POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM).

Selain daripada mereka di atas kerajaan BN disokong oleh PDRM khasnya Cawangan Khas samada untuk gerakan mahupun analisis.

Di cawangan Khas Bukit Aman saja terdapat lebih daripada 8000 pegawai Inspektor ke atas (belum termasuk setaf). Bahagian Politik sekarang di bawah Dato' Razak (Timbalan Pengarah Cawangan Khas).

Cawangan Khas lebih dikenali sebagai FBI Malaysia. Di cawangan-cawangan Polis kategori jenayah dilabelkan dengan huruf 'D'tetapi dalam Cawangan Khas dilabelkan dengan huruf 'E'. E1, E2, E3, E4 DAN E5 adalah nama yang sering kita dengar tetapi dalam pada itu wujud lagi pecahan-pecahan kecil seperti E1M, E1A1c, E3M dan sebagainya.

Huruf yang terakhir membawa maksud pengkhususan. Cawangan Khas bukan saja terlibat dalam politik atau jenayah malahan kesemuanya.

Perihal aktiviti dan idelogi semua agama, ekonomi, adat resam sistem komputer, pelajaran, budaya, sosial dan keselamatan didalam dan luar negera.

Sebut apa saja subject Cawangan Khas pasti ada orangnya. Sukar untuk kita mengenali siapa mereka termasuk anggota-anggota Cawangan Khas sendiri.

Disini saya hanya ingin menerangkan serba ringkas tentang satu unit cawagan khas yang begitu Elite iaitu unit teknikal.

Unit ini di ketuai oleh SAC 11 Aluwie (kadang-kadang ejaan sengaja disalahkan takut dapat dikesan). Unit ini memiliki kepakaran yang sama dengan CIA yang dapat merakam perbualan dan memecah kod-kod laluan semua nombor di Malaysia.

Telefon-telefon talian biasa dirakam di Exchange-exchange line carriers Telekom Malaysia. Bagi telefon bimbit dirakam di ibusawat Celcom, Bangunan MAS Kelana Jaya. Di K.L tower monitoring devise dikendalikan

. Sekiranya kita berada di dalam radius 5 Km. di sekeliling ( radius ) K.L Tower dan menyebut perkataan yang telah di programkan nombor telefon kita akan terpancar di papan skrin dan dalam masa kurang dari 2 minit , nombor tersebut akan dapat dikenali siapa pemiliknya.

Di exchange-exchange Telekom Malaysia pula ianya dipasang terus ke pod-pod pengguna. Rumah Datuk Najib dan Datuk Rafidah Aziz telefon rumah mereka di 'bug'di exchange Damansara dekat dengan traffic light Pusat Bandar Damansara menghala ke rumah Datuk Seri Anwar.

Peralatan ini begitu canggih hingga dapat merakam serentak hingga 22,000 panggilan diseluruh Malaysia. Keutamaan diberikan kepada kod-kod kata dan figure-figure tertentu seperti Parti-parti pembangkang dan Menteri menteri.

Awas ! jangan cakap sebarangan ditelefon.

Sebenarnya tidak ramai mengetahui tiada akta membenarkan pihak polis untuk merakamkan perbualan-perbualan telefon. Hanya BPR mengikut akta yang diusulkan oleh Dato'Seri Anwar dibenarkan.

Kenapa Ketua Polis Norian Mai tidak berbuat apa-apa ?

TERUSKAN LAGI PENDEDAHAN.......