ANWAR DIISTIHAR PENDERHAKA, SHAHNON BERJAYA

Date: 18 Jun 1999

Comments

ULASAN AMANAT PRESIDEN ~ ANWAR DIISTIHAR PENDERHAKA, SHAHNON BERJAYA 

Ulasan ini ditulis sebaik sahaja PM habis menyampaikan Amanat Presiden didalam perhimpunan Agung UMNO pagi ini. 

Tiada perkara baru atau modal baru yang merupakan strategi untuk digunakan didalam pilihan raya akan datang disebut. Confirm UMNO sekarang ini terdesak untuk mencari idea baru bagi mengekalkan kuasa. 

Perkara-perkara yang disebut atau disentuh adalah mengenai penjajahan asing, penyagak matawang asing. Oleh kerana ianya biasa didengar maka tepukan yang dibuat tidaklah spontan atau seghairah seperti yang diharapkannya. Boleh jadi mungkin ada satu kumpulan yang diarahkan untuk bertepuk dan ini akan diikuti oleh perwakilan yang terpaksa mengikut. Apabila ia menyebut tentang pencapaian UMNO dan BN mengenai bangsa maka tepukan itu lebih kuat dan bersemangat. Tetapi bila menyentuh isu Anwar Ibrahim tepukan itu menjadi tidak spontan dan macam dianjurkan serta kurang kuat serta bersemangat. 

Bermula dengan ucapanya yang membidas orang dan negara asing berkaiatan isu penjajah asing, yang memakan masa lebih kurang 45 sehingga 1 jam, kemudian barulah dia berani menyentuh isu Anwar Ibrahim. 

Selama 45 minit itu dia dapat mengawal dari menyebut nama Anwar dengan menggunakan sebutan Bekas TPM, tapi akhirnya dia tersebut juga dan bermulalah pembohongan seperti biasa iaitu peluang membela diri, mahkamah yang adil dsb. Jelas nama Anwar ini sungguh menghantuinya. 

Berkaitan Anwar Ibrahim pada kali ini dia menyebut secara terbuka bahawa Anwar cuba menggulingkannya. Pada kali ini juga dia mengisytiharkan dan menyebut Anwar sebagai PENDERHAKA kerana cuba menggulingkannya dalam pemilihan Presiden Tahun 1999. Dia juga menyatakan dan bermaksudkan Anwarlah yang gagal memulihkan ekonomi melalui pemulihan secara Virtual IMF tetapi tidak sebut lansung MTEN. 

Rupanya dia marah kepada Shahnon. Siapa sangka dia kena baca satu persatu daripada teks yang ditulisnya untuk membidas Shahnon. Dia kata "Saya terpaksa menulis untuk mengelakkan saya daripada tidak dapat mengawal perasaan serta percakapan saya. Apa yang Shahnon marah sangat kepada saya sehingga dia menyentuh emak saya? Sedangkan saya tidak pernah kacau dia sehingga dia dapat jadi professor, sasterawan negara dsb. Tapi dia tidak sebut serta lupa nak cakap apa yang dia sudah buat menghina emak dan bapa Anwar Ibrahim.

Jelas Shahnon telah berjaya dan SYABAS. Shahnon dalam ulasanya mengenai penerbitan buku itu, tujuanya adalah untuk membuat orang marah, dan nyata kepala taik memang marah. RUPA-RUPANYA KEPALA TAIK, PM@*** BACA BUKU ITU SAMPAI HABIS. Jadi nampaknya Abdullah Hussein kena baca jugalah sampai habis, kena mula dari muka surat 2. Inilah respon pertama yang kita dapat dari PM yang istimewa dan eksklusif sebab disebut di dalam Amanat Presiden. Memang dia marah betul. Maknanya apa yang Shahnon tulis itu betul. 

MAHATHIR TIDAK BERANI LANGSUNG SENTUH MENGENAI PILIHANRAYA INDONESIA DIMANA GOLKAR KALAH DAN RAKYAT MEMILIH PARTI ALTERNATIF!. 

INI TANDANYA DIA AKUI UMNO DAN BN TIDAK AKAN DAPAT MENGEKALKAN 2/3 MAJORITI PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG. DIA JUGA MENGAKUI KEMUNGKINAN PARTI ALTERNATIF MENDAPAT 2/3 MAJORITI TERSEBUT! 

Mengenai PAS, yang kena belasah adalah Tuanguru Nik Aziz dan inferen kepada kes khalwat Mat Sabu. Masalah pengurusan air di Kelantan dan pertolongan kerajaan Pusat kepada PAS. Nik Aziz dibidas teruk kerana bercakap mengenai tuhan mencarut dsb. Kita semua tahu bukan itu yang hendak dicakapkan sebenarnya kerana tuhan mencarut bermaksud tuhan mencela. Berkaitan isu diktator Malysia yang memberi duit kepada Parti ANC, Nelson Mendela beliau menafikannya saolah-olah pembangkang mengadakan isu tersebut. Ini bererti dia tidak boleh jawab Mahfuz. Mahfuz memberitahu dalam ucapanya di Pantai Dalam dengan memetik lapuran yang diterbitkan di NST atau The Star (akhbar milik kerajaan) bahawa Mahathir Mohammad (bukan UMNO) memberi sumbangan peribadi sebanyak 30 juta pound sterling! Bersamaan dengan RM 180 juta. 

Pengerusi menabur fitnah Ibrahim Ali telah buat lapuran polis terhadap Ustaz Azhar Yaakob tetapi kenapa tidak dibuat lapuran polis terhadap Mahfuz?. Sepatutnya PM saman The Star atau NST. Kita nak tahu juga mana dia dapat duit tu sehingga membuat sumbangan peribadi. Kenapa tak disumbangkan kepada orang miskin terutama penorah getah dan pekerja estate. 

Gerak geri serta "body language"  PM menunjukkan beliau diseluputi KEBIMBANGAN yang amat sangat. Ini diperhatikan sejak beliau duduk sebelum memulakan ucapannya. Jelas wajahnya penuh bimbang, penuh tension serta tidak banyak senyum. Tidak ada langsung senyum sampai ke telinga. Berdiri ketika berucap membayangkan dia tidak begitu selesa. 

Yang paling membimbangkannya adalah GILIRAN UMNO JADI PEMBANGKANG. 

Seronok juga tengok para konspirator duduk diatas pentas. Selama ini sembunyi. Tok Megat tercegat-cegat, Rafidah asyik menulis. Antara yang best adalah doa yang dibacakan oleh Dato' Abd. Hamid Othman yang bermaksud meminta ALLAH menentukan siapa jadi pemimpin siapa tidak jadi pemimpin serta terlepas dari belenggu hutang.

Inilah perhimpunan terakhir UMNO menjadi pemerintah seperti yang disebut Mahathir ketika menutup ucapannya dengan berkata UMNO yang lemah akan menyebabkan BN yang lemah.