TATACARA PENGENDALIAN CERAMAH DI TEMPAT AWAM ATAU TEMPAT PERSENDIRIAN

Oleh;
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG
carta ringkas TATACARA PENGENDALIAN CERAMAH DI TEMPAT AWAM ATAU TEMPAT PERSENDIRIAN
Sebelum menjalankan apa-apa aktiviti ceramah dan sebagainya, kita hendaklah mematuhi       s. 27(2) Akta Polis 1967 iaitu :

1. memohon permit untuk tujuan tersebut dari Ketua Polis Daerah dan ;

2. permohonan tersebut hendaklah dibuat oleh sesebuah organisasi.


Kelulusan hanya boleh dipohon dan dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah sahaja. Kelulusan permit akan diberikan sekiranya memenuhi kriteria-kriteria di bawah :

1. tidak akan menjejaskan kepentingan keselamatan dalam negeri Malaysia / mana-mana bahagian Malaysia atau

2. tidak akan mengancam keamanan.

Sekiranya kelulusan permit dikeluarkan, maka sesuatu ceramah / aktiviti bolehlah dijalankan. Kelulusan hanya boleh dipohon dan dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah sahaja.

Penolakan permohonan kelulusan permit dikeluarkan atas alasan mengancam dua faktor yang tersebut di atas. Ianya perlu dikeluarkan oleh KPD dalam tidak kurang dari masa 48 jam sebelum perhimpunan diadakan beserta alasan-alasan penolakannya. Seksyen  27(7) Akta Polis 1967 rayuan boleh dibuat kepada Ketua Polis Negeri dalam masa 48 jam dari tarikh/masa penolakan dimaklumkan kepada pemohon.

ATAU

KPD membisu samada kelulusan terhadap permit tersebut akan diperolehi atau tidak, maka, satu surat ingatan hendaklah dihantarserah kepada KPD untuk meminta dikeluarkan keputusan yang segera. Sekiranya KPD masih membisu setelah surat dihantarserah, terdapat 2 cara untuk menanganinya :

1. membuat rayuan bertulis kepada Ketua Polis Negeri atau

2. mengadakan perhimpunan di tempat persendirian.

INGATAN : Walaupun penolakan yang dilakukan oleh pihak polis adalah pada saat akhir, namun penerusan terhadap perhimpunan tersebut akan dianggap sebagai tidak sah dan salah di sisi undang-undang. Permit adalah merupakan perkara asas yang MESTI diperolehi sebelum menjalankan aktiviti ceramah di tempat awam secara sah di sisi undang-undang.

PERINGATAN :

1. Sebarang surat-menyurat yang dihantarserah kepada mana-mana pihak hendaklah mempunyai beberapa perkara yang penting antaranya :

(a) mempunyai nombor rujukan surat.

(b) mempunyai ayat (ayat terakhir dalam surat rasmi tersebut) yang menyebut tentang kewajipan pihak yang menerimanya untuk menandatangani di salinan pendua surat tersebut. Contohnya ; Sila tuan / puan akui penerimaannya dengan menandatangani di salinan pendua surat ini.

(c) tandatangan penerima

(d) tarikh/masa penerimaan

(e) jawatan penerima

(f) cop rasmi jabatan / apa-apa yang berkenaan.

2. Sebarang lampiran yang menunjukkan bukti tentang sesuatu perkara hendaklah disertakan dan dilampirkan bersama-sama surat tersebut dengan terang, jelas dan tepat. Sekiranya terdapat beberapa lampiran yang hendak disertakan, maka adalah disarankan agar ianya diasingkan antara satu sama lain dengan menetapkan Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya. Dalam hal berkenaan dengan permohonan untuk kelulusan permit untuk diadakan perhimpunan awam, maka antara contoh lampiran yang boleh dilampirkan adalah borang-borang yang dihantarserah kepada pihak yang berkenaan sebelum ini.

3. Surat yang dikeluarkan tersebut hendaklah mempunyai lambang rasmi sesuatu pertubuhan dan ditandatangani oleh mereka yang layak (menurut peruntukan Memorandum & Articles of Association) seperi setiausaha dan sebagainya.

Disediakan oleh :

Lajnah Unit Guaman & Undang-Undang
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang