http://www.pas-pulautawar.com |
25 Mac 2007 ,Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jerantut
PAS Pulau Tawar akan menghantar delegasi seramai 10 orang untuk menghadiri Mesyuarat Agong Kawasan Jerantut pada 25 mac 2007.
24 Mac 2007 ,Paya Kangsar (Kuala Palang)
Majilis Mesra bersama Mat Sabu: Majlis mesra bersama Mat Sabu - Acara Menegkap Ikan Paya.
1 January 2007 ,Simpang Pulau Tawar
MESYUARAT AGONG BERKELOMPOK CAWANGAN PULAU TAWAR , PERIAN , BUKIT RANG : Semua Ahli di jemput hadir ke Mesyuarat Agong Cawangan sesi 2007/2009 . Mesyuarat akan dirasmikan oleh Setiusaha Pas Kawasan Jerantut.
22 Febuary 2004 ,Kg Kubang Sekendal
BERITA PERKHAWINAN : aZRAN mAT zAHID akan melangsungkan prkhawinan pada 22/2/2004 dirumahnya di Kubang Sekendal.
10 Febuari 2004 ,Bukit Rang
BERITA KEMATIAN : Ayahbusu Buyamin (Bukit Rang)telah meninggal dunia . Wan Peter (Kg Perian)meninggal dunia . Anak perempuan Seli (Kg Perian) meninggal dunia.Alfatihah
08 Febuari 2004 ,Kg Kedondong
PILIHANRAYA 2004 : PAS Pulau Tawar pada hari ini dengan rasminya membuka Bilik Gerakan Pilihanrayanya secara rasmi . Pembuka yang dimulai dengan bacaan doa kemudian diikuti oleh upacara menaikkan bendera Malaysia , Pahang dan PAS bagi menandakan bahawa PAS Pulau Tawar telah bersedia dengan segala kelengkapan untuk menghadapi Piliahanraya yang akan diumumkan tarikhnya pada bila-bila masa.
15 December 2003 ,Bukit Rang
BANJIR : PEDOK dan TELOK dan KUALA SALAN telah dinaiki air sedalam 1 meter bermula pagi ini. Perhubungan ke Bukit Nikmat telah terputus kepada semua lalu lintas. Walau bagaimanapun hujan yang telah berhenti maka dijangka air akan surut pada petang ini . Ini adalah kali kedua air telah naik dikawasan tersebut dalam tempoh seminggu.
14 December 2003 ,Kg Perian
BERITA PERKHAWINAN : Berikut adlah beberapa orang lagi PEMUDA PERKASA PULAU TAWAR yang telah menglangsungkan perkhawainan baru-baru ini .
1. MOHD SHAH BIN SHARIPUDDIN (MAN PUDIN) . Khawin dengan orang Pulau Piang pada 14/12/2003.
2. MOHD AKMAL (AKMAL) . Khawin dengan orang Kota Gelanggi pada 29/11/2003
3. Khairul Amin Mohd Zain (Amin) dengan orang Bukit Rang pada 14/05/2003
4. Cikgu Roy (Kubang Sekendal ) dengan orang Dungun Terengganu pada 30/11/2003
5. Azran bertunang dengan orang Terengganu
6. Atan Sani dengan orang Perian pada 31/5/2003
28 November 2003 ,Simpang Pulau Tawar
MAJLIS HARI RAYA PAS PULAU TAWAR : Majlis hari raya yang dianjurkan oleh PAS pulau Tawar di Simpang Puilau Tawar pada hari ini telah mendapat sambutan yang duluar jangkaan . Lebih 800 orang penduduk Pulau Tawar telah hadir pada majlis ini. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua PAS Pulau Tawar yang juga Bekas Calon PAS DUN Pulau Tawar yang kalah tipis kepada EXCO Kerajaan Negeri Pahang Mat Ri.Majlis sungguh meriah hingga tak terperi rasanya.
13 December 2002 ,Bukit Rang
13 December 2002 ,Bukit Rang
BERITA KEMATIAN : Adalah dimaklumkan bahawa IMAM ZAKARIA (IMAM KERIA) TELAH MENINGGAL DUNIA PADA PAGI INI 13/12/2002 JAM 4:00 PAGI DI HOSPITAL JERANTUT . ALLAHYARHAM AKAN DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN KG PERIAN PADA TENGAH HARI INI JUGA . ALLAHYARHAM MENINGGALKAN SEORANG BALU DAN BEBERAPA ORANG ANAK . ALLAHYARHAM SEMASA HAYATNYA ADALAH IMAM MASJID PERIAN . SEMOGA ALLAH MENCUCURI ROHNYA DAN DIGOLONGAN DIKALANGAN ORANG2 YANG DI MASUKKAN KEDALAM SYURGANYA . AL-FATIHAH
13 December 2002 ,Pulau Tawar Jaya
Satu Majlis Sambutan Hari Raya ANJURAN UMNO DUN PULAU TAWAR akan diadakan di Kompleks Penghulu Pulau Tawar pada 15/12/2002. Semua dijemput hadir .pegi makan je . Majlis Akan dirasmikan oleh ADUN Pulau Tawar . Perbelanjaan guna duit rakyat tapi majlis atas nama UMNO . DIPERSILAKAN SEMUA menikmati jaudah lemang .
12 DECEMBER 2002 ,Simpang Pulau Tawar
BERITA PERKHAWINAN : Berikut adalah senarai PEMUDA KAMPUNG PULAU TAWAR yang akan melangsungkan perkhawinan dalam musim cuti sekolah ini . 1. Mohd Lofti Bin Jamaludin (Ujang) dengan orang Rembau pada 15/12/2002 . 2. Khairul Amin Mohd Zain (Amin) dengan orang Anak Wan Ahmad pada 1/1/2003 3. Marwan Bin Ishak (Sg Tekam) denga orang Kedah pada 16/12/2002.SEMOGA PERKHAWINAN mereka ini akan memperkasakan dan menambahkan lagi ahli muslimat dalam mengerakan islam di Pulau tawar ini. Amin
08 December 2002 ,Simpang Pulau Tawar
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ANAK-ANAK PULAU TAWAR telah berjaya diadakan pada hari raya ke-tiga jam 9:00 malam . Sambutan ini telah dihadiri oleh lebih 1000 orang ANAK-ANAK PULAU TAWAR tempatan dan PERANTAUAN . Walaupun acara hanya bermula jam 9:00 malam tetapi program sebenarnya telah bermula seawal jam 9:00 pagi dengan aktiviti meyiang dan mecucuk sate serta memasak secara gotong-royong. Hampir 150 orang pemuda dan pemudi Kampung Pulau Tawar terlibat dengan aktiviti memasak . Sebanyak 10,000 telah disediakan untuk majlis ini . Perbelanjaan Majlis ini adalah sumbangan Anak-Anak Perantauan yang telah kembali berhari raya di Kg Pulau Tawar . Antara aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut adalah Majlis Tahlil di Surau Mujahidden . Majlis Tahlil telah di ketuai oleh Bekas Calon PAS DUN Pulau Tawar iaitu Mohamed Bin Wahid . Perasmian telah dilakukan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Jerantut iaitu Ustaz Wahab Kassim kemudian diikuti oleh Ucap Utama oleh Bekas CALON PAS DUN Pulau Tawar iaitu Mohamed Wahid . Antara inti pati ucapan perasmian dan ucaputama adalah mengharapkan Anak-Anak Perantauan tidak melupakan kampung halaman dan ibubapa , sanak-saudara yang berada dikampung serta mengharapkan anak perantauan dapat memberi sumbangan ilmu mereka untuk kemajuan kampung .Yang paling gembira sekali pada malam tersebut adalah kanak-kanak yang datang beramai -ramai memeriahkan suasana majlis hari raya . Tahniah kepada PEMUDA KAMPUNG PULAU TAWAR yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya . WALAUPUN MAJLIS INI TELAH BERJAYA MENARIK DAN MENYATUPADUKAN MAJORITI MASYARAKAT PULAU TAWAR tetapi masih ada orang yang tidak menyukai kejayaan majlis ini . FAHAM-FAHAMLAH SENDIRILAH ,SIAPAKAH ORANG TU .
30 November 2002 ,Simpang Pulau Tawar
Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya : Penyampaian sumbangan hari raya kepada masyarakat miskin Pulau Tawar telah di agihkan kepada penerima-penerima yang layak . Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Syed Ibrahim , AJK PAS Pusat .
25 November 2002 ,Simpang Pulau Tawar
Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Pemuda PAS Pahang : Majlis berbuka puasa bersama Ustaz Yusof Embong telah diadakan di Surau Mujahiden . Majlis yang didahului dengan program Tazkirah itu telah dihadiri oleh hampir 320 orang PEMUDA KAMPUNG PULAU TAWAR . Majlis ini adalah anjuran PEMUDA PAS Cawangan Kg Perian.
17 November 2002 ,Simpang Pulau Tawar
Majlis Taklimat dan Berbuka Puasa Bersama Jawatankuasa PAS Kawasan Jerantut. Majlis adalah anjuran Bersama PAS Cawangan Bukit Rang dengan Majlis Tindakan DUN Pulau Tawar . Majlis telah di hadiri oleh YB Malek Yusof , ADUN Tahan . Majlis bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini perkembangan isu-isu semasa di PAS Kawasan dan negeri pahang. Majlis telah dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa PAS Cawangan dalam DUN Pulau Tawar. Antara isu yang di bincangkan adalah isu persempadanan DUN , daftar pengundi , gerak kerja dan bilik gerakan . Lebih 100 orang hadir dalam majlis tertutup ini .
10 November 2002 ,Simpang Pulau Tawar
Sempena Cuti Sekolah dan Bulan Ramadhan : Gabungan PAS Cawangan Pulau Tawar , Perian dan Bukit Rang telah menganjurkan KEM RAMADHAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH. program telah dihadiri oleh 63 orang pelajar sekolah menengah yang sedang bercuti . Program telah diadakan selama 2 hari bermula 9 hingga 10 November bertempat di Pusat Rekreasi Sungai Salan . Antara pengisian program adalah motivasi pelajar , tadarus Quran , qiamulail , tazkirah ramadhan dan lain-lain lagi. Program telah dirasmikan oleh Bekas Calon PAS DUN Pulau Tawar .
20 Oktober 2002 ,Kg Perian
SEMINAR GERAK KERJA PILIHANRAYA UPU PAS CAWANGAN PULAU TAWAR : Satu Kursus Pilihanraya telah diadakan di Markaz PAS Cawangan Perian . Seminar memfokuskan strategi PAS dalam menghadapi pilihanraya ke-11 telah dihadiri oleh hampir 150 orang Pemuda PAS UPU Pulau Tawar . Kursus sehari ini memberi penekanan mengenai pemahaman dasar perjuangan PAS serta memberi tunjuk ajar kepada Pemuda untuk menrangka staregi menghadapi lawan dalam pilihanraya ke-11 nanti.
12 Oktober 2002 ,Simpang Pulau Tawar
KETUA KAMPUNG ; Berikut adalah senarai Ketua Kampung yang baru di lantik oleh UMNO .
1. KETUA KAMPUNG BUKIT RANG - CIKGU(B)WAHAB mengantikan CIKGU WAN AHMAD 2. KETUA KAMPUNG PERIAN - EN AMRAN mengantikan USTAZ ROSLI 3. KETUA KAMPUNG KEDONDONG - EN MAT ALI mengantikan PEGAWAI WARAN(B)HASHIM . Kepada mereka yang baru dilantik diharapkan dapat menjalankan tugas dengan jujur , amanah dan berdidikasi serta berpandukan kepada al-quran dan sunnah .
6 Oktober 2002 ,Kg Kedondong
Ceramah Politik : Ceramah isu-isu semasa telah diadakan pada jam 9:00 malam . Ceramah berksar kepada isu-isu semasa tempatan telah disampaikan oelh Ustaz Wahab Kasim , Ketua Penerangan PAS Jerantut dan Mohamed Wahid , Bekas Calon PAS DUN Pulau Tawar. Lebih 500 orang penduduk pulau tawar telah memenuhi markaz PAS Pulau Tawar.
13 Sep 2002 ,Kg Bukit Rang
BERITA KEMATIAN : Adalah dimaklumkan bahawa Saudara Fakhrul Razi Bin Abd Aziz (Ipar kepada Bekas Ketua Kg Bukit Rang , Abg kepada Saruji) telah meninggal dunia pada hari Khamis malam Jumaat jam 12 tengah malam di Hospital UKM Kuala Lumpur . Allahyarham yang menetap di Terengganu telah berkunjung kerumah Adiknya Tajol Rozi dan secara tiba-tiba telah diserang sakit jantung di rumah adiknya di Kuala Lumpur dan segera dibawa ke hospital tetapi disahkan meniggal dunia di HUKM. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Pulau Tawar sebelum sembahyang Jumaat pada hari ini 13 September 2002. Sekian.
12 September 2002 ,Simpang Pulau Tawar
PESTABOLA TAHUNAN PEMUDA PULAU TAWAR KALI KE-5 : akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut :
Tarikh : 22 September 2002
Masa : 7 pagi hingga 7 mlm
Tempat : Komplek Sukan Simpang Pulau Tawar
Semua anak-akan pulau tawar di Kuala LUmpur dan dimana sahaja adalah digalakkan balik untuk menyertai PESTABOLA INI .... sila berhubung dengan En Majid di talian 09-2672668 untuk pertanyaan.
12 Sep 2002 ,Kg Simpang Pulau Tawar
UPACARA MENURUNKAN BENDERA BAS : Satu majlis menurunkan bendera PAS yang berkibar megah telah diadakan pada hari ini. Upacara yang diarahkan oleh Dr Ahmad Shukri itu telah dibantu oleh Majlis Daerah Jerantut dan pihak berkuasa tempatan. Upacara ini telah bejalan dengan lancarnya .... Jentera-jentera kerajaan telah digunakan dengan sepenuhnya untuk menurunkan bendera PAS tersebut . Bendera PAS ini telah berkibar dengan mengahnya di seluruh Kampung Pulau Tawar sempena HIMPUNAN 1000 PEMUDA PAS PAHANG yang diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September 2002 di Kuala Salan......
Ketakutan yang amat sangat telah menyebabkan Dr Ahmad Shukri bertindak secara kebudak-budakkan ..... SERENTAK DENGAN UPACARA MENURUNKAN BENDERA ITU .... Dr Ahmad Shukri telah menganjurkan CERAMAH AGAMA berunsur politik di SURAU SIMPANG PULAU TAWAR.... ceramah yang dihadir oleh kira2 20 hingga 30 orang Kg Pulau Tawar itu elah dihadiri oleh kira-kira 500 orang . BEGITULAH HEBATNYA UMNO INI MEREKA MELARANG PAS MENGGUNAKAN MASJID DAN SURAU TETAPI MEREKA MENGGUNKANNYA UNTUK CERAMAH MEREKA .... SURAU ITU SELAMA INI TELAH DIGUNAKAN UNTUK SOLAT BERJEMAAH 5 WAKTU TIDAK PERNAH DIJEJAKI OLEH ORANG UMNO .... INILAH PERTMA KALI MEREKA MENJEJAKAN KAI DISURUAU ITU .... HAJATNYA NAK AMBIL ALIH PENGURUSAN SURAU ITU TAPI SEMUA AHLI UMNO BUKANYA KAKI SURAU ..... JADI HARI INI JERLAH SURAU TU PENUH DAN HARI SETERUSNYA KOSONG KECUALI DIISI OLEH JEMAAH TETAP YANG SEMUANYA AHLI PAS.
10 Sep 2002 ,Simpang Pulau Tawar
SATU PROGRAM MESRA BERSAMA RAKYAT akan diadakan pada 12/9/2002 di Simpang Pulau Tawar. Ahli Parlimen Jerantut iaitu Tengku Azlan akan hadir di Majlis itu . MAKAN DISEDIAKAN... SESAPA NAK DAPAT MAKAN FREE DATANG LEEEEE..... LEPAS TU KENALAH DENGAR PULAK JANJI MANIS PEMIMPIN UMNO ......HE HE HE ....PROGRAM ADALAH SERATUS PERATUS ANJURAN UMNO JERANTUT DENGAN KERJASAMA DUIT RAKYAT.SEKIAN
31 August 2002 , Kg Pulau Tawar
BERITA KEMATIAN SEPANJANG BULAN OGOS 2002 ---
Ucapan Takziah diucapkan kepada keluarga berikut :
1. Arwah Haji Moluk - Kg Bandar yang meninggal dunia pada awal bulan Ogos.
2. Arwah Isteri Pak Ngah Majid ( Sebelah rumah Aki Din Bukit Rang) yang meninggal dunia minggu pertama Ogos
3. Arwah Pak Nagh Majid (2 minggu selepas kematian isterinya).
Semoga roh-roh mereka semua dirahmati Allah dan termasuk dikalangan orang-orang yang diberikan syurga oleh Allah. Amin
31 Ogos 2002 ,Kg Pulau Tawar
30 Ogos 2002 ,Kg Salan
11 August 2002 ,Kg Bandar
13 July 2002 ,Kg Kedondong
1 June 2002 ,Kg Perian
15 May 2002 ,Kg Salan
1 May 2002 ,Kg Temin
28 Mac 2002 ,Kg Bukit Rang
7 Mac 2002 ,Kg Pulau Tawar
6 Mac 2002 ,Kg Kedondong
4 Mac 2002 ,Kg Salan
25 Febuari 2002 ,Kg Bandar
23 Febuari 2002 ,Kg Perian
23 Febuari 2002 ,Kg Masjid
16 Febuari 2002 , Kg Pulau Tawar
HIMPUNAN 1000 PEMUDA PAS PAHANG - Himpunan seribu orang pemuda PAS Pahang telah diadakan di Kg Kuala Salan pada 30 Ogos hingga 1 September 2002 . Perhimpunan yang dihadiri oleh semua Pemuda PAS dari setiap daerah di Pahang ini telah mencipta satu sejarah sebagai perhimpunan terbesar pernah diadakan di sini . Perhimpunan ini telah dihadiri oleh lebih dari 1000 orang PEMUDA PAS yang berjiwa waja . Matlamat himpunan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dikalangan PEMUDA PAS PAHANG yang bergerak dikawasan yang berlaianan tapi dengan satu tujuan iaitu untuk menyibarkan syiar Islam di Pahang ini . Himpunan yang diadakan ditepian SUNGAI PAHANG ini terjejas sedikit disebakan oleh keadaan air sungai yang SEBAK menyebabkan banyak aktiviti yang dirancang untuk diadakan diatas pasir dan di didalam sungai tidak dapat dilaksanakan kerana faktor keselamatan . Walaubagaimanapun program tetap dapat dijalankan mengikut aturcara tanpa ada masalah.
Himpunan ini telah dibuka dengan rasminya oleh Ustaz Kamal Ashari iaiitu EXCO PEMUDA PAS SELANGOR. Sebelum itu USTAZ NASHARUDIN TANTAWI telah memotivasikan PEMUDA PAS yang hadir dengan semangat yang berkobar-kobar .
Bagi memeriahkan lagi suasana HIMPUNAN ini maka PEMUDA PAS PULAU TAWAR telah mengibarkan bendera PAS dan MALAYSIA diseluruh Kampung PUlau Tawar bermula di di sepanjang jalan baru di persempanag pertanian hingga ke Kuala Salan . Marah betul orang UMNO yang ada dua tiga kerat kat Pulau Tawar tuuu...
Hasil daripada himpunan ini telah di buat satu resolusi bahawa PEMUDA PAS PAHANG akan berkerja keras untuk menawan PAHANG dalam pilihanraya akan datang.
Ceramah Oleh saudara Mat Wahid .
Kursus teknologi maklumat telah diadakan untuk angota-angota PAS Pulau Tawar . kursus yang dikursuskan untuk golongan pengurusan cawangan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dikalangan para AJK untuk lebih bersedia mengunakan teknologi modem dalam meghadapi serangan musuh yang bertali arus.
Majlis perkhawinan seorang ahli PAS telah diadakan di adakan pada hari ini . Semua Pemuda and Ahli PAS telah bergotong royong menjayakan majlis perkhawinan En Sabri Bin Said ini semoga beliau bahagian dan terus tidak melupakan perjuangan yang belum selesai ini.
Satu Kegiatan Riadah Pemuda Gabungan Pemuda PAS Pulau Tawar , Perian dan Bukit Rang elah diadakan di Pusat Riadah Kg Salan di tepi sungai Pahang . Antara kegiatan termasuklah kegiatan sukan , acara mengankap ikan , qiamualail dan ceramah motivasi untuk meningkat semangat Pemuda PAS bagi menghadapi ancaman-ancaman musuh Islam yang semakin hebat sekarang ini. Hampir 100 orang pemuda yang terdiri dari peringkat umur 16 hingga 35 tahun telah hadir pada majlis ini .
PAS Cawangan Pulau Tawar telah menghantar 5 orang pewakilan menghadiri Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jerantut yang telah diadakan di Markaz PAS Jerantut yang baru yang di bina di Kg Temin.
PAS Cawangan Pulau Tawar telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena selamatnya kembali Jemaah Haji Kg Pulau Tawar pada tahun ini.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Cocal Cola telah memilih SMK Pulau Tawar sebagai perintis projek `E-Pembelajaran Sepanjang Hayat', Projek tersebut bertujuan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran terutama di sekolah luar bandar.SMK Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dipilih bersama lima sekolah lagi untuk menyertai peringkat pertama projek itu ialah SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra, Kedah, SMK Sri Muda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, SMK Batu 4, Gerik, Perak, SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka, SMK Dato Menteri, Ayer Hitam, Johor .Setiap sekolah akan dibekalkan dengan peralatan komputer bernilai RM115,000.00
PAS Pulau Tawar akan membantu jentera pilihanraya Kecil BA bagi DUN Ketari yang akan diadakan pada bila bial masa sahaja sekarang ini . Sesiapa ahli yang ingin turut serta adalah dijemput mendaftar dengan Setiausaha Kerja .
Adalah diberitahu bahawa satu program bersama PAS Kawasan Jerantut akan diadakan di Pasir Rengas pada 9-10 Mac 2002 . Semua ahli adalah dijemput hadir.
BERITA KEMATIAN .. adalah diberitahu bahawa En Yusof Bin Tok Empat Teh telah kembali ke hadrat Allah semingu sebelum raya haji baru baru ini. Jenazah telah di semadikan di Perkuburan Kampung Bandar.
Mesyuarat Agong Tahunan PAS Pulau Tawar telah diadakan pada 23/2/2002 bertempat di Balai Raya Kg Perian . Acara telah dirasmikan oleh YB Tuan Ibrahim Bin Tuan Man . Seramai 300 orang ahli PAS telah hadir semasa esyaurat dijalankan . Banyak isu-isu yang telah dibincangkan semasa mesyuarat tersebut.
PAS Pulau Tawar telah menganjurkan majlis korban . Dua ekor lembu telah dikorbankan oleh ahli PAS Pulau Tawar . Daging-daging korban telah diagihkan kepada penduduk Pulau Tawar dan sekitarnya.Acara bermula pada pukul 11.00 pagi . Selepas majlis korban semua ahli beramai-ramai berjamu selera menikmati sebahagian dari daging korban yang dimasak.Acara diadakan di Masjid Lama Pulau tawar
14 Febuari 2002 , Kg Pulau Tawar
PAS Pulau Tawar akan mengadakan menganjurkan sembelihan korban dan aqiqah sempena Hari Raya Korban pada 23 Febuari 2002 . Semua penduduk Pulau Tawar adalah dijemput untuk menyertai upacara ini . Satu bahagian Korban adalah berharga RM230.00 . Sila berhubung denga saudara Abdul Majid Awang Sulong di talian 09-2672668 untuk mengesahkan penyertaan anda . Acara akan diadakan di Masjid Lama Pulau Tawar.
13 Febuari 2002 , Kg Kuala Salan
Laporan keadaan cuaca di Pulau Tawar , adalah di maklumkan bahawa keadaan kemarau sejak bulan januari menyebabkan keadaan air Sungai Pahang surut . Walau bagaiamanpun ianya tidaklah sampai kering kontang . Keadaan air yang surut ini amat sesuai untuk aktiviti memancing , menjala dan menjaring . Tinjauan yang dilakukan pada 11 , 12 dan 13 Febuari baru-baru ini di Kuala Salan menyaksikan begitu ramai kaki pancing yang bertenggek disepanjang Sungai Pahang bermula di Pasir Renggas hingga Ke Pasir Tok Penghulu. Saya yang sempat mengikut aktiviti menjalan dan menjaring di Pasir Renggas berjaya memperolehi 4 Kilo ikan Lemir dan Lambak dalam masa tidak sampai 2 jam . Ada yang berkhemah di Pasir Salam dan Pasir Renggas . Ada yang turun pagi balik malam semata-mata memenuhi hobi mereka . Sesiapa yang akan balik pada Hari Raya Haji ini rasanya masih sempat untuk merasai kemeriah aktiviti menagkap ikan di Sungai Pahang insyaAllah.
11 Febuari 2002 , Pulau Tawar
Pulau Tawar to have RM25 million community college ... A RM25 million community college will be constructed on a six hectare site in Simpang Jengka Lapan under the Eighth Malaysia Plan. The college would offer certificate and diploma-level courses in the technical and vocational fields.
Construction of the college is expected to begin next year and once completed, the institution would provide opportunity for Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) school-leavers to pursue further education.
11 Febuari 2002 , Kg Perian
BERITA KEMATIAN : Adalah dimaklumkan bahawa Wan Saodah iaitu ibu mertua kepada Paklong Awang Perian atau wan Kepada Mee Kopral telah meninggal dunia di rumah anaknya di Kampung Perian pada hari Isnin 11 Febuari 2002 jam 8:30 pagi . Jenazahnya telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Perian pada jam 3:00 petang.
11 Febuari 2002 , Kg Perian
The opposition party's activities centre mainly on political and religious ceramahs and do not pose any threat to Pahang's security, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said today.
The opposition ceramahs were conducted under controlled situations, he told Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) during Question Time in the State Assembly.
The Menteri Besar told the member that the opposition party was conducting its ceramah activities in mosques and surau because the police had stopped issuing permits to hold public ceramahs for security reasons.
He said government studies showed that certain ceramahs if not stopped would threaten national security such as ceramahs which created hatred for the leadership and those with elements of incitement.
Replying to Datuk Hayani Abdul Rahman (BN-Bera), he said the Kumpulan Militan Malaysia (KMM) did not have any network in Pahang and no member of the group had been found to be operating in the state.
5 Febuari 2002 , Kg Bukit Rang
BERITA KEMATIAN : Adalah dimaklumkan bahawa Wan Timah yang rumahnya terletak di Perkampungan Bukit Rang berhampiran dengan rumah Wan Ahmad telah meninggal dunia pada hari Selasa 5 Febuari 2002
di Hospital Jerantut . Jenazahnya telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Baru Bukit Rang .
25 January 2002 , Kg Pulau Tawar Jaya (bkt rang 2)
Cikgu Murad bersama isterinya bernagkat menunaikan fardhu haji
23 January 2002 Kg Bukit Rang
Abdullah Bismeh berangkat menunaikan fardu Haji bersama isteri beliau.
22 January 2002 Kg Kedondong
Bakal Haji iaitu anak Ayahbusu Mat Ali seramai 2 orang telah berangkat menunaikan fardu haji pada tahun ini.
15 January 2002 , Kg Pulau Tawar Jaya (bkt rang 2)
BERITA KEMATIAN : Adalah dimaklumkan bahawa En Kamaruzzaman yang rumahnya terletak di Perkampungan Pulau Tawar Jaya (Bukit Rang 2) berhampiran dengan Simpang Pulau Tawar telah meninggal dunia pada pertengahan Januari baru-baru ini . Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah perkuburan Kg Masjid.
13 January 2002 Simpang Pulau Tawar
Gabungan PAS Pulau Tawar telah mengadakan kenduri doa selamat bagi meraikan bakal-bakal haji bagi tahun ini. Acara telah diadakan di Surau Mujahiden Komplek Penghulu Pulau Tawar.
30 December 2001 Kg Pulau Tawar Jaya
PAS Pulau tawar menyampaikan bantuan banjir kepada 20 keluarga masngsa banjir di pulau tawar
8 malam : Bilik Gerakan BANJIR PAS Pulau Tawar ditutup sepenuhnya.
27 December 2001 Kg Pulau Tawar Jaya
BERITA KEMATIAN : Wan Esah ataupun ada orang panggil mak ngah esah iaitu ibu kepada Aki Muda telah kembali kepada Allah pada jam 7 pagi ini dirumah belaiu di Kg Pulau tawar Jaya . Belaiu yang telah sakit tua sejak skian lama telah selamat dikebumikan ditanah perkuburan Kg Merbau iaitu di kubur dekat sekolah perian dan pokok beringin tu. PAS Pulau Tawar mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.
27 december 2001 Kg Masjid
8:00 pagi jalan pulau tawar bukit nikmat telah dibuka kepada semua lalu lintas air ada sedikit lagi dijalan
12:00 air tiada lagi jalan raya dan surut sepenuh .
26 dec 2001 Kg Masjid
8: pagi air telah mula surut dan sekarang air berada di kawasan loteng dan terus surut perlahan-lahan.
8 mlm : air telah surut dan sekrang berada di sekolah menengah
25 Dec 2001 Kg Masjid
8:00 pagi air sudah mula memasuki kawasan masjid jamek pulau tawar air terus menigkat
beberapa keluarga lagi telah berpindah
9:00 PAS PULAU TAWAR telah membuka sepenuhnya bilik gerakan banjir bagi membantu masngsa-mangsa banjir.
12:00 pm air sudah mencecah tangga masjid dan diangarkan paras lutut .. Menurut PAKCIK HAMZAH dia terpaksa meranduk air dari rumahnya untuk kemasjid.rumah berhampiran masjid sudah diparas lantai rumah.
8 malam air masih lagi bertahan di masjid jamek.
24 December 2001 Kg Kubnag Sekendal
Air Pahang terus meningkat .
8:00 pagi air sudah sampai melimpahi padang sekolah menenggah. kantin sekolah , rumah gur sudah mula ditengelami air ...
10:00 pagi air sudah sampai melepasi kg kubang sekendal dan berhampiran loteng . semua rumah dikubang sekendal ditengelami air . beberap keluar mula berpindah.
12:00 air masih di loteng dan tersu meniggkat
23 December 2001 Pulau Tawar
Air Sungai Pahang telah mula meningkat naik . beberapa tempat telah mula dinaiki air. PEDUK telah mula dinaiki air . begitu juga SUNGAI BATU telah mula dinaiki air walau bagaimanapun kereta masih boleh melalui jalan tersebut.Hari masih lagi mendung dengan hujan renyaireanyai. air sungai terus meninggkat . di FERI paras penyukat air menunjukkan paras air meningkat 2 kaki stiap jam. Tinjauan di Belakang Rumah Eteh Jalil diPerian menunjukan air semain hampir dengan dapur rumah beliau. Tinjauan di TELOK pula menunjukan air sudah melimpah di jalan raya . Jalan Pulu tawar Bukit Nikmat telah ditutup kepada semua lalu lintas air diangarkan setinggi 3 meter di atas jalan raya. Di Sekolah Meenengah air sudah sampai di pintu pagar sekolah dan rumah guru dan padang sudah ditakungi air sungai pahang. air terus meninggkat...
Tinjauan di SALAN : jalan kuala salan telah terputus . terdapat 3 buah rumah disana Rumah Kama , Rumah Pak Dia dan Rumah Sawit. menurut encik YEE... mereka terpaksa berenang sejauah 100 meter untuk sampai kerumah KAMA . Rumah PAK DIA telah ditengelami oleh air.
pada jam 8 malam air sudah menghampir kg kubang sekendal.
8:00 malam PEMUDA PAS PULAU TAWAR telah bergotong royong membantu mangsa-mangsa banjir memindah barang2 mereka.
22 December 2001 Pulau Tawar
Hujan telah turun dengan lebat di seluruh jajahan Pulau Tawar.Sepanjang hari hujan.
18 December 2001 Kg Simpang Pulau Tawar
Majlis Sambutan Hari raya Anak-Anak Pulau Tawar di Perantauan telah diadakan pada hari ini bertempat di Simpang Pulau Tawar . Majlis berjaya diadakan hasil sumbangan anak-anak pulau tawar di perantauan. 2 ekor kamping telah disembelih untuk dijamukan kepada penduduk pulau tawar. Kambing telah dipanggang secara BBQ ... dan ini menambahkan lagi majlis tersebut.... banyak makanan lain juga telah dihidangkan ... Wakil-wakil anak perantauan telah berucapa pada majlis tersebut .disamping itu Ketua PAS pUlau Tawar juga telah menyampikan nasihat-nasihat kepada anak-anak pulau tawar diperantauan . Beliauaj mengingatkan anak2 diperantauan agar sentiasa mengingati Allah walau dimana berada. di samping itu mereka juga diingatkan agar dapat membantu mereka yang tinggal dikampung agar agar dapat tersu berjuang di jalan allah. Sumbangan dari anak-anak pulau tawar di perantauan amat besar dalam memajukan cawangan dan kampung pulau tawar.
Majlis juga telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Abdul Malek Yusof ADUN Tahan.YB telah menyampikan nasihat-nasihat beliau kepada ahli-ahli PAS di Pulau Tawar dan Anak-anak Pulau tawar di perantauan.
16 December 2001 Kg Pulau Tawar
Masyarakat Pulau Tawar telah menyambut Hari raya Eidul Fitri dengan meriah pada hari ini . sanak saudara bermaaf maafan. Hari ini hujan tidak turun dan cuaca kelihatan cerah .. syukur kepada Allah.
15 December 2001 Kg Masjid
PAS Pulau Tawar telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Surau Mujahidin Simpang Pulau Tawar . Majlis diadakan bagi mengingat ahli-ahli PAS betapa ruginye kita kerana ramadan telah berakhir . Beruntunglah ahli-ahli PAS yang telah menggunakan sepenuhnya bulan ramadhan untuk beribadat.
14 December 2001 Kg Pulau Tawar
Hujan lebat yang turun sejak selepas solat terawih dan berterusan sehingga ke waktu berbuka keesokkan hari nya telah menjejaskan aktiviti penduduk kampung. PAS Pulau Tawar yang menjalankan aktiviti perniagaan menjual daging kerbau juga turut terjejas disebabkan hujan yang berterusan itu. walaubagaimanapun 2 ekor kerbau yang disembelih untuk dijual kepada penduduk Pulau Tawar habis dijual menjelang tengah hari 15 December 2001.Air sungai Pahang juga meningkat tinggi...
1 Oktober 2001 Kg Pulau Tawar Jaya
Beberapa orang ahli PAS Pulau tawar telah menyiapkan rumah mereka di Kg Pulau Tawar Jaya . Beberapa ahli telah berpindah ke kawasan penempatan baru ini . Walau bagaimanapun kerajaan masih lagi gagl membekalkan keperluan air berasih untuk penduduk di perkampungan baru ini. Perkampungan yang telah diluluskan pada awal tahun 70-an ini hanya mula dapat diduduki oleh pemilik tanah pada akhir 1999. Kebanyakan pemilik asal sudah pun meninggal dunia . pemilik sekrang kebanyakaknnya adalah generasi kedua yang mewarisinya dari keluarga mereka . Inilah kelemahan KERAJAAN BARISAN NASIONAL dalam menangganni keperluan rakyat jelata. UNDI LAH PAS
15 Julai 2001 Kg Bukit Rang
Satu majlis tahlil telah diadakan bagi mendoakan kejayaan anak-anak penduduk pulau tawar yang akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini. Ketua PAS Pulau Tawar telah menasihatkan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan agar tekun berusaha untuk mencapai kejayaan . Beliau juga mengingatkan bahawa ibubapa mereka dulu tidak dapat menlanjutkan pelajaran keperingkat tinggi dan sekarang menjadi tugas mereka untuk menyambung cita-cita ibubapa mereka .
6 Jun 2001 Kg Perian
Ceramah Politik oleh Muhamad Wahid - Bekas Calon PAS DUN Pulau Tawar telah diadakan dianjurkan oleh PAS Perian pada 6 Jun 2001 yang lalu . Ceramah telah diadakan diperkarangan rumah Ketua PAS Perian . Antara inti utama ucapan beliau adalah supaya supaya ahli-ahli PAS terus berusaha meningkatkan ilmu dan memperkuatkan usaha bagi menawan DUn Pulau tawar . Ceramah telah dihadiri oleh hampir 500 orang ahli dari kaawasan Pulau Tawar.
1 Mei 2001 Kg Masjid
Lajnah Politik dan Organisasi Pas Pulau Tawar telah berjayamenganjurkan satu
siri latihan Pengurusan dan Organisasi pada 1 Mei 2001 bermula jam 9pagi hingga 5 petang . Program telah diadakan didewan besar Masjid lama Pulau Tawar. Kursus ini adalah
dikhaskan untuk AJK Pas Pulau Tawar , PAS Perian dan PAS Bukit Rang . Seramai 30 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut . Dengan adanya kursus ini maka diharapkan agar AJK-AJK PAS yang telah dilantik dapat memahami tugas sebenar mereka dalam memperjuangkan ISLAM di PUlau Tawar . Kursus ini telah di sediakan oleh Institut Latihan Dakwah Islam Malaysia . Pensyarah -pensyarah adalah didatangkan khas dari UIA , UM dan UITM. PAS Pulau Tawar akan terus menyusun kursus sebgini pada masa depan bagi memastikan gerak kerja PAS Pulau Tawar terus tersusun api dalam memenangi UPU dan DUN Pulau Tawar dalam pilihanrya ke 11 nanti.
26 April 2001 Kg Perian
Lajnah Politik dan Organisasi Pas Pulau Tawar akan menganjurkan satu
siri latihan Pengurusan dan Organisasi pada 1 Mei 2001 . Kursus ini adalah
dikhaskan untuk AJK Pas Pulau Tawar , PAS Perian dan PAS Bukit Rang
termasuk AJK Pemuda dan Muslimat.Kursus bertujuan memberi pendedahan
dan kepakaran kepada AJK untuk menguruskan Cawangan dengan berkesan.Fasilitator
terdiri daripada pensyarah-pensyarah IPTA yang berkaliber.
24 April 2001 Kg Pulau Tawar Jaya
Pemuda PAS Pulau Tawar akan mengadakan program
Muqayyam bertempat di Pulau Tioman pada 5 hingga 7 Mei 2001 bertempat di
Pulau Tioman. Borang pendaftaran boleh didapati daripada SUK UPU Pulau
Tawar.
11 April 2001 Bukit Rang
PAS Pulau Tawar dan PAS Kawasan Jerantut telah
kehilangan seorang AJK yang berkaliber didalam barisan kepimpinan . Saudara
Yunus Yusof (GOK) telah meninggal dunia di Hospital Kuantan pada pagi Isnin
10 April jam 12:30 pagi . Jenazah beliau telah di bawa kerumahnya
di Bukit Rang sebelum dikebukikan di tanah perkuburan Kampung Gintong pada
jam 11 pagi hari tersebut. Semasa hayatnya beliau telah dilantik sebagai
Ketua Penerangan PAS Pulau Tawar dan AJK PAS Kawasan Jerantut. Beliau meninggal
duni pada usia 39 tahun akibat sakit kencing manis yang telah dihidapinya
sejak usia awal 20 tahun.
26Mac 2001 Kampung Bandar
Pihak PAS Pulau Tawar telah mendapat jemputan
daripada pihak pengurusan Surau Mujahidin untuk menghadiri Forum Hal Ehwal
Islam yang bertempat di Surau Mujahidin pada jam 9:00 malam 20 April 2001.
Antara peserta forum ialah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Seorang Pensyarah
Wanita UIA dan seorang tokoh agama tempatan.INSYAALAH semua ahli PAS digalakan
hadir di majlis ini.
Perian 25 Mac 2001
Lajnah Sukan dan Rekreasi telah mengadakan mesyuaratnya
yang pertama di perkarangan Masjid Perian pada 25 Mac 2001 jam 3:00 petang
. Hasil daripada mesyuarat ini maka telah diputuskan untuk mengadakan satu
program Muqayyam di Pulau Tioman yang dijangkakan akan diadakan pada akhir
bulan April . Seramai 100 orang ahli dan penyokong PAS Pulau Tawar telah
menyatakan kessediaan untuk menyertai program ini . Penyertaan masih lagi
dibuka kepada ahli dan penyokong . Bukan ahli dan penyokong PAS pun adalah
dijemput menyertai program ini.
Simpang Pulau Tawar 24 Mac 2001
PAS Pulau Tawar telah mengadakan suatu mesyuarat
jawatamkuasa yang pertama bagi sessi 2001/2003 . Mesyuarat ini diadakan
untuk melantik Setiausaha , Bendahari dan Ketua Penerangan di samping melantik
ketua-ketua lajnah yang di tubuhkan bagi memastikan kegiatan PAS Pulau
Tawar berjalan lancar. Sebanyak 5 buah lajnah telah ditubuhkan iaitu Lajnah
Tarbiyyah dan Kepimpinan , Lajnah Penerangan dan Dakwah , Lajnah Ekonmi
dan Pembangunan , Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dan Lajnah
Sukan dan Rekreasi .
Simpang Pulau Tawar 12 Mac 2001
PAS Pulau Tawar melahirkan rasa kesal di atas
tindakan Ketua Kampung Bukit Rang yang tidak membenarkan ahli PAS
mengadakan Mesyuarat Agong cawangan PAS Pulau Tawar di Balai Raya
kampung tersebut . Sepatutnya balai raya tersebut adalah bebas digunakan
oleh semua lapisan masyarakat di kampung . Yang menghairankan Mesyuarat
Agong UMNO dibenarkan untuk diadakan di Balai Raya tersebut
Kampung Masjid 6 Mac 2001
PAS Pulau Tawar telah berjaya menganjurkan majlis
qurban pada hari raya eidul adha yang pertama . Sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan
dan diagih-agihkan kepada masyarakat setempat. Acara korban dimulakan sebaik
sahaja selesai Majlis Sembahyanag Hari Raya Eidul Adha.
Bukit Rang 5 Mac 2001
Mesyuarat Agong PAS Cawangan Pulau Tawar telah
diadakan pada 4/3/2001 jam 9:30 malam bertempat di Padang Bola
Simpang Pulau Tawar dengan dirasmikan oleh Ketua
PAS Pulau Tawar dan Majlis Penutupan Rasmi dilakukan oleh ADUN
Tahan YB Abdul Malek Yusof . Mesyuarat telah
dihadiri oleh lebih daripada 210 orang ahli PAS Pulau Tawar. Majlis bersetuju
mengekalkan saudar Mohamed Bin Wahed sebagai
Ketua Cawangan Pulau Tawar . Antara resolusi yang dicapai ialah
menubuhkan cawangan baru iaitu cawangan Perian
dan Bukit Rang . Mesyuarat bersetuju untuk melantik Saudara Abdul Manaf
Kasim sebagai Ketua Penaja PAS Cawangan Bukit
Rang dan Saudara Harun sebagai Ketua Penaja PAS Cawangan Perian.
Mesyuarat bersetuju untuk menubhkan satu tabung
dana ekonomi.
Kampung Kedondong 4 Mac 2001
.
Mesyuarat Agong Pemuda PAS Pulau Tawar telah
selamat di jalankan pada 3/3/2001 bertempat di Markaz PAS Pulau Tawar.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh saudara Abdul
Shukor Salleh dan telah dirasmikan oleh Bekas Calon PAS DUN Pulau
Tawar , Saudara Mohamed Bin Wahed. Mesyuarat
ini telah dihadiri oleh hampir 120 orang ahli Pemuda PAS Pulau Tawar.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk memilih
AJK baru bagi sessi 2001/2003 . Saudara Akmal Azaham telah dipilih dengan
undian majoriti untuk mengetuai Pemuda
PAS Cawangan Pulau Tawar sementara Saudara Fadhli Bin Malek (Poe) diberi
kepecayaan oleh sebulat suara sebagai Naib Ketua
Pemuda. Beberapa resolusi telah dicapai hasil perbahasan hangat dikalangan
ahli-ahli . Antaranya ialah mesyuarat bersetuju
untuk menubuhkan Unit Amal Syabab , meneruskan usrah bulanan ,
memlaksanakan projek ekonomi. Mesyuarat juga
bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pemuda Cawangan Perian
dan Bukit Rang . Saudara Bakri Omar telah dipilih
sebagai Ketua Penaja Pemuda Bukit Rang dan Saudara Ahmad Shukri Idris
sebagai Ketua Penaja Pemuda Perian.
Pulau Tawar 25 Febuari 2001
Pas Cawangan Pulau Tawar akan mengadakan Mesyuarat
Agong pada 4 March 2001 ( Ahad ) . Jawatankuasa Pas Cawangan
sangat berharap agar semua ahli dan penyokong
PAS Pulau Tawar dapat menghadiri mesyuarat tersebut . Banyak perkara yang
akan di perdebatkan pada Mesyuarat tersebut .
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Saudara Abdul Majid Awang
Sulong di talian 09-2672668 .
Kg Masjid 23 Febuari 2001
Pas Cawangan Pulau Tawar akan seperti tahun sebelumnya
mengadakan majlis korban pada 10 , 11 dan 12 Zulhijjah . Setakat ini
sebanyak 10 ekor lembu/kerbau akan dikorbankan
oleh ahli-ahli . Ahli yang ingin menyertai program ini masih boleh berbuat
demikian dengan menghubungi saudara Abdul Majid
ditalian 09-2672668.
Kampung Perian 4 Febuari 2001
Ahli PAS Pulau Tawar meraikan perkhawinan anak
salah seorang ahlinya.
Kampung Perian 27 Januari 2001
Ahli PAS Pulau Tawar meraikan perkhawinan ahlinya.
Simpang Pulau Tawar 1 hb Januari
2001
PAS Pulau Tawar denga kerjasama Sekretariat Anak
Pulau Tawar di Perantauan telah berjaya mengada satu Majlis Sambuatn
Aidil Fitri pada 31 Disember 2000 yang lalu .
Majlis yang diadakan bermula jam 9:00 malam itu sebenarnya telah bermuala
seawal
pagi jam 9:00 pagi dengan acara mencari buluh
lemang serta memasak lemak . Special menu pada hari tersebut ialah rendang
ayam belanda . tiga ekor ayam belanda menjadi
korban . Sebanyak 300 puntong lemang telah dimasak pada hari terssebut
.Majlis
telah dirasmikan oleh YB Abdul malek Yusof ADUN
Tahan. Wakil-wakil anak perantuan telah berkesempatan mencurahkan
rasa hati mereka pada hari tersebut dengan berucap
di pentas. Majlis juga telah dihadiri oleh beberapa anggota polis dari
balai polis
jerantut..... sedap ke lemang dato ???? sapa
yang repot pada hari tu ????
Pulau Tawar 21 Ogos 2000
PAS Cawangan Pulau Tawar akan mengadakan Pertandingan
Bolasepak 9 Sebelah pada 2 dan 3 September 2000. Pertandingan
adalah bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan
dikalangan Pemuda Kampung Pulau Tawar. Perasmian akan dilakukan
oleh YAB ADUN Tahan En Abdul Malek Yusof yang
juga YDP PAS Kawasan Jerantut dan bekas Setiausaha PAS Pahang.
Pulau Tawar 18 Ogos 2000
PAS Pulau Tawar juga telah berjaya membentuk
sebuah organisasi yang akan merancang usaha-usaha kearah memakmurkan
ekonomi ahli . Oleh itu satu mesyuarat penubuhan
koperasi akan diadakan pada 1 September 2000 . Semua ahli diminta hadir
bagi
mencukupkan 100 orang ahli. Pegawai koperasi
akan datang untuk menyaksikan kesungguhan ahli dalam menjayakan koperasi
ini..
Kampung Masjid 15 Ogos 2000
Satu majlis pelancaran Unit Amal Nisa' peringakat
Kawasan Jerantut akan diadakan pada 19 Ogos 2000 jam 9 pagi bertempat di
Markaz Tarbiyyah Pas Pulau Tawar di Kg Masjid.
Perasmian akan diadakan oleh ADUN Kawasan Tahan.
Kg Perian 12 Ogos 2000
Beberapa kuliah akan dilaksanakan oleh
Muslimat PAS Pualau Tawar . Diantara kulaih yang akan diadakan adalah Kuliah
Dhoha
dan lain-lain lagi . Semua aktiviti akan diadakan
di Surau Muhajirin Simpang Pualau Tawar.
Kg Perian 11 Ogos 2000
Satu Jawatankuasa bagi pembinaan Markaz Tetap
Pas Pulau Tawar telah ditubuhkan oleh itu semua ahli dapat kiranya menderma
kearah merealisasikan impian kita untuk memlikli
Markaz sendiri. Kos adalah dijangkan sebanyak RM150,000.00.
Perian 29 November 1999
7:30 pagi kelihatan begitu ramai pengundi datang kepondok panas pas
untuk melihat senarai pendataran.Pekerja dipondok panas agak kelam kabut
kerana orang datang ramai serentak.
10:30 Dari senarai yang dtang mengundi menunjukkan pengundi memihak
kepada PAS
12:30 Perayu undi BN kelihatan resah kerana lebih ramai pengundi datang
kepada pondok panas PAS
3:00 pm orang semakin kurang pekerja PAS begitu yakin UPU PUlau Tawar
akan dimenangi oleh PAS.
3:30 pm BN semakin resah
4:30 pm PAS semakin yakin
5:00 pm peti undi ditutup dan kiraan dijalankan
6:30 pm yeahhhh kita menang di UPU Pulau Tawar dengan kelebihan yang
begitu besar
8:30 malam .... dukacita kita kalah dengan BN memperolehi majoriti
700 lebih bagi DUN Pulau Tawar . Tahniah Dr Shukri .... jumpa lagi 2004
dan jangan harap kamu boleh menang pada tahun tersebut.
10:00 walaupun kalah PAS tetap gembira kerana berjaya mengurangkan
majoriti DUN daripada majoriti 4000 kepada 700 sahaja dan juga PAS berjaya
menang majoriti 200 undi di UPU Pulau Tawar selepas tewas majoriti 99 undi
pada tahun 1995.Kuatkan lagi usaha. PASTIKAN BILIK GERAKAN TERUS DIBUKA
HINGGA TAHUN 2004.
Pulau Tawar 28 November 1999
Segala persiapan untuk pilihanraya pada hari esok sudah dipersiapkan
. Bilik gerakan beroperasi sepenuhnya.Komputer telah dilengkapkan di pondok
panas. Pegawai yag bertugas dipondok panas semuanya telah dilatih .
Perian 19 November 1999
Bilik Gerakan UPU Pas Pulau Tawar dibuka dengan rasminya.