Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Isu elektrik terputus: 5 negeri disaran adu kepada Tribunal Pengguna

Oleh Mohd Sabri Said

BUTTERWORTH:- Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Lazim, mengajak rakyat di lima buah negeri membuat laporan kepada Tribunal Pengguna seperti mana Umno mendesak rakyat Kelantan melaporkan masalah air di negeri ini kepada badan tersebut.

Beliau menjelaskan, Umno Kelantan mengambil kesempatan menimbulkan kekeliruan masalah air di negeri itu dengan tujuan menutup kelemahan perjanjian air antara Singapura dan Malaysia. "Semua rakyat di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan wajar meniru langkah yang di ambil oleh Umno negeri Kelantan yang sanggup membuat laporan kepada Tribunal Pengguna berhubung masalah air, " ujar beliau. Bukan sahaja menuntut ganti rugi, katanya, malah laporan kepada Tribunal Pengguna merupakan jalan terbaik kerana ia melibatkan masalah elektrik yang sama penting dengan air. Pada 1 September lalu, lima negeri telah mengalami gangguan elektrik selama empat jam mulai 9.58 pagi dan kembali seperti biasa pada jam 2.00 petang. Akibat gangguan tersebut banyak masalah timbul seperti kesesakan lalu lintas, penerbangan, pusat perniagaan serta penyelenggaraan hotel tergendala buat seketika. "Walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa ianya akibat teknikal bukan kecuaian manusia, rakyat perlu bertanya kenapa ianya boleh berlaku di kala Malaysia sedang meniti kemasyuhuran, " tegasnya kesal. Pengerusi TNB, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dalam kenyataanya berkata, siasatan awal mendapati gangguan tersebut tidak disebabkan oleh kesilapan manusia sebaliknya merupakan kesilapan ternikal semata-mata. Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula berkata, orang ramai berhak menuntut ganti rugi kepada TNB ekoran terputusnya bekalan elektrik tempoh hari. Justeru menurut Zulkifli, kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku di negara ini dan syarikat itu perlu mengambil iktibar daripada kes-kes yang pernah berlaku. "Kalau betul ia disebabkan kecuaian pihak TNB sendiri, sesuatu harus dilakukan supaya tidak berulang lagi, " katanya. /nr