Ceramah PAS di Kepala Batas di kepung Oleh: Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 18 Ogos (Hrkh) - Kira-kira 400 anggota pasukan keselamatan mengepung ceramah PAS di tapak Kompleks PAS Kawasan
Kepala Batas di Kampung Kota Aur, Sabtu lalu.
Orang ramai dilarang memasuki kawasan berkenaan sejak pukul 5 petang hari berkenaan apabila dua jalan utama iaitu dari Simpang Permatang Tok Brain dan Rantau
Panjang disekat oleh Pasukan Gerak Am (PGA) dan polis. Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pula ditempatkan di sekeliling padang dengan sebuah kenderaan water canon.
Kejadian seperti itu adalah kali pertama
berlaku sejak bekas Ketua Polis Terengganu ditukarkan ke negeri berkenaan. Ceramah yang sepatutnya disampaikan oleh Haji Mohammad Sabu terpaksa ditukar ke program lawatan ke tapak kompleks.
Timbalan Yang
Dipertua PAS Kawasan, Zulkiply Ishak ketika mengulas kejadian itu berkata, pembatalan ceramah di saat-saat akhir memperlihatkan seolah-olah pihak keselamatan cuba melindungi politik Umno dan Barisan Nasional.
Malah, beliau mendakwa, tindakan pasukan keselamatan itu cuba menakut-nakutkan rakyat seolah-olah PAS sebuah parti pengacau keamanan negara. "Pihak keselamatan mahu menggambarkan kepada rakyat bahawa PAS
amat bahaya sehingga boleh menimbulkan kekacauan dan menggangu lalu lintas," jelasnya.
|