Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Anuar Musa akui isu SAR beri kelebihan kepada PAS

TASEK GELUGOR - Bekas Menteri Luar Bandar, Dato' Anuar Musa mengakui isu sekolah agama rakyat (SAR) memberi kelebihan kepada PAS walaupun pelbagai sekatan dilakukan terhadp pembangkang termasuk pengharaman ceramah dan menghadkan penerbitan lidah rasmi PAS, iaitu Harakah dari lapan kali sebulan kepada dua kali sahaja.

Beliau juga mengakui isu SAR memberi nafas baru kepada PAS dan Barisan Alternatif (BA) mencari pengaruh di kalangan rakyat terutamanya di masyarakat Melayu luar bandar.
Anuar berkata demikian ketika dalam kunjungan di Dewan Besar Sungai Dua, 23 Mac lalu di Butterworth bagi menjelaskan isu sekolah agama rakyat (SAR), bagaimanapun difahamkan, program tersebut tidak mendapat sambutan.

Menurut saksi yang enggan namanya disiarkan, ruang kosong dalam dewan itu membuktikan perancangan Umno kononnya mahu menyedarkan rakyat supaya kembali kepada Islam tidak menjadi kenyataan. "Keadaan ini, sekaligus mencemaskan Umno kerana semenjak pilihan raya umum ke sepuluh lalu sokongan daripada orang Melayu menurun mendadak sehingga gagal menawan kembali Kelantan dan kalah di Terengganu," katanya.

Selain itu, berdasarkan pemerhatian penulis, sebelum kedatangan Anuar Musa itu, Umno cuba memperkudakan beberapa tokoh penceramah bagi menjayakan kempen 'Percambahan Pemikiran Islam Hadhari' dengan memperalatkan beberapa buat institusi masjid.

Antara masjid yang telah dan bakal digunakan ialah Masjid Permatang Keriang, Masjid Pengkalan Tambang, Permatang Pasir, Balai Rakyat Jalan Petani, Sekolah Agama Sungai Burung serta Masjid Abdul Kadir di Butterworth.

Manakala ahli panel yang ditugaskan membantu kempen tersebut ialah Zainol Abidin Sakom, Ustaz Shabudin Yahaya, Ustaz Roslan Che Ros, Hamlan Din, Syeikh Abdullah Awang Sa serta wakil Hal Ehwal Khas (KHEK) Pulau Pinang.

Kempen tersebut dimulakan sepanjang Mac dan April bagi tujuan memperkukuhkan penghayatan masyarakat terhadap perpaduan di samping mengelakkan perpecahan, meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan beramal serta syariat Islam sebenar.