Konsert Mega Salem, Pemuda Pulau Penang serah memorandum Tuesday, October 14 @ 17:23:47 MYT
OLEH: Mohd Sabri Said. PULAU PINANG, 14 Oktober (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
telah menyerahkan memorandum bantahan 'Konsert Mega Salem' kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Helmi Yahya dan Pengarah Urusan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Datuk Ahmad Ibni Hajar.
Memorandum dua muka
surat itu diserahkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hafiz Nordin bersama Pegawai Tadbir Dewan Pemuda, Yusaidi Mohd Yusoff, Pengerusi Lajnah Tarbiyah Pemuda, Ustaz Fauzi Yusuf dan Ahli
Jawatankuasa Pemuda, Saiful Lizan Mohd Yusuf pagi tadi. Penyerahan di lakukan di bilik Timbalan Ketua Menteri manakaladi Pejabat PPSB memorandum tersebut diserahkan kepada Pegawai Khas kepada Datuk Ahmad iaitu
Noor Rahim Haji Abdul Wahab.
Sementara itu Exco Pelancungan Negeri, Datuk Kee Phaik Chin masih belum ditemui kerana tiada di Dewan Undangan Negeri selepas rehat sekitar jam 11.30 pagi.
Dewan Pemuda
kata Hafiz, merasa kesal kerana PPSB yang sepatutnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna melakukan satu kesilapan besar kerana bersekongkol dengan penganjur dan Kerajaan Negeri.
Menurutnya lagi, gejala itu menambahkan lagi keparahan maksiat serta meruntuhkan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan.
"Kami sungguh kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh PPSB,
Kerajaan Negeri dan penganjur kerana sanggup mengadai maruah semua kaum dengan kegembiraan yang sementara, " tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Negeri./mn
|