Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

Kenyataan akhbar mengutuk Konsert Mega yang berlansung di Port Swettenham (PPSB) Pulau Pinang.
Tarikh : 12 Oktober 2003

Di dalam keghairahan UMNO/BN menjaja dan mempromosikan Malaysia sebuah negara Islam contoh, Di saat negara sedang menjadi tuan rumah dan Perdana Menteri sedang mempengerusikan persidangan negara-negara Islam (OIC), Pulau Mutiara ini dinodai dengan satu Konsert Mega Salem tajaan utama Calrlsberg dan Salem pada 11 Oktober 2003 (semalam) bertempat di Jeti Swettenham PBSB.

Penganjur pesta maksiat ini berjaya menganjurkannya semalam dari jam 7.00 malam hingga 5 pagi tadi  dengan mendapat kerjasama baik dari pasukan keselamatan.

Menyedari bahawa Pesta Maksiat tajaan syarikat minuman keras yang turut menpengerusikan produk mereka secara terbuka kepada semua masyarakat, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DDPNPP) telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai  yang berhampiran dengan tempat Pesta maksiat itu berlangsung.

Diantara sebab laporan itu dibuat terhadap penganjur adalalah seperti berikut :

1.      Tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara yang termaktub dalam perkara 3 Perlembangaan Persekutuaan, dimana dalam konteks ini Islam amat melarang walau apa pun jenamanya.
2.      Mencabul dan melanggar zon keselamat kawasan pelabuhan sebagai pintu masuk utama Malaysia.
3.      Melanggar peraturan masa aktiviti hiburan seperti yang ditetapkan oelh kerajaan Malaysia.
4.      Menyalahgunakan kuasa anggota keselamatan (Polis) untuk menjaga konsert maksiat tersebuat.
5.      Menambahkan gejala sosial dalam masyarakat. 

DPPN Pulau Pinang mengutuk dan mengecam terhadap : -

1.      Penganjur utama Konsert MegaSalem yang terdiri dari syarikat arak Carlsberg dan syarkiat rokok Salem .
2.      Pihak pengurusan PPSB Pulau Pinang yang membenarkan zon keselamat negara digunapakai utnutk tuuan maksiat di Pulau mutiara ini.
3.      Pihak keselamatan Polis yang gagal bertindak secara profesional menghalang konsert tersebut dari berlangsung di zon keselamatan itu.
4.      Campurtangan dan keakuran pihak kerajaan negeri certa exco berkenaan yang menyokong dan mendokong pesta maksiat tersebut.


DPPN Pulau Pinang berharap perkara yang sensitif dan mengundang kemarahan umat Islam di Pulau Mutiara ini tidak berulang lagi di masa hadapan agar keharmonian masyarakat majmuk di negeri ini terus terpelihara dimana semua pihak saling menghormati amalan agama masing-masing.