"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada
penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam
yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana
orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
( Dr. Mahathir
Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak
sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang
yang ada dikekalkan."
(Sulaiman Daud,
temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)
"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan
orang bukan Islam."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar
mendapat saksi yang tidak fasik."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan
dengan keadaan masa kini."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)
"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang
diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Dr. Mahathir
Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi
Umno, 1994)
"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru
(ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat
Malaysia bukan seratus peratus Islam".
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika
Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan
orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang
lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum
hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam
yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak
Islam."
(Dr. Mahathir
Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan
umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan
Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum
hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
(Dr. Mahathir
Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)
"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka
kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri.
Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan,
tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."
(Dr. Mahathir
Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)
"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab
jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan
umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri
itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau
menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik.
Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam
lebih makmur tanpa hukum itu."
(Datuk Seri
Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)
"PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum
itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid."
(Syed Hamid
Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam
sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan
bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak
sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum
dan agama."
(Dr. Mahathir
Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)
"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di
Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap
sebagai undang-undang Islam."
(Datuk Dr.
Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)
"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati
sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."
(Dr. Mahathir
Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994)