Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Pemuda Pulau Pinang dapat ketua baru
HarakahDaily
Monday, August 18, 2003

BUTTERWORTH, 18 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendapat ketua baru apabila ketua lamanya, Haji Jalil Saleh melepasi umur 40 tahun.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri sesi lalu, Azizi Ayub dipilih mengetuai kepimpinan sessi 2003-2005 dalam Muktamar Dewan Pemuda kali ke-23 di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor semalam.

Jawatan Timbalan Ketua pula disandang Ustaz Hafiz Nordin manakala naibnya disandang oleh bendahari sesi lalu, Haji Abdul Rahim Hasan.

Muktamar yang dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Haji Ahmad itu turut melantik Pengerusi Tetap yang baru apabila Haji Mazlan Ismail diamanahkan untuk sesi akan datang.

Turut dilantik ialah Mohd Anuar Hamid, Norhalim Mohd Zain, Fadhil Kemi, Zamri Darus, Mohd Noor Harun, Ahmad Dollah, Helmi Harun, Baharudin Abu Kasim, Fakrul Azman dan Saiful Lizan Mohd Yusuf sebagai AJK - SS/nr.