BA. Hassan Ali menerima 15,931 undi menewaskan Abdul Rahman Suliman yang menerima sebanyak 13,837. Jam 12.15 DATUK ZAIM TUMBANG!!! Takbir!!! Akhirnya tumbang si pembuat maksiat itu kalah kepada Ustaz Faizol Fazli yang menerima 5,971 undi berbanding Zaim 5,852. TERANGGANU HAMPIR PASTI!!Setakat jam 12.40 sudah 13 kerusi DUN di Terengganu jatuh ke tangan BA yang kesemua kerusi DUN nya ialah 33. Bermakna hanya 4 kerusi sahaja lagi BA (PAS) akan membentuk kerajaan di Terengganu. Berdasarkan prestasi insyaAllah, Terengganu PASti!!! BN BERJAYA BENTUK 2/3Kira-kira jam 3 pagi 30 November, menurut perkiraan oleh SPR, BN berjaya membentuk kembali kerajaan dengan mengekalkan majoriti 2/3. Namun ramai pemimpin UMNO yang kecundang setakat ini antaranya Wan Mokhtar (MB Terengganu), Annuar Musa (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar), Mustapha Mohamad (Menteri Kewangan 2), Megat Junid Megat Ayob (Menteri Ayam Itik) dan beberapa yang lain. PAS KIAN DITERIMA OLEH RAKYATPerjuangan PAS selama lebih 42 tahun untuk menubuhkan sebuah negara Islam kian menjadi kenyataan apabila berjaya menawan Terengganu, selain mengekalkan kekuasaan ulamak sebagai pemerintah di Kelantan. Kedudukan negeri Kedah setakat ini belum dapat dipastikan. Begitu juga dengan Pulau Pinang yang masih debar samada jatuh ke tangan BA. Perlis bagaimanpun menjadi negeri ketiga yang hampir pasti ditawan. APAKAH SPR BOLEH DIPERCAYAIRata-rata kemenangan yang diperolehii oleh BN merupakan majoriti terendah dan sangat 'nipis'. Umpamanya di Parlimen Tambun, kemenangan disyaki oleh undi Pos berjumlah 7,000 lebih dan Husni Hanadzlah memenanginya dengan majoriti 7,046. Tanpa undian Pos berkemungkinan Parlimen ini tumbang. Bagaimana pun majoriti 26,000 lebih di pilihanraya lalu gagal dikekalkan. Nampaknya dengan bantuan SPR, maka BN sekali lagi keluar sebagai pemerintah yang mengekalkan kezaliman dalam pemerintahannya. Justeru kerana majoriti rakyat memberikan 2/3 kepada BN maka pasti BN akan menggunakan kuasanya untuk menghukum mereka yang jelas menentang Kerajaan. |
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
|