JALAN TANPA NAMA

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mengunjungi ke Laman Rakyat. Akibat terlalu sibuk dengan urusan negara saya tidak dapat menyambung pendedahan-pendedahan ekslusif di laman ini. Begitu juga dengan kawan saya, Sang Ketua Editor yang nampaknya juga sibuk dengan urusannya.

Walaubagaimanapun, berikutan satu e-mail kepada saya bertanyakan di mana sebenarnya kurungan ISA di sebalik pelbagai sangkaan dan teori diberikan di mana lokasi sebenar. Sebenarnya, hampir 99.9% bekas tahanan ISA sendiri tidak tahu di mana kurungan tersebut. Mata mereka ditutup dan sering kali diletakkan di dalam van yang bertutup rapat.

Sebenarnya kurungan ISA terletak di suatu lorong bersebelahan KEM PENGAKAP KEM KOTARAYA jalan menghala ke Mindef. Lorong tanpa nama tersebut terletak betul betul di antara Warung makan KAMAL SEAFOOD dan WIRA SIBER CAFÉ di mana bersebelahan siber café tersebut terdapat Ibupejabat 991( bantuan kecemasan).

Manakala dari jalan besar jaraknya melalui lorong tersebut lebih kurang 60 meter.

Seandainya kita masuk ke lorong tersebut, kita akan disuruh beredar dengan segera sebaik sahaja sampai di pagar. Dan jika kita masuk ke lorong tersebut pada waktu malam, sampai sahaja di pagar pasti satu lampu terang akan menyala dan beberapa orang polis sudah bersedia untuk memberi amaran agar beredar dari kawasan tersebut.

Plat nombor kereta kita akan dicatatkan dan gambar kita akan dirakamkan oleh kamera ultraviolet yang dapat merakamkan dari jarak 60 meter. Kamera ini dapat berfungsi pada cahaya - 0 + luments dan keatas.

AWAS jangan hampiri kawasan tersebut walaupun dengan alasan tak sengaja.

Insya Allah, dengan doa dan semangat perjuangan, akan saya teruskan mendedahkan di mana lokasi tahanan ISA yang lain dalam edisi Laman Rakyat yang seterusnya.

Timbalan Editor