Carta ringkas aliran pembelian hartanah / rumah
 
Beberapa aturan hendaklah dipatuhi dalam menjalankan urusniaga / pembelian hartanah / rumah, antaranya :

1.Perjanjian Jual-Beli

Pastikan pembeli menandatangani Perjanjian tersebut semasa membuat pembayaran yang pertama iaitu samada 10% dari harga hartanah tersebut / apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh pemaju yang kurang dari jumlah tersebut. Perjanjian tersebut mestilah ditandatangani oleh pembeli dan pemaju / pemilik hartanah dengan disaksikan oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang saksi yang berkelayakan. Pastikan pembeli diberikan sesalinan Perjanjian tersebut yang telah disetemkan oleh Pejabat Duti Setem selewat-lewatnya sebulan dari tarikh Perjanjian tersebut ditandatangani. Semak semula penama yang terdapat pada Perjanjian tersebut adalah betul.

2.Cara Pembayaran

Pembayaran hendaklah mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian tersebut.

3.Beberapa Peringatan

- Sila pastikan bahawa syarikat pemaju / pemilik hartanah tersebut benar-benar ujud (untuk kepastian, anda bolehlah membuat semakan di Pejabat Pendaftaran Syarikat / Pejabat Pendaftaran).

- Tarikh siap sesebuah rumah adalah bergantung kepada jenis rumah tersebut ; sekiranya rumah teres (bertanah) adalah 24 bulan dari tarikh Perjanjian tersebut ditandatangani manakala, untuk rumah bertingkat / pangsa / apartmen pula adalah 36 bulan dari tarikh Perjanjian tersebut ditandatangani.

Disediakan oleh :

Lajnah Unit Guaman & Undang-Undang
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang