<<
2

Anda mempunyai pilihan samada mendownload fail satu persatu atau secara pakej.

Untuk memudahkan cerita, sila download epsxe1.4 dalam bentuk pakej (setup&uninstaller).

Unzipkan semua fail yg telah didownload.

Folder 'epsxe140' mengandungi banyak folder. Lihat folder plugins, tiada sebarang fail kecuali 'seketul' fail 'remove.me'

Periksa pada folder lain yg di unzipkan. Kenal pasti yg mana GPU, SPU & CDR plugin. Plugin GPU bermula dengan huruf gpu*.dll, SPUpula spu*.dll & CDR cdr*.dll. Pilih satu persatu, potong (Edit>Cut) & lekat (Edit>Paste). Pastikan plugin ini dimasukkan di dalam folder plugin.

Lihat hasilnya. Jangan lupa tempatkan bios didalam folder bios. Emu ini telahpun sedia untuk diaktifkan. Kemudian pindahkan (cut & paste) folder epsxe140 ketempat yg sesuai (C:\) atau didalam folder yg anda mahu.

Jika tiada sebarang masalah lihat langkah seterusnya.

<<
2