Dari : Unit-IT PAS
Persis seorang yang berada di dalam ketakutan akan kehilangan kuasa, Dr Mahathir telah 'merapu' dan 'meracau' di sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang baru lepas. Antara lain Dr Mahathir menyebut tentang 18 perkara yang ada pada UMNO tidak ada pada PAS. Dari ucapannya jelas beliau telah memperbodohkan dirinya sendiri.
1. Pertama
dia mengatakan bahawa UMNO mahukan perpaduan tetapi PAS mahukan perpecahan.
Semua orang tahu bahawa Dr Mahathirlah yang telah menyebabkan perpecahan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli UMNO tetapi juga di kalangan rakyat akibat fitnah keji dan tindakan zalimnya terhadap bekas Timbalannya. Dialah yang menjadi punca perpecahan di antara rakyat negara ini apabila dengan sewenang-wenangnya dia memperalatkan institusi kehakiman, polis dan undang-undang untuk menutup kesalahannya. Tuduhan bahawa PAS inginkan perpecahan tidak berasas sama sekali. PAS semenjak kewujudannya tidak pernah melakukan sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai membawa kepada perpecahan di antara rakyat. Oleh kerana Islam itu sendiri menjadi landasan perjuangannya, adalah mustahil bagi PAS menginginkan perpecahan di kalangan umat.
PAS sentiasa menyeru umat supaya bersatu dengan kembali menegakkan ajaran Islam di dalam kehidupan dan pemerintahan. Peranan PAS sebagai penyatu umat semakin menonjol ekoran dari pergolakan di dalam masyarakat akibat fitnah jahat Dr Mahathir dan para konspirator di dalam UMNO. Seruan PAS supaya umat Islam dan rakyat tanpa mengira ugama dan bangsa bersatu untuk menuntut keadilan dan menentang kezaliman telah mendapat sambutan hangat. Hasilnya terbentuklah gabungan tenaga dan usaha dari pelbagai parti politik, NGO, tokoh-tokoh masyarakat dan orang-orang perseorangan untuk memastikan negara ini dapat dipertahankan dari kehancuran akibat kerakusan dan tindakan pemecah belah UMNO dan sekutu-sekutunya.
2. Dr Mahathir mengatakan bahawa umat Islam di Malaysia kini sangat sedikit kerana apa yang didakwa sebagai 'fatwa PAS'; iaitu hanya mereka yang menyertai PAS sahaja dianggap sebagai orang Islam. Oleh kerana kononnya hanya segelintir orang melayu yang menyertai PAS maka bilangan orang Islam di Malaysia ini tersangat sedikit.
Kenyataan ini
bukan sahaja merupakan satu fitnah jahat tetapi juga menunjukkan kebodohan
beliau yang amat sangat. Dr Mahathir sanggup menjatuhkan dirinya ke tahap
yang paling rendah dengan mengeluarkan ucapan yang sangat rendah itu. Sesiapapun
tidak dapat menerima dakwaannya bahawa hanya orang yang menyertai PAS sahaja
yang dianggap Islam. PAS sebagai sebuah parti politik Islam dan badan dakwah
Islamiyah mempunyai misi yang jelas iaitu mengajak manusia supaya kembali
menghayati
Islam yang sebenar dan mengembalikan sistem pemerintahan Islam yang merupakan
sebahagian dari perlaksanaan Islam yang syumul.
PAS tidak pernah menganggap bahawa hanya mereka yang menyertai PAS sahaja sebagai seorang Islam. Sesungguhnya ianya hanyalah dakwaan bohong Dr Mahathir ke atas PAS semata-mata bertujuan untuk mendapatkan simpati dan sokongan orang melayu. Orang melayu sudah dapat membezakan di antara intan dan kaca. Orang melayu kini telah menolak UMNO dan memilih PAS sebagai wadah politik mereka bagi memastikan sistem pemerintahan Islam dapat ditegakkan. Oleh kerana bilangan orang melayu yang menyertai PAS kini semakin ramai, termasuk dari kalangan ahli dan pimpinan UMNO sendiri, maka terpaksalah Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak menasabah itu.
3. Hanya orang UMNO yang mahukan kemerdekaan sedang orang PAS tidak mahu kepada kemerdekaan kononnya PAS mendakwa orang melayu belum bersedia untuk merdeka - 'kerana jarumpun mereka belum mampu buat sendiri.'
Dalam hal ini Mahathir cuba pula membohongi sejarah. Semua orang menerima hakikat bahawa tokoh-tokoh di zaman awal perjuangan PAS adalah pejuang-pejuang kemerdekaan yang tulen. Mereka-mereka itu seperti Dr Burhanuddin al-Helmi, Prof Zulkifli Mohamed, Cikgu Ahmad Fuad (yang mengasaskan PAS) serta rakan-rakan yang lain di dalam PKMM seperti Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakob telah menunjukkan rekod perjuangan menuntut kemerdekaan yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun. Malahan PAS adalah lanjutan dari perjuangan-perjuangan menentang penjajah yang terdahulu yang didokongi oleh ulama-ulama yang tidak mahu berkompromi sedikitpun dengan penjajah seperti Ust Abu Baqar al-Baqir. Mereka ini dianggap sangat merbahaya kepada pentadbiran British sehingga diistiharkan sebagai musuh dan dipenjarakan.
Bagaimana mungkin tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmi, Ust Abu Baqar al-Baqir dan Hj Ibrahim Yaakob dipenjara dan diburu kalau mereka ini 'tidak mahu kepada kemerdekaan'. Hakikatnya mereka ini dimusuhi penjajah kerana enggan berkompromi dan menuntut kemerdekaan penuh secara mutlak dari British, bukan seperti UMNO yang hanya mahukan perpindahan kuasa politik sahaja dari penjajah British sedangkan kuasa ekonomi, undang-undang dan penggubalan dasar negara masih kekal di bawah pengawasan/ pengaruh British. Kalau adapun kenyataan-kenyataan seperti 'orang melayu belum mampu untuk membuat jarum' itu adalah dalam rangka untuk menyedarkan orang melayu supaya memajukan diri mereka dalam bidang ilmu, teknologi dan industri supaya menjadi bangsa merdeka yang bermaruah dan tidak bergantung harap kepada orang luar.
Tokoh-tokoh ini seperti Dr Burhanuddin al-Helmi telah menggesa orang melayu supaya bangkit dari tidur lena dan kelesuan minda supaya dapat mengisi makna kemerdekaan dengan sebenarnya. elaslah bahawa PAS dan tokoh-tokohnya lebih kehadapan di dalam mengemukakan wawasan kemerdekaan dari pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya memikirkan tentang status qou dan pembahagian kuasa sahaja.
Kesimpulannya
Dr Mahathir telah cuba memperbodohkan rakyat dengan memutarbelitkan fakta
sejarah dan isu-isu semasa. Tetapi apa yang berlaku ialah beliau telah
dilihat sebagai memperbodohkan dirinya sendiri.