Baca Doa Dalam Tiga Agama Serentak ? Dari Website webreformis.com
Kecoh pula kini dengan doa yang hanya dibaca oleh murid penganut Islam. Musliha Othman melaporkan bahawa terdapat sekumpulan ibubapa
pelajar dari keturunan Cina telah berdemonstrasi di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Light Street, Pulau Pinang. Isu ini lantas menarik perhatian Kementerian Pendidikan untuk menyeragamkan doa di semua sekolah.
Doa yang bakal diseragam dengan ertikata yang lain ialah doa yang dibaca mestilah boleh di aminkan oleh semua penganut agama. Bila doa ditujukan kepada Tuhan orang Islam, penganut kristian, hindu, buddha mesti boleh
menerimanya. Bilamana doa ditujukan kepada Tuhan penganut kristian, orang Islam juga mesti mengaminkannya.
Juga bilamana bacaan doa ditujukan kepada Tuhan penganut hindu, Islam dan kristian mesti mengiakannya.
Saya tidak pasti apakah bentuk keseragaman doa yg bakal dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Apakan nanti pada setiap perhimpunan di sekolah, doa akan dibaca oleh empat orang murid yang terdiri dari
penganut Islam, Kristian, hindu dan buddha? Empat orang murid ini akan berdiri di hadapan perhimpunan dan membaca doa mengikut ajaran agama masing-masing dan kemudiannya diaminkan oleh semua murid?
Atau
bacaan doa dari semua ajaran agama baik Islam, Kristian, Hindu atau buddha akan di buat di mana seorang murid sahaja, manakala murid yang lain akan hanya perlu mengaminkan sahaja doa tersebut?
Apa pun
ternyata kini Islam semakin disepak terajang oleh penganut agama lain. Sedikit demi sedikit mereka mempersoalkan tentang ketuanan Islam di negara ini. Islam bagi mereka tidak layak menjadi Tuan di negara Malaysia
ini. Mereka tidak mahukan Islam menjadi dominan di negara ini.
Hari ini mereka berdemonstrasi membantah pembacaan doa pada setiap pagi untuk murid beragama Islam. Rentetan demonstratsi membawa kepada
keputusan supaya doa hanya boleh dibaca di dalam kelas agama. Esok lupa pasti pula ada permintaan supaya surau tidak boleh dibina di dalam kawasan sekolah. Mungkin juga nanti akan wujud permintaan supaya ucapan
"Assalamualaikum cikgu" akan dimansuhkan. Kemudian seterusnya ajaran Islam yang murni akan terus diperleceh oleh golongan ini.
Lihat sahaja apa yang telah terjadi kepada murid Islam di Singapura.
Bertudung tidak dibenarkan, tetapi kaum Sikh dibolehkan pula berserban. Ajaran Islam di negara tersebut telah dihina sebegitu rupa sekali. Namun selaku rakyat Malaysia yang beragama Islam, kita tidak akan mampu
mempersoalkan hal tersebut kerana Singapura telah lama jatuh ke dalam gengaman kaum Cina. Pulau Pinang yang didominasi oleh orang-orang Cina juga akan mengikut jejak tersebut?
Sekolah Menengah St. Thomas Kuantan Dalam kenangan
Penulis adalah bekas penuntut Sekolah Menengah St Thomas Kuantan, Jalan Gambut. Dari sudut peperiksaan sekolah ini memang antara sekolah yang terbaik di
negeri Pahang. Di sekolah ini pada setiap perhimpunan semua murid dikehendaki menyanyikan lagu "Cheers for St. Thomas". Lirik lagu ini tidak lain hanyalah memuja paderi St. Thomas dan menyanjung ajaran
Kristian. Sehingga ke hari ini lagu ini masih dinyanyikan di sekolah St. Thomas ini. Lagu ini sangat jelas mampu merosakkan akidah murid yang menganut ajaran Islam. Lalu apa pula pandangan Kementerian Pendidikan
dalam hal ini?
Sikap toleransi antara kaum menyebabkan murid Islam di Sekolah St. Thomas hanya mendiamkan diri tentang lagu "Cheers for St. Thomas". Barangkali atas ingatan ustaz dan ustazah yang
mengajar kelas Islam agar tidak mencetuskan pergeseran kaum menyebabkan murid Islam membisukan diri dari membicarakan hal lagu tersebut. Namun nampaknya hal ini kini tidak boleh di diamkan lagi. Sarang tebuan telah
di jolok oleh ibubapa keturunan Cina di Pulau Pinang. Maka Kementerian Pendidikan seharusnya memberikan perhatian wajar juga terhadap lagu "Cheers for St. Thomas" ini.
Jika terus dibiarkan juga,
kelak ketuanan Islam di negara ini akan terus diperlecehkan oleh golongan seperti ibubapa keturunan Cina di Pulau Pinang. Jika kerajaan sebelum ini boleh berkata kepada pembangkang - Jika tidak setuju dengan
kehendak kerajaan, sila duduk di negara lain - Maka saya menyarankan kerajaan supaya meminta golongan ini agar mencari negara lain jika tidak setuju dengan ketuanan Islam di negara ini.
|