Nasi lemak
buah bidara
Sayang
selasih hamba lurutkan
Buang parti,
buang saudara
Kerana
jawatan ambo turutkan
Dua tiga
kucing berlari
Mana nak
sama si kucing belang
Dah tiga
ambo punya parti
Yang last
ni nampaknya ambo cemerlang
Dalam semak
ada duri
Ayam kuning
buat sarang
Ambo dah
jadi Timbalan Menteri
Walaupun
pilihanraya ambo tak menang
Berakit-rakit
ke hulu,
berenang-renang
ke tepian
Melompat-lompat
dahulu,
Berjawatan
tinggi kemudian
Tuai padi
antara masak
Esok jangan
layu-layuan
Intai PM
antara nampak
Esok boleh
ampu-ampuan
Buai laju-laju
Sampai
pokok sena
Ampu selalu-selalu
Sampai
PM suka
Siakap dugong
gelama
ikan duri
Bercakap
bohong
boleh naik
pangkat lagi
Pisang emas
dibawa belayar
Masak sebiji
di atas peti
Hutang
bank boleh tak bayar
Sebab ambo
dah jadi kroni
Tinggi-tinggi
si Matahari
Anak kerbau
mati tertambat
Tinggi
sungguh gaji Timbalan Menteri
Sebab tu
ambo terpikat
Oh bulan
dimana bintang
Di atas
puncak kayu ara
Oh parti
bulan aku nak serang
Boleh ambo
menang di pilihan raya
Kalau ada
sumur di ladang
Boleh kita
menumpanag mandi
Kalau ada
umur yang panjang
Boleh lah
ambo melompat lagi