Jawapan Seorang Pengunjung Laman Web terhadap Utusan Malaysia 8hb. Jun, 1999

Tajuk Berita UM:
Pilihan raya terkotor -- PM: Dalang asing akan bantu pembangkang untuk jatuhkan kerajaan

(SATU PROSES TURNING OVER PENGUNDI)

KUALA LUMPUR 7 Jun - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, pilihan raya
umum akan datang bakal menjadi yang terkotor dalam sejarah Malaysia kerana
parti-parti pembangkang dibantu oleh dalang-dalang asing untuk menjatuhkan
kerajaan.

( MEMANG BENAR PILIHANRAYA INI ADALAH PALING KOTOR TAPI
BUKAN KERANA PARTI ALTERNATIF TAPI BN/UMNO YANG BERMASALAH)

Perdana Menteri berkata, tanda-tanda pilihan raya akan menjadi kotor dapat dilihat
apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menghalalkan
maki-hamun, mencarut dan mereka sudah tentu akan menggunakan cara-cara ini.

(PAKU DULANG PAKU SERPIH ,MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH )

Dr. Mahathir melahirkan kebimbangan kerana para penyokong parti pembangkang
terdiri daripada orang yang melakukan rusuhan pada tahun lepas.

( SIAPA YANG MERUSUH.....ORANG-ORANG UPAHAN ...???? DAH TENTU
KOMANDO-KOMANDO UMNO YANG BERTANGGUNG JAWAP....)

Beliau percaya kumpulan itu akan menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat
politik mereka.

(APA YANG KITA ADA......???? SENJATA AK47..M16....BOM ATOM
....NUKLEAR......????? KITA HANYA ADA KEKUATAN IMAN ITULAH SENJATA YANG
KITA ADA UNTUK MENENTANG MEREKA .....DAN ITULAH SENJATA YANG
MEREKA PALING TAKUT..???? SAMA SEWAKTU PENJAJAH-PENJAJAH INGGERIS
DAN BELANDA UNTUK MENAKLUKI NEGARA ISLAM DULU.....KEKUATAN IMAN
ORANG ISLAMLAH YANG BANYAK MENGGAGALKAN MISI MEREKA....BILA
IMAN SUDAH KURENG SENANG MEREKA JAJAH.....ITULAH YANG UMNO CUBA
LAKUKAN SEKARANG INI)

''Pilihan raya ini akan menjadi lebih kotor kerana parti lawan menghalalkan perkataan
kesat, jijik, kotor dan mencarut.

(SEPERTI MELUDAH KE LANGIT......)

''Mereka sudah pun mulakan cara-cara buruk ini dalam ceramah-ceramah mereka,''
kata Perdana Menteri selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Progresif
Penduduk Malaysia (PPP) di Pusat Islam sini hari ini.

( WOW DAHSYAT LAHHH......PPP GUNAKAN PUSAT ISLAM UNTUK MESYUARAT
AGONG MEREKA.......APA KATA TAHUN DEPAN MESYUARAT AGONG KITA BUAT
KAT PUSAT ISLAM.......????)

Dr. Mahathir mendedahkan identiti dalang-dalang asing yang menyokong parti-parti
pembangkang sebagai media antarabangsa yang didapati sering mengecam kerajaan
dan menyokong parti lawan.

(DR NI JENIS ORANG TAK BOLEH DIKOMEN......CEPAT MELENTING SEBAB ITU
KORNI-KRONINYA MENIKUS SEMUANYA.....TAK SILAP SAYA KALAU MEDIA TU
MEMUJI DIA CEPAT JE DIA MEDIA TU TAPI KALAU KOMPLEN TANG DIA CEPAT
JE DIA MAKI HAMUN MEDIA TUU...
APA JENIS ORANG NIII.......)

''Saya disebut (oleh media asing) sebagai diktator yang telah memukul Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan buat tuduhan palsu terhadapnya. Ini dibuat supaya timbul
kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan diri saya sendiri,'' katanya.

(KALAU TAK ADA ANGIN TAKKAN BERGOYONG POKOK.....)

Perdana Menteri berkata, beliau juga didakwa oleh media asing menyalurkan berbilion
ringgit untuk membantu kempen pilihan raya Presiden Afrika Selatan, Nelson
Mandela, satu tuduhan yang bertujuan untuk mencemarkan imejnya.

(BETUI KE BERITA NIII....???? SATU CUBAAN MENARIK UNTUK MERAIH
SEMPATI RAKYAT...HE HE )

Beliau memberi jaminan BN tidak akan meniru cara pembangkang yang kotor itu atau
meminta pertolongan orang asing, negara asing atau media asing.

( SEBENARNYA DIA NII MARAHKAN INTERNET SEBAB IBRAHIM ALI TAK BOLEH
AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEBAB SEMUA SERVER PERCUMA  TU
DUDUK KAT LUAR NEGERI..........)

''Kerajaan dan BN tidak akan main kotor. Kita akan minta rakyat menimbang
perkara-perkara yang baik belaka untuk kebaikan negara dan rakyat sendiri.

( MEMANG KERAJAAN DAN BN TAK MAIN KOTOR.......MEREKA LEMPARKAN
SEGALA KEKOTORAN MEREKA KEPADA RAKYAT...YANG JADI MANGSA ADALAH
RAKYAT YANG TERPAKSA MEMBERSIHAN SEGALA KEKOTORAN YANG DIBUAT
OLEH  BN..)

''Kita yakin rakyat negara ini adalah daripada bangsa yang berbangga dengan
kebebasan mereka dan mereka akan pilih parti yang bebas daripada didalangi oleh
kuasa asing,'' kata Perdana Menteri.

( YESSSS..... YANG BEBAS HANYA PARTI BARISAN ALTERNATIF )
 
 

''Parti yang bebas di Malaysia hanyalah Barisan Nasional. Kita punyai rekod khidmat
yang cemerlang dengan membawa pembangunan dan kemewahan kepada negara,
mematahkan serangan orang asing ke atas ekonomi kita dan kita buat semua ini tanpa
bergantung kepada kuasa luar,'' tegasnya lagi.

( HA HA HA ....HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG.....MASUK
BAKUL ANGKAT SENDIRI........SIAPA MEWAH ???? RAKYAT KE KRONI-KRONI ???...
RAKYAT TAHU MENILAI..)

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan akan cuba menjaga keamanan dalam negara tetapi ia
menjadi masalah kerana media asing sentiasa memberi gambaran negatif.

''Kalau polis dipukul oleh penunjuk perasaan, mereka tidak tunjukkan. Tetapi jika
polis guna sedikit kekerasan untuk mententeramkan keadaan, ia ditayang di seluruh
dunia dengan tujuan supaya imej kita menjadi buruk menyebabkan pelabur dan
pelancong tidak mahu datang,'' katanya.

( DUNIA SUDAH MENGETAHUI HAKIKAT KEKEJAMAN POLIS TAPI ADAKAH
ORANG MALAYSIA SENDIRI MENGETAHUI .......?????? BERITA-BERITA
TEMPATAN TIDAK MENYIARKAN ......ADAKAH ORANG-ORANG KAMPUNG
MENGETAHUI ....???? ADAKAH ORANG-ORANG DI SABAH DAN SARAWAK
MENGETAHUI....????? HANYA SEGELITIR MASYARAKAT MALAYSIA YANG
MENGETAHUI......)

Ditanya mengenai tempoh berkempen bagi pilihan raya umum akan datang, Dr.
Mahathir menjelaskan, tempoh berkempen yang sesuai biarlah singkat kerana
pengalaman 1969 menunjukkan tempoh yang panjang mengakibatkan ketegangan
bertukar menjadi rusuhan kaum.

( ISYARAT JELAS MENUNJUKKAN PILIHANRAYA TERLALU HAMPIR......DAN BN
SUDAH MEMULAKAKAN KEMPEN PILIHANRAYA MEREKA.....PARTI PAS TIDAK
TUNGGU MESTI LEBIH MEMPERHEBATKAN KEMPEN DARI SEKARANG HINGGA
KE HARI PILIHANRAYA......BN AKAN CUBA MENGGUNAKAN ISU PERKAUMAN
DALAM KEMPEN MEREKA NANTI.....TEMPOH YANG SINGKAT TIDAK
MENJEJASKAN PERSIAPAN BN KERANA MEREKA DIBANTU OLEH MEDIA CETAK
DAN MEDIA ELECTONIC MEREKA SEDANGKAN KITA HANYA DIBANTU OLEH
HARAKAH DAN INTERNET YANG TIDAK SAMPAI KE KAMPUNG
KAMPUNG....HANYA CERAMAH-CERAMAH KITA YANG SAMPAI KE
KAMPUNG......DARI SEGI INI KELEBIHAN MEMIHAK KEPADA MEREKA)

Beliau berkata, parti-parti dalam BN hendaklah bekerjasama untuk menentukan
kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang.

''Walaupun kita ada masalah atau rungutan, semua ini hendaklah diketepikan buat
sementara waktu. Hanya kemenangan kita saja yang boleh menyelesaikan apa-apa
masalah yang dihadapi.

''Jika kerana tuntutan kita tidak dilayan dan kita kecewa maka ia mungkin
menyebabkan kita gagal. Jika kita gagal, tuntutan atau masalah kita tidak akan dapat
diatasi juga,'' katanya.

Terdahulu, Presiden PPP, M. Kayveas, dalam ucapannya berkata PPP kini
mempunyai ahli berdaftar seramai 250,621 orang dengan 3,211 cawangan di seluruh
negara kecuali Kelantan, Terengganu dan Sarawak.