Hantarkan Komen Anda Terhadap Isu Ini!get this gear!

MAHUKAH MELAYU PULAU PINANG DIPINGGIRKAN LAGI ?

BUKIT BENDERA : Dewan Pemuda Pas Pusat dan Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang dalam lawatan kerja pada
24/10/2003 menilai sejauh mana melayu dipinggirkan kawasan parlimen Bukit Bendera di Dun Tanjung Bungah kawasan Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon .

Taklimat khas tentang melayu dipinggir telah dibentangkan oleh Ketua Pemuda Pas Bukit Bendera saudara Saiful kepada Penerangan Pemuda Pas Pusat Mazlan Aliman dan Penerangan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang Anuar Hamid serta Setiausaha Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang .

Fail permasalah melayu dipinggir telah diserahkan oleh Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Bukit Bendera saudara Abdul Rahim Ismail kepada Mazlan Aliman untuk menilai sejauh mana benar dakwaan PM yang mengatakan melayu hidup seperti zaman perang dunia kedua.

Mazlan Aliman dibawa meninjau ke kawasan melayu yang dimaksudkan bermula di Batu Feringgi seperti Masjid Batu Feringgi hadapannya kedai minum arak, kedai Arak, tempat maksiat SOHO BAR ,rumah melayu setinggan, pantai ,tempat niaga melayu, hotel dan kawasan elit kondominium.

Mazlan Aliman dibawa meninjau ke kawasan melayu Tanjung Bungah, kawasan rumah nelayan, melayu Azuria, perhentian bas Tanjung Bungah dan kawasan elit kondominium .

Mazlan Aliman dibawa meninjau ke kawasan melayu Tanjung Tokong, kawasan penempatan melayu serta kawasan Tanjung Pinang ,kawasan penceroboh tanah kerajaan yang disokong oleh UMNO dan Gerakan iaitu padang bola , padang golf dan tepat letak kereta kemalangan..

Mazlan Aliman berkata "Nasib orang Melayu di bahagian pulau di Pulau Pinang hampir sama dengan orang Melayu di Singapura. Kedua-dua kaum minoriti di tempat masing-masing.

"Cukuplah dengan janji penipu Pilihanraya 99 Umno/ Bn kepada rakyat tentang kemudahan asas rumah kos rendah di Pulau Pinang. Buatlah perubahan dalam pilihanraya ini sebagai hukuman Umno/ BN yang tidak langsung prihatin terhadap pembangunan seimbang khasnya kawasan DunTanjung Bungah.'' Tegasnya kesal.