APAKAH TERJADI KEPADA FAIL YANG TELAH ANDA PADAM (DELETE)

 

    Bila anda memadamkan sesuatu fail,ianya tidak terus terhapus tetapi sebaliknya ia dimasukkan ke dalam Recycle Bin untuk sementara waktu sehinggalah anda mengosongkannya.Dalam waktu tersebut ,sekiranya anda berubah fikiran,maka anda boleh mendapatkannya kembali.dan mengembalikannya ke tempat asal (restore).Sekiranya,setelah anda mengosongkannya dan anda ingin mendapatkannya kembali,maka anda terpaksalah menggunakan aplikasi khas untuk itu -seperti Norton Utilities.Bagaimanakah keadaan ini terjadi?

     Setelah sesuatu fail dipadamkan (delete) , tempat itu akan ditandakan kosong dan boleh diduduki (free) dan hakikatnya fail itu sebenarnya masih ada di situ sehinggalah ada fail lain mengambil alih tempatnya atau dengan lain perkataan " menindih di atasnya".Begitu juga bila cakera keras diformat, bukannya semua yang tertulis di atas cakera itu terhapus.Saki bakinya masih ada dan sekiranya satu program khas digunakan,maka sesetengah fail tersebut boleh dibaca kembali.Untuk membersihkan terus cakera keras tersebut,maka ianya diformatkan dengan menggunakan low level format .Pengguna tidak digalakkan menggunakan cara ini kerana ianya akan terus menghapuskan sama sekali program yang ditulis oleh pengeluar di atas cakera tersebut.Hanya pengeluar sahaja boleh membuat low level format atau anda boleh dapati program tersebut pada laman web pengeluar berkenaan.

 Bila sesuatu aplikasi bertembung dengan aplikasi lain (crash) maka ,aplikasi tersebut akan terhenti (hang) dan ini akan meninggalkan serpihan - serpihan fail "yang separuh masak" di atas cakera tersebut.Fail fail ini akan menimbulkan beberapa masalah kepada aplikasi akan datang.Keadaan ini perlu diperbaiki segera.Salah satu cara ialah dengan menggunakan scandisk.secara menyeluruh.

 

MODEM

        Kebanyakan  pengguna yang membeli modem hanya memilih pada kelajuannya (speed) sahaja tanpa meneliti apakah protocol yang digunakan oleh modem tersebut.Sehingga artikel ini ditulis,kelajuan modem yang berada dipasaran sekarang ialah 56.6k - V.90 (ITU).Rasa tidak puas hati  timbul bila modem yang  disambungkan   itu hanya berjaya mencapai kelajuan 28.8 atau 33.6Kbps, sedangkan ianya tercatit 56Kbps.Bagaimanakah keadaan ini terjadi?

    Sebelum diterangkan lebih lanjut,pengguna harus faham apakah protocol yang digunakan oleh modem tersebut.Protocol ialah  jenis "bahasa perhubungan"  (language) yang digunakan oleh modem tersebut untuk berinteraksi di antara satu sama lain.Untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan sempurna (berhubung) maka kedua duanya mestilah mempunyai protocol yang sama(Modem dan ISP).Buat masa ini hanya ada 3 protocol sahaja yang digunakan iaitu  - (a) K56Flex (Motorolla)  (b) X2 (US Robotic) dan  (c) V.34 (ITU)  dan standard International Telecommunication Union yang terbaru sekali ialah   V.90 -(ITU)..Kebanyakan ISP di Malaysia masa kini (Jaring & TM.Net) belum lagi  menyokong (upgrade)kepada  V.90 dan mereka masih lagi menggunakan protocol V.34 yang kelajuannya 33.6 kbps Oleh yang demikian , bagi modem yang menggunakan protocol  56K V.9 dan X2 yang tidak disokong oleh ISP di Malaysia kerana protocol yang berlainan , ianya hanya akan boleh berhubung dalam pilihan kedua (V.34) iaitu sekadar 28.8 / 33.6Kbps sahaja

 

MENJAGA CAKERA KERAS  ( Hard Disk)   
       Cakera keras anda hendaklah selalu dibersihkan dari fail - fail yang tidak berguna.supaya ianya dapat beroperasi dengan baik.Tiga tempat yang patut anda bersihkan ialah Recycle bin , Temporary Files (C:/Windows/Temp) dan Temporary Internet Files .Berhati - hati semasa memadamkan Temp.Files kerana setengah program  menempatkan uninstall.exe nya di dalam Temp.Files .Bila fail ini terpadam,anda tidak boleh mengeluarkan program tersebut dari komputer anda dengan menggunakan Add and Remove Program melalui Control Panel.Yang paling selamat,ikutlah langkah ini :

Klik Explorer \ klik C: \ klik Windows \ klik Temp \ perhatikan di sebelah kanan fail yang bertanda  ~TEMP .Sekiranya fail tersebut berturutan,klik fail di atas sekali , tekan Shift , klik fail di bawah sekali dan klik kanan tetikus dan pilih Delete.Fail yang dibuang tadi akan masuk di dalam Recycle bin dan jangan lupa pula mengosongkannya.

Jangan sekali-kali anda padam (delete) fail anda mengguna Explorer.Selalu gunakan Start \ Setting \ Control Panel \Add and Remove Program \ Install/Uninstall dan 2x klik fail tersebut.

 

BIOS - POWER MANAGEMENT 
       Power Management pada Bios sekiranya disetkan dengan betul (on/unable) akan membolehkan anda menutup sepenuhnya sistem komputer anda.(hard disk , LED dan power supply) sebaik sahaja butang Shut down diklik tanpa menutup suis di CPU.
Sebelum Install Win98,pastikan  "power Management" pada Bios anda disetkan dengan betul/on  supaya ianya akan berfungsi seperti yang dikehendaki.Semasa proses Installation berjalan,Windows akan mengesan sama ada Bios  mempunyai 'Power Management Feature' atau sebaliknya.Sekiranya anda "OFF/DISABLE"  'power management',maka windows akan mengandaikan Bios tidak mempunyai  'Power Management Features' dan ia tidak akan memasukkan "automatic Shutdown Features" (disable) semasa proses berjalan.Walaupun  selepas proses installation anda "ON/UNABLE" 'power management' Ini bermakna anda terpaksa menutup butang OFF pada CPU setiap kali selepas butang shutdown diklik untuk menutup seluruh sistem.
    Sekiranya perkara ini terjadi,anda mempunyai 2 pilihan untuk membetulkannya , sama ada Install semula Windows atau atau mengedit 'System Registry'.Untuk edit registry,sila ikut langkah berikut:
*    Backup terlebih dahulu Registry dengan menyalin file "system.dat"  dan  "user.dat" dari direktori Windows ke dalam floppy disk.
*    Klik RUN dan taipkan   regedit  dan tekan OK
*    Klik HKEY_LOCAL_MACHINE  > Enum  > Root > PNP > cari DeviceDesc yang tercatit 'advance configuration and power interface (ACPI)BIOS' dalam petak Data..Tukar value data  ConfigFlag  kepada 00 00 00 00 dengan klik kanan ConfigFlag dan pilih  'modify'.Kemudian tukar value data menjadi 0000 00 00 00 00 dan klik OK.
*    Reboot computer.
*    Sekiranya komputer tidak berfungsi , mulakan dengan Dos prompt dan salin semula fail system.dat dan user.dat (dalam floppy) ke windows direktori (C:\windows)

TPS Menjalankan Komputer dengan TOP SPEED WIN98


*    Wallpapers    :    Gunakan yang paling basic sekali tanpa apa apa gambar.Gunakan hanya plain wallpaper.
*    Driver            :    Selalu update driver yang digunakan.Driver terkini akan mempercepatkan pergerakan komputer terutama kad graphic.
*    Minimizing    :    Sekiranya anda perlu menggunakan beberapa program serentak,kecilkan (minimize) program yang tidak digunakan tu.Ini akan mengurangkan beban RAM.
*    Mulakan Komputer dengan Windows    :    Tekan Shift dan on kan komputer untuk memulakan Windows sahaja tanpa memulakan seluruh system
*    Tutup animasi    :    Buka Display Setting pada Control Panel dan tekan Effects.Buang 
Show Windows Content While Dragging dan Smooth Edges on Screen Fonts.
*    Faster Start-Menu Access    :     Klik Start /  Run taip Regedit dan tekan Enter Klik HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop.Anda akan melihat Menu Show Delay value. Klik 2x pada menu tersebut.Masukkan 0 pada value data field
*    Resolusi Skrin    :    Rendahkan resolusi disply ketahap yang sesuai.
*    Tutup Active Desktop    :    Buka Disply Properties dan tekan Web tab.Buang View My Active Desktop As a Web Page.
*    Defrag    :    Selalu lakukan untuk memperceparkan perjalanan komputer.
*    Start Up Programs    :     Buang Start up yang tidak perlu.Klik Start / Program  /Startup dan unchek yang tidak perlu.
*    Fonts:     Buang / copy kedalam disket font yang tidak perlu.Font bertanda  A  adalah system font dan jangan dibuang.
*    RAM    :    Tambah Ram.32 MB paling minima.Tambah kepada 64 / 128
*    Partitioning    :    Jika hdisk besar,buat beberapa partition .Bahagikan Win pada satu bahagian,swap file satu bahagian dan file pada bahagian lain.Bila virus menyerang,file anda mungkin terselamat