DIMANA PENIAGA MELAYU…..
TANAH pusaka orang Melayu, terutama di bahagian pulau Pulau Pinang dijadikan tokong Cina, ada yang dijadikan kedai perniagaan serta kondominium mewah bernilai beratus
juta ringgit Malaysia.
Ini berdasarkan tanah di bahagian pulau terutama di dalam bandar mempunyai nilai yang cukup tinggi sehingga menyebabkan pewaris tanah pusaka orang Melayu di situ cukup ghairah
menjualnya.
Tindakan sedemikian adalah sesuatu amalan yang paling malang kepada masa depan orang Melayu yang akhirnya kini golongan minoriti di pulau berkenaan mula merasai kesan negatifnya.
Lebih
menyedihkan, pemilikan tanah boleh dikisahkan sebagai identiti yang hakiki kepada sesuatu bangsa yang mengakui negeri itu adalah negerinya. Jika terjual tanah pusaka seolah-olah tergadai akan maruahnya.
Bekas
Pengerusi Jawatankuasa Muhibbah Kawasan B Sungai Pinang yang juga anak jati Pulau Mutiara itu, Mustafa Mohd Ali melahirkan sedihnya bangsa Melayu di negerinya yang seolah-olah terumbang-ambing majoritinya walaupun
selaku kaum minoriti.
"Kini agak sukar untuk melihat dengan mata kasar sendiri pemilikan tanah orang Melayu di bandar Georgetown.
"Boleh dikira dengan jari... itu pun (jumlah pemilikan tanah)
juga lebih dikuasai golongan peranakan iaitu kacukan Melayu-India.
"Betapa besar jurang kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dan situasi sedemikian belum diambil kira di kawasan kritikal seperti
Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Balik Pulau atau Teluk Bahang.
"Sememangnya penderitaan yang dirasai orang Melayu di sini cukup ketara, malah saya sendiri mengalami hingga ke hari ini.
"Ada
kala kita tidak dilayan sangat seperti di kedai kaum lain. Ini menampakkan jurang kaum itu walaupun ia agak sensitif untuk dibincangkan tetapi ini adalah hakikat orang Melayu selaku kaum minoriti di negeri ini
menghadapi situasi berkenaan.
"Akhirnya saya terpaksa mencari kedai orang Melayu seperti untuk membeli barangan runcit walaupun terpaksa meredah di segenap pelusuk bandar Georgetown," katanya ketika
ditemui di Jalan Datuk Keramat, Georgetown.
Berdasarkan sejarah, fakta pernah membuktikan di Pulau Pinang suatu ketika dulu orang Melayu mendominasi masyarakat dengan kependudukan seramai 16,435 orang (di
bahagian pulau). Data rasmi pada 31 Disember 1833 itu hanya mengkhususkan Melayu di kalangan penduduk tempatan dan tidak mengambil kira suku kaum lain seperti Aceh dan Batak.
Namun, sesuai dengan perkembangan
zaman, Pulau Pinang tidak mampu berdiam diri, sebaliknya merancang dan melaksanakan pelbagai pelan pembangunan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat seluruhnya.
Pembangunan itu kemudian meminta korban yang
mula membimbangkan. Pada 1970, Melayu di Georgetown hanya tinggal 13.8 peratus. Hambatan pembangunan yang dirancang sedemikian rupa meletakkan sebahagian besar Melayu di sini semakin terdesak. Sedikit demi sedikit
mereka terpaksa atau merelakan proses migrasi berlaku.
Sebahagian Melayu di Georgetown menjadi peneroka di tanah rancangan tajaan Felda, manakala sebahagian lagi menguasai ke daerah lebih jauh seperti
Seberang Perai, Kulim dan Sungai Petani
Berdasarkan hak milik lot tanah mengikut kaum pada 1982, didapati hanya 39.5 peratus dari keseluruhan lot tanah di negeri ini dimiliki orang Melayu, manakala kaum Cina
sebanyak 40.1 peratus.
Jumlah keseluruhan kawasan negeri Pulau Pinang membabitkan bahagian pulau dan Seberang Perai ialah 103,944 hektar iaitu 55.9 peratus adalah kawasan pertanian dan 20 peratus adalah
kawasan kediaman, manakala 3.7 peratus lagi terdiri daripada kawasan belukar dan hutan.
|