Kemelut Melayu Pulau Pinang dibangkitkan
KUALA LUMPUR :-Wan Nik Wan Yusof (PAS-Bachok) membangkitkan tentang kedudukan Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir dalam arus pembangunan negeri.
Dalam soalan bertulis kepada Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad beliau meminta penjelasan apakah benar orang-orang Melayu dianggap minoriti yang terjebak dalam kemelut tersebut.
Setiausaha Parlimen Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Khamsiyah Yeop dalam jawapan bertulisnya berkata, daripada 1,265 juta orang penduduk Pulau Pinang, penduduk Melayu adalah sebanyak 42.1 peratus yang tidak
dikategorikan dalam kelompok minoriti.
Bagaimanapun beliau berkata, masih terdapat kelompok setinggan Melayu dan Kerajaan sedang mengambil tindakan untuk memberi peluang mereka memiliki rumah yang sesuai.
Beliau berkata status kemajuan orang-orang Melayu diukur daripada status kemiskinan yang telah berkurangan daripada 14.7 peratus pada tahun 1990 kepada 4.8 peratus pada tahun 1999.
Menurut beliau
terdapat sekitar 54.9 peratus daripada 127,075 orang pekerja di kawasan perindustrian Penang Development Corporation adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Beliau mendakwa pada keseluruhannya, masyarakat
Melayu Pulau Pinang dapat menikmati taraf hidup yang baik hasil kepesatan pembangunan negeri. (MR)
|