Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

30 batang bendera PAS dipatahkan sebelum kunjungan Abdul Hadi

BUTTERWORTH :- Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf disoal siasat lebih sejam di Balai Polis Central, Tanjung selepas membuat laporan polis No : Z 568741 berhubung kejadian 30 batang bendera PAS dipatahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu berlaku sebelum kunjungan Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang ke Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Masjid Kapital Keling, Pulau Pinang, (26 APRIL )Sabtu lalu. Laporan tersebut mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap perbuatan `samseng' oleh pihak berkenaan yang tidak menyenangi program Dialog dan Ramah Mesra anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang itu.

Menurut Saiful dalam laporan itu, kesemua bendera yang dipasang berdekatan pintu masuk dewan berkenaan dipatahkan oleh orang yang tidak dikenali pada pagi malam Jumaat sedangkan program berkenaan mendapat permit dari Balai Polis Jalan Petani.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkifli Mohd Lazim dalam kenyataan pada Harakah berkata, tindakan itu mengambarkan terdapat golongan yang tidak dapat menerima angin perubahan yang berlaku di negeri itu.

"Golongan ini berfikiran sempit serta tidak boleh menerima hakikat sebenar bahawa sokongan terhadap pemerintah semakin berkurangan. "Sikap sedemikian mengambarkan bahawa mereka tidak senang dengan perubahan rakyat sehingga sanggup melakukan kerja-kerja samseng, " ujarnya.