CARTA RINGKAS ALIRAN PEMBELIAN HARTANAH / RUMAH
Beberapa aturan hendaklah dipatuhi dalam menjalankan urusniaga / pembelian hartanah / rumah, antaranya :
1.Perjanjian Jual-Beli Pastikan pembeli menandatangani Perjanjian tersebut semasa membuat pembayaran yang pertama iaitu samada 10% dari harga hartanah tersebut / apa-apa jumlah yang ditetapkan oleh pemaju yang kurang
dari jumlah tersebut. Perjanjian tersebut mestilah ditandatangani oleh pembeli dan pemaju / pemilik hartanah dengan disaksikan oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang saksi yang berkelayakan. Pastikan pembeli
diberikan sesalinan Perjanjian tersebut yang telah disetemkan oleh Pejabat Duti Setem selewat-lewatnya sebulan dari tarikh Perjanjian tersebut ditandatangani. Semak semula penama yang terdapat pada Perjanjian
tersebut adalah betul.
Cara Pembayaran. :-Pembayaran hendaklah mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian tersebut.
2.Beberapa Peringatan:-- Sila pastikan bahawa syarikat pemaju / pemilik hartanah tersebut benar-benar ujud (untuk kepastian, anda bolehlah membuat semakan di Pejabat Pendaftaran Syarikat / Pejabat Pendaftaran). -
Tarikh siap sesebuah rumah adalah bergantung kepada jenis rumah tersebut ; sekiranya rumah teres (bertanah) adalah 24 bulan dari tarikh Perjanjian tersebut ditandatangani manakala, untuk rumah bertingkat / pangsa /
apartmen pula adalah 36 bulan dari tarikh Perjanjian tersebut ditandatangani.
Disediakan oleh : Lajnah Unit Guaman & Undang-Undang Dewan Pemuda PAS Bukit Bendera
|